26/05/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pada kesempatan yang mulia ini, saya selaku Pengerusi Eksekutif Atifa. ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga kerja Atifa atas komitmen, dedikasi dan usaha yang tidak pernah berbelah bahagi dalam memastikan setiap amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Tidak dilupakan juga para pelanggan dan rakan strategik yang sentiasa percaya dan menyokong perjalanan syarikat kami.
Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi juga satu peringatan tentang erti pengorbanan, keikhlasan, dan kepatuhan. Nilai-nilai inilah yang menjadi asas kepada segala usaha kita dalam membina kejayaan bersama. Semoga semangat Hari Raya Haji, Aidiladha ini terus menyemarakkan iltizam kita dalam menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan integriti.
Sekian, terima kasih.
Yang ikhlas,
AB Zahid bin Saad
Pengerusi Eksekutif
Atifa