18/03/2020
Semua orang boleh dijangkiti dengan virus COVID-19. Bagi kebanyakan orang, jangkitan adalah ringan, namun dalam kalangan 15% kes, COVID-19 boleh menjadi serius.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat jangkitan serius?
Data terkini menunjukkan bahawa golongan warga emas dan orang yang menghidap penyakit diabetes, hipertensi dan penyakit jantung adalah lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang serius; iaitu mengalami gejala dan komplikasi yang teruk.
Jika anda sayangkan ibu bapa, berhenti merancang untuk pulang ke kampung halaman. Jangan dedahkan risiko ibu bapa kepada jangkitan penyakit maut ini.