Naqiudin di Rusia

Directions Website Contact the business

Naqiudin di Rusia Ikuti pengembaraan saya di Rusia! Content Creator, Adventurer Dia percaya bahawa pengembaraan yang paling epik adalah yang kita tidak yakin untuk buat.

Naqiudin Hadi ialah seorang lelaki biasa dari Malaysia yang hanya ingin mencari pengembaraan unik di mana sahaja dia berada. Katanya, "Bahkan perkara kecil yang biasa di mata orang lain pun boleh menjadi besar & luar biasa di mata dia, bergantung pada cara setiap orang melihatnya. Jadilah diri sendiri, versi terbaik diri kita sendiri." Sekarang ini, Naqiudin Hadi menetap di Rusia Utara, negara pertama yang pernah dia lawati dalam hidupnya, membuat dan berkongsi video tentang kehidupan di tempat beriklim sejuk yang 'extreme' itu. Seperti yang dia katakan, bergantung pada cara anda melihatnya, semua perkara boleh menjadi luar biasa, menakjubkan & unik.

============================================

Naqiudin Hadi is a regular Malaysian guy just seeking adventures to wherever he is currently at. He believes that the most amazing adventures are the one we are unsure to do. "Even the smallest little thing can be extraordinary, depending on how you see it.", he said. Just be yourself, the best version of yourself. Currently he is living in North Russia, first ever country he ever visited in his life, making and sharing videos on life at that hard cold-climate place. As he said, depending on how you see it, all things can be extraordinary and amazing.

Antara first vlog aku di Rusia adalah bersama dengan Liliya (dalam gambar). Jumpa online dan terus berhubung connect aja...
30/08/2026

Antara first vlog aku di Rusia adalah bersama dengan Liliya (dalam gambar). Jumpa online dan terus berhubung connect ajak jumpa untuk buat vlog sama2, dia pon setuju je terus takda apa2 komplen pon. Terkejut juga la atas ke-spontanan dia. Liliya lah yang bantu aku berkenalan dengan tempat-tempat menarik dan info serba sedikit tentang Arkhangelsk ni yg aku perlu tahu. Gambar 4 tahun lepas, dan masih lagi kami in contact sampai sekarang.

Ingat lagi paling menarik, Liliya info aku, yang aku lah orang 'asing' pertama, dan juga orang 'berkulit gelap' pertama yang dia pernah buat kawan.

Takperlu takut untuk explore dunia, berkenalan dengan orang asing , kadang2 manusia ni nampak je seram atau nampak tak mesra tapi semua orang macam tu sebelum kenal. Just build your confident through getting into the uncomfortable.

Gambar di depan Gereja Katedral Besar Mazhab Aliran Theotokos Suci, Arkhangelsk City.
(Church of the Dormition of the Holy Theotokos)

Video vlog dengan dia di Channel Youtube aku "Naqiudin Hadi".

📍 Kholmogory, Arkhangelsk Oblast, Rusia 🇷🇺❄️Kholmogory ni sebuah kampung bersejarah di Daerah Kholmogorsky, Arkhangelsk ...
16/08/2026

📍 Kholmogory, Arkhangelsk Oblast, Rusia 🇷🇺❄️

Kholmogory ni sebuah kampung bersejarah di Daerah Kholmogorsky, Arkhangelsk Oblast, terletak di kawasan hilir Sungai Northern Dvina, kira-kira 75 kilometer dari bandar Arkhangelsk. Kampung ni terletak dekat tebing salah satu cabang sungai, dan kalau datang waktu musim sejuk, hampir semuanya lah akan nampak putih. Contohnya jalan, pokok, rumah kayu dan sungai yang beku.

Tapi Kholmogory sebenarnya jauh lebih tua daripada yang aku sangka. Tempat penempatan ni dah dikenali sejak zaman Novgorod (Novgorod ni maksudnya merujuk kepada tempoh ketika Republik Novgorod menjadi salah satu pusat politik dan perdagangan paling penting di Rusia zaman pertengahan, lebih kurang abad ke-12 hingga abad ke-15.), dan pada abad ke-14 ia jadi pusat perdagangan penting di utara Rusia. Sebelum Arkhangelsk berkembang, Kholmogory ni antara pusat perdagangan utama kawasan Laut Putih/White Sea, termasuk perdagangan bulu, ikan dan barangan dari luar. Bila Arkhangelsk muncul sebagai pelabuhan utama pada abad ke-16 (sebelum Saint Petersburg), kepentingan Kholmogory sebagai pusat perdagangan mula decline slow2.

Kawasan ni juga femes sebab tokoh bernama Mikhail Lomonosov, salah seorang tokoh intelektual paling terkenal dalam sejarah Rusia, dilahirkan tak jauh dari sini, di kampung yang sekarang dikenali sebagai Lomonosovo, di seberang Northern Dvina. Ada muzium yang didedikasikan kepada dia dekat sana, selain koleksi terkenal ukiran tulang Kholmogory; satu seni kraftangan tradisional utara Rusia yang sudah berkembang sejak berabad-abad lalu lagi.

Kalau datang dari center Arkhangelsk, cara paling mudah nak ke sini korang ikut jalanraya M8 ke arah Kholmogory. Kalau naik kereta sekitar 75 km, ada juga bas nombor 502 dari Arkhangelsk ke Kholmogory ni. Muzium sejarah tempatan Kholmogory sendiri terletak berhampiran tebing sungai dan tak jauh dari stesen bas.

Kalau datang sini musim sejuk, pengalaman dia memang lain. Northern Dvina yang biasanya jadi laluan bot di musim panas akan beku. Di kawasan tertentu, bila keadaan ais selamat, laluan nak rentas sungai boleh guna sebagai ice crossing. Contohnya, untuk pergi dari Kholmogory ke Lomonosovo, pada musim panas orang guna feri, manakala musim sejuk ada lintasan ais, jalan kaki boleh kereta pon boleh lalu, tapi penggunaan dia bergantung kepada keadaan dan had berat yang ditetapkan pada masa tersebut.

Jadi Kholmogory bagi aku menarik bukan sebab ia bandar besar atau destinasi pelancongan yang glamor. Sebaliknya, ia menunjukkan macam mana kehidupan di utara Rusia sangat bergantung kepada sungai dan musim.

Musim panas, sungai jadi jalan air.

Musim sejuk, sungai p**a boleh tukar jadi jalan atas ais. ❄️

Dan di tengah-tengah landskap putih, masih berdiri kampung lama dengan rumah-rumah kayu, gereja bersejarah dan cerita tentang perdagangan, pelayaran serta kehidupan masyarakat Rusia Utara yang dah berlangsung selama beratus-ratus tahun.

Kholmogory - kecil pada peta, tapi sejarahnya jauh lebih besar daripada saiz kampung ni.

04/08/2026

Hati2, tengok apa yang anda sedang disuapkan.

Best giler naik bende ni. Dalam gambar, nama kenderaan yang tarik aku dengan kawan aku tu nama dia 'motobuksirovshchik' ...
31/07/2026

Best giler naik bende ni. Dalam gambar, nama kenderaan yang tarik aku dengan kawan aku tu nama dia 'motobuksirovshchik' (мотобуксировщик) dalam bahasa rusia atau orang Rusia selalu panggil motosobaka (мотособака), yang kalau translate bulat2 maksudnya "motor anjing".

Nak cerita sikit je kalau tgk video dalam post yg sebelum ni aku naik bende tu:

🛷 Kenderaan ni dipanggil motobuksirovshchik, atau nama manjanya motosobaka ("motor dog"). Ni bukan snowmobile tau, tapi macam mesin kecil berantai (tracked vehicle) yang direka untuk menarik sled tarik penumpang atau barang atas salji.

Kawasan luar bandar Rusia selalu la boleh jumpa bende ni sebab takmahal berbnding snowmobile, guna minyak pon lebih jimat dan lebih mudah diselenggara. Penduduk kampung guna slalu untuk ke hutan, memancing kat tasik beku, memburu, atau sekadar bergerak antara kampung waktu musim sejuk.

Laju dia biase2 je, biasanya sekitar 20 hingga 40 km/h, bergantung pada model dan keadaan salji. Walaupun nampak simple je, power gak la masih boleh tarik kami berdua jalan2 laju dah macam apa dah haha.

26/07/2026

Patrakeevka ni sebuah kampung kecil yang terletak di Daerah Primorsky, Rusia kira-kira 40–50 kilometer di utara pusat bandar utama, berhampiran pesisir Laut Putih (White Sea). Walaupun nampak terpencil, kampung ni dah wujud sejak beberapa abad juga la dan terkenal sebagai perkampungan nelayan tradisional di utara Rusia. Aku ke sini sebab nak experience 'real russian winter'.

23/07/2026

Tradisi berjalan atas daun birch di Rusia

🌿 Tradisi berjalan kaki ayam atas daun 'birch' di RusiaKalau masuk tradisional sauna di Rusia, selalunya pon memang akan...
22/07/2026

🌿 Tradisi berjalan kaki ayam atas daun 'birch' di Rusia

Kalau masuk tradisional sauna di Rusia, selalunya pon memang akan nampak atas lantai penuh daun-daun hijau ni. Kebanyakannya ialah daun birch, yang berasal daripada ikatan ranting yg dipanggil venik.

Dalam budaya Rusia, venik ni bukan sekadar hiasan/ikatan. Semasa ada dalam bilik sauna berwap, daun dan ranting birch ni dia guna untuk tepuk-tepuk atau urut badan secara slow2 untuk katanya; dapat merangsang peredaran darah, buka liang roma dan beri aroma semula jadi yang fresh. Lepas sesi sauna, ada juga yang berjalan berkaki ayam macam aku buat kene suruh buat ni atas daun-daun ni. Pengalaman unik satu lagi dekat rusia dapat tambah haha 😂.

Amalan ni dah wujud sejak beratus-ratus tahun lagi, sejak zaman masyarakat Slavic lagi, penting untuk jaga kesihatan la katanya.

Ramai orang Rusia masih percaya lagi kalau jalan kaki ayam atas daun birch ni dapat bagi rasa macam urutan refleksologi semula jadi, selain aroma daun yang segar membantu tenangkan fikiran. Walaupun ramai cakap dia buatkan badan rasa lebih segar dan relaks, bukti saintifik yang kukuh tentang manfaat kesihatan khasnya daripada berjalan atas daun ni sendiri masih tak banyak. Yang aku dapat jawab daripada pengalaman diri sendiri buat benda ni, aku jujurnya tak rasa apa2 pon beza haha.

Takpela, yang penting tu pengalaman & belajar bende baru waktu travel tempat2 unik macam ni.

20/07/2026

FERI BAWA BAS & KENDERAAN DI RUSIA.

Seperti dijanjikan dalam post sebelum ni, nak tunjuk bot/feri klasik yang bawa bas lintas sungai. Bot dalam video tu biasanya dipanggil dalam bahasa Rusia паром (parom). Fungsi dia memang untuk angkut kenderaan macam lori & penumpang lintas sungai bila tak ada jambatan, atau jambatan terlalu jauh.

🚢 “Parom” – ferry sungai versi Rusia

Dekat kawasan utara Rusia macam Arkhangelsk Oblast, benda ni masih jadi pengangkutan penting sampai sekarang. Ferry ni tak laju macam bot penumpang biasa, tapi dia kerja berat – angkut kereta, lori dan orang kampung seberang Sungai2.

Sistem ferry macam ni dah wujud sejak zaman Empayar Rusia, jauh sebelum banyak jambatan moden dibina. Dulu ia jadi “jalan raya terapung” untuk bawa hasil hutan, ikan dan bekalan ke kampung-kampung terpencil. Sampai hari ni, bila musim panas dan sungai tak beku berais, ferry ni akan berulang-alik setiap hari. Bila musim sejuk p**a, ada tempat yang tukar kepada ice road (jalan atas ais) atau hovercraft.

Yang menarik, reka bentuk ferry ni nampak simple dan agak “old school”, tapi memang tahan lasak untuk cuaca utara Rusia yang ekstrim. Kadang-kadang pengalaman naik ferry macam ni lagi rasa autentik daripada naik kapal pelancong – dapat tengok kehidupan sebenar penduduk kampung Rusia Utara. 🇷🇺

Kubu Novodvinskaya Krepost (Novodvinsk Fortress), daerah Arkhangelsk Oblast, Rusia 🇷🇺Kalau sebut kubu bersejarah di Rusi...
19/07/2026

Kubu Novodvinskaya Krepost (Novodvinsk Fortress), daerah Arkhangelsk Oblast, Rusia 🇷🇺

Kalau sebut kubu bersejarah di Rusia, ramai terus teringat Kremlin. Tapi dekat daerah Arkhangelsk ni ada satu lagi kubu yang cukup menarik sejarahnya tapi tak cukup diketahui ramai, yela sebab nun jauh terletak di Utara Artik – Novodvinskaya Krepost.
Dalam bahasa Rusia;
1) Krepost bermaksud KUBU/FORTRESS
2) Novodvinskaya bermaksud nama pekan dia NOVODVINSK

Kubu ni dibina pada tahun 1701 atas arahan Tsar Peter the Great atau Peter the First, untuk mempertahankan daerah Arkhangelsk ni, yang ketika tu merupakan pelabuhan laut paling penting Rusia. Lebih penting daripada sebelum terbangunnya pelabuhan Saint Petersburg. Ia juga dianggap antara kubu batu gaya bastion terawal di Rusia.
Bastion style tu maksdunya dibina sepenuhnya dengan terdiri daripada dua muka dan dua sisi.

Masa Perang Utara Besar (Great Northern War) pada tahun 1700-1721, kubu ni memainkan peranan penting dalam menghalang serangan tentera Sweden.

Hari ni, sebahagian kubu masih berdiri walaupun banyak struktur asal dah musnah akibat usia dan banyak peperangan. Tapak ni sekarang dilindungi sebagai warisan sejarah dan selalu ada kerja pemuliharaan (rasanya la). Sebab tu, akses nak ke tempat ni agak terhad dan biasanya cuma boleh datang kalau ada event, gotong-royong atau dijemput. Nasib baik la aku register awal untuk join gotong-royong kat sini dan diterima untuk join. Fuh, bukan senang tau nak dapat kebenaran datang sini lagi2 kalau sebagai foreigner.

📍 Location dia terletak di Pulau Linsky Priluk, kira-kira 20 km dari pusat bandar Arkhangelsk, kemudian lalu muara Sungai Northern Dvina. Maksudnya apa? Nak sampai ke sini bukan sekadar memandu je – memang kena gabungkan bas & feri, btw p**au tu memang perkampungan je. Teksi takde apa pon takde. Macam ni la, senang cerita bas dari bandar kitorang tu pon angkut naik feri 😂 Pergi dan balik. Next post nanti aku tunjuk video macam mana proses tu. Unik sebab bukan feri yang besar macam dekat Penang tu. Tapi feri cikai je ahaha. Perjalanan tu sendiri dah jadi satu pengalaman.

Bagi peminat sejarah, tempat ni memang ada aura tersendiri. Sunyi, terpencil, tapi penuh dengan sejarah & kisah2 bagaimana Rusia mempertahankan pintu masuk utara negaranya lebih 300 tahun yang lalu. Aku memang s**a ke tempat2 macam ni yang langsung takde orang terpikir pon nak datang & bukan tourist attraction. Sambal travel, sambil belajar.

18/07/2026

Terjumpa selebriti la kat rusia 😂🤭

Address

Arkhangelsk

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Naqiudin di Rusia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Naqiudin di Rusia:

Shortcuts

Share

Category