Kereta Sewa Budget Campus

Kereta Sewa Budget Campus Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kereta Sewa Budget Campus, Seri Kembangan.

08/03/2017

Salam kepada customer KSBC yang dihormati.

Untuk makluman, no admin telah bertukar. Admin mohon maaf kalau ada yang pm ws admin tp tak berbalas. Ini no baru admin (0196166450). Jika anda ingin berhubung untuk sewaan motor, boleh berhubung melalui no terkini admin. Maaf atas segala kesulitan. Sekian 😊

Hari selasa lepas, admin pegi servis motor kat bengkel motor melayu area sri serdang. Then abam mekanik tegur admin, kat...
09/01/2017

Hari selasa lepas, admin pegi servis motor kat bengkel motor melayu area sri serdang. Then abam mekanik tegur admin, katanye rantai motor kering, dan lepas tu terus admin tanye mcm-ll pasal motor ni kat abam mekanik tu.

Meh admin share sikit ilmu yang da dapat ni.
First bila korang dengar rantai motor korang berbunyi masa bergerak, ada 3 KEMUNGKINAN:
-Rantai Motor Kendur
-Rantai Motor Kering
-Rantai Motor Haus
1.Rantai Motor Kendur

Rantai yang kendor dapat disebabkan oleh beberapa hal seperti :
-Keadaan jalan yang tidak stabil
-Beban atas motor yang berlebihan

Rantai yang kendur dapat menimbulkan suara pada motor sebab posisi rantai tidak ngam dengan gear rantai.
2.Rantai Motor Kering

Jika motor kerap digunakan, lama kelamaan pelincir yang terdapat di rantai akan mengering dan tentunya hal ini mengakibatkan bunyi pada motor. Jadi sebaiknya rider-ll ni selalu check rantai motor tu. Once rantai motor kering, titiskan dengan minyak atau pelincir khusus untuk rantai.
3. Rantai Motor Haus

Secara definisi rantai motor haus mengarah kepada rantai yang sudah tidak dapat digunakan lagi. Secara umum rantai motor perlu dilakukan pergantian sekali setiap tahun. Tapi hal ini juga bergantung pada pemakaian motor. If korang selalu gunakan motor, jadi ada kemungkinan rantai motor perlu diganti lebih dari sekali setiap tahun.
Sekian drpd admin. InsyaAllah dari semasa ke semasa admin akan share ilmu-ll yg admin dapat.

Teringat 1 masa, waktu admin ada urusan kat Pontian, Johor, bawalah kereta Persona yang da dekat 7 tahun usia pemilikann...
09/01/2017

Teringat 1 masa, waktu admin ada urusan kat Pontian, Johor, bawalah kereta Persona yang da dekat 7 tahun usia pemilikannya. Tetiba ada sorang pakcik yang baik hati ni tegur, cermin lampu depan tu dah kekuningan. Then pakcik tu share some tips yang sangat berguna dan MENJIMATKAN pastinya. Sebab kalau nak hantar kedai untuk polish, kosnya mau dekat RM50-RM100, jadi untuk kita student yang banyak nak pakai duit ni boleh la manfaatkan perkongsian ni.
Cara nak mengilatkan lampu yang sudah kekuningan:

1. Bersihkan permukaan lampu dengan air bersih.

2. Lap sehingga kering lampu yang telah dibersihkan.

3. Letakkan ubat gigi pada permukaan lampu.

4. Gilap lampu menggunakan kain bersih secara membulat lebih kurang 5 minit (lagi lama lagi bagus).

5. Bilas dengan air permukaan lampu yang dipenuhi ubat gigi tadi. Lihatlah hasilnya. Power tak power bahan dalam ubat gigi tu. Huhu.
Jadi, korang tak perlu lagi beli wax untuk cermin lampu ataupun hantar ke kedai untuk polish lampu lagi. Buat sendiri pun boleh. Jimat wang dan boleh simpan untuk bayar GST.

06/12/2016

Selamat Pagi semua :)

2-3 minggu ni admin dapat banyak pm fb mahupun ws bertanyakan pajak kereta. Untuk pengetahuan semua, sekarang pihak KSBC hanya menerima pajakan MOTOR SAHAJA.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk memajakkan motor, boleh pm kami atau pun direct ws kepada unit pengurusan KSBC di talian 013-6865145 (Mir).

16/11/2016
02/11/2016

[9 Jenis Ragam Kereta Supercar Idaman Orang Malaysia]

Pernah tak anda terfikir bagaimanakah rupabentuk kenderaan idaman orang Malaysia? Setelah memandu sejak tahun 1983, melihat dan memerhatikan sikap pemandu di negara kita dan membaca komen serta kritikan di dalam majalah kereta tempatan, maka saya percaya inilah rupa bentuk kereta yg ideal bagi kebanyakan pemandu di Malaysia:

1. Mempunyai lampu hadapan yang paling besar dan terang. Kalau boleh lampu putih yang boleh membuatkan pemandu lain buta sementara. Grille depan tak perlu ada, yang mustahak lampu. Kalau keseluruhan bahagian hadapan dipasang lampu lagi bagus.

2. Lampu signal depan dan belakang adalah pilihan dan bukannya mandatori. Tidak ada pun tidak mengapa sebab pemandu di Malaysia ini jarang sekali menggunakan lampu signal. Selalunya kita belok masuk simpang tanpa signal walaupun orang lain tunggu mahu keluar simpang dah setengah jam. Jadi signal tu tak ada pun tidak mengapa.

3. Lampu belakang yang besar. Kalau boleh sepanjang bahagian belakang. Bagus lagi kalau terang dan warna kuning. Biar pemandu kereta di belakang jadi silau atau buta terus.

4. Tingkap yang besar dan kalau boleh tak perlu ada cermin. Ini memudahkan pemandu kita buang sampah keluar di jalan. Maklumlah kita ada kertas tisu, lampin kanak-kanak, pembalut coklat, botol dan tin minuman, kulit pisang dan durian untuk kita baling keluar tingkap kereta kita. Ia juga memudahkan kita tunjuk muka bengis macam Jagindas dan Buragas kepada pemandu lain.

5. Eksoz paling besar. Kalau boleh biarlah sampai kucing jantan dan betina boleh masuk berasmara di dalam itu. Bunyi eksoz tu hendaklah cukup kuat. Kalau boleh biarlah sampai orang perempuan terkejut hingga jatuh peranakan mereka.

6. Spoiler biar cukup besar dan tinggi. Ini boleh digunakan sebagai ampaian sidai baju. Boleh juga digunakan untuk panjat ambil buah rambutan bila balik kampung.

7. Roda paling besar dan lebar. Kalau boleh biar kecil sikit saja daripada roda steamroller.

8. Body paling low. Spring suspension hendaklah dipotong supaya badan kereta berada setinggi 2 inci dari tanah. Ini akan mengurangkan gayat serta memudahkan pemandu kita mengukir awan larat pada hump atau bonggol di jalan. Selain itu ia menghalang kucing dan anjing daripada tumpang tidur di bawah kereta kita.

9. Stereng yangg dilengkapi komputer riba atau sekurang-kurangnya telefon pintar. Ini akan membolehkan pemandu di Malaysia menyiapkan kerja sambil memandu. Bukan hanya hantar mesej malah boleh update posting Facebook dan Whatsapp serta tangkap Pokemon sekali. Kalau boleh pasang printer sekali pada dashboard.

Demikianlah rekabentuk kereta idaman pemandu-pemandu di Malaysia. Harap Proton atau Perodua cepat-cepat hasilkan prototype sebelum idea ini dicuri oleh Honda atau Toyota.



-Moh sama-ll refleks diri, bersyukur dengan kemudahan dan keselesaan kereta yang sedia ada-

02/11/2016

[Pak Pandir Dan Teksi]

Pada suatu hari, Pak Pandir melawat ke sebuah negara Timur Tengah. Oleh kerana sudah lewat malam, Pak Pandir menahan teksi untuk pulang ke hotelnya.

Pemandu : Mahu ke mana encik (dalam bahasa arab).

Pak Pandir : Jalan Antah Berantah. Berapa riyal?.

Pemandu : Sepuluh riyal syeikh.

Pak Pandir : Baiklah.

Pak Pandir pun naik teksi dan pulang ke hotelnya. Setibanya di hotel,

Pak Pandir : Nah 5 riyal.

Pemandu : Haih encik, tambangya 10 riyal.

Pak Pandir : Hish ente ni. Kita kan naik teksi ni dua orang, 5 riyal seoranglah.

Pak Pandir terus lari ke dalam hotel.

*akai Pak Pandir....

01/11/2016

[FANTASI PEMANDU TEKSI]

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

WAKAKAKAKA...



-HANYA REKAAN SEMATA MATA. MOHON JANGAN KECAM SAYA-

01/10/2016
26/09/2016

3 SEBAB KENAPA KSBC WAJIB JADI PILIHAN PELAJAR-PELAJAR KAMPUS:

>Pemandu WANITA: Customer wanita akan berasa lebih selamat dan selesa dengan pemandu kami yang ramah dan santun. (Y)

>Harga BUDGET KAMPUS. (Y)

>Destinasi PILIHAN ANDA: Kami sedia berkhidmat memenuhi permintaan anda untuk ke tempat yang ingin dituju sekitar KL-Selangor. (Y)

Apa khabar semua likers? :) Sekali lagi KSBC datang dengan BERITA GEMBIRA!!!!Untuk students yang perlukan transport yang...
26/09/2016

Apa khabar semua likers? :) Sekali lagi KSBC datang dengan BERITA GEMBIRA!!!!

Untuk students yang perlukan transport yang MURAH untuk ke intern atau fakulti yang jauh, KSBC menyediakan perkhidmatan SEWA MOTOR dengan servis yang SANGAT MEMUASKAN.

Cara MUDAH!!!

PM 0136865145
PM 0182710758
PM 0193670128

PM 0136865145
PM 0182710758
PM 0193670128

PM 0136865145
PM 0182710758
PM 0193670128

CEPAT CEPAT PM TEPI untuk sewa dengan kami :D Jangan sampai kena jalan kaki sebab terlewat ke destinasi.

Eh.

23/09/2016

Bila eksiden.. kaum hawa pastikan kita bijak mengurus caranya..

MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN

BAWA KERETA ANDA KE BALAI POLIS DAHULU

Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta.
Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil tow truck (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.

Jangan tandatangan..! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.

Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan tow truck akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!

Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,

"Saya nak towing saje.."
*Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.

Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.

Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.

Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.

Caranya..? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.

Contohlah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.

Sebab itulah Tow Truck biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, anda boleh claim 'lost of use' pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.

Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.

RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900

Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.

Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.

Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.

PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.

Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.

Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.

Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.

KEDUA! Hati-hati dengan Tow Truck bila diaorang cakap,

"Hantar kat bengkel saya je lah..!"

Itu kencing je. Sebab Tow Truck takde bengkel. Dia pancing je tu.

SHARE artikel ini kalau berguna pada kawan lain..!

MENGELAKKAN KEZALIMAN SEMASA DALAM KEMALANGAN

P/s: ✋😃 bacalah doa naik kenderaan

Cc: FB friend

Address

Seri Kembangan

Telephone

013-6865145

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kereta Sewa Budget Campus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share