Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Darul Naim - Droness

Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Darul Naim - Droness Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Darul Naim (Darul Naim Enterprenur of Stingless Bee Society - DRONESS) dilancarkan pada 30 Ogos 2015.

Persatuan DICADANGKAN penubuhannya pada 02 MEI 2015 bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC). DRONESS di tubuh SECARA RASMI pada 27 MEI 2015. Madu Kelantan: ASLI.BERSIH.BERKUALITI, merupakan matlamat DRONESS.

PENJAGAAN KESIHATAN BUKAN HANYA MAKAN MADU, PEMAKANAN SEHARIAN JUGA PERLU DIJAGAHarini sahabat-sahabat Droness berbengke...
25/06/2022

PENJAGAAN KESIHATAN BUKAN HANYA MAKAN MADU, PEMAKANAN SEHARIAN JUGA PERLU DIJAGA

Harini sahabat-sahabat Droness berbengkel meningkatkan ilmu penternakan kelulut dan penjagaan kesihatan penternak melalui amalan pemakanan yang sihat. Kerana pada akhirnya untuk sihat bukan hanya memakan madu, tetapi disiplin mengawal makanan bergula dan kurang berkhasiat juga perlu dititik beratkan.
Sesi hari ini juga memberi peluang pemeriksaan kesihatan asas bagi ahli-ahli Droness.

15 Jan 2022Mesyuarat awal tahun 2022 Persatuan Usahawan Kelulut Darul Naim (DRONESS) yang diketuai Pengerusi baru Prof M...
15/01/2022

15 Jan 2022
Mesyuarat awal tahun 2022 Persatuan Usahawan Kelulut Darul Naim (DRONESS) yang diketuai Pengerusi baru Prof Madya Dr Mahaneem Mohamed.
Fokus diberikan untuk memantapkan ekosistem madu yang bukan hanya asli tetapi bersih dan berkualiti. (Keghairahan perbekalan pukal dan pemasaran intensive berpotensi menyebabkan kebocoran madu tiruan dalam rantaian. Keadaan ini boleh menyebabkan madu kelulut diragui dan hilang permintaan.)
Nasib penternak untuk jangka panjang melibatkan harga madu, pensijilan MyGAPam, pembangunan pusat pengump**an negeri ketiga turut dibincangkan.

Mesyuarat Agung Tahunan DRONESS berjaya dibuat secara hybrid. Normal baru mewujudkan cabaran dalam projek-projek komunit...
09/10/2021

Mesyuarat Agung Tahunan DRONESS berjaya dibuat secara hybrid. Normal baru mewujudkan cabaran dalam projek-projek komuniti, tetapi komitmen ahli dan pasukan teknikal membolehkan pelaksanaan dapat diteruskan.
Alhamdulillah teraju baru DRONESS diketuai oleh Prof Madya Dr Mohamed​​ selaku Presiden dan disokong oleh dua Ikon Kelulut Kelantan iaitu En Azeman Lut Lut​​ sebagai Tim Presiden 1 dan En Mamat​​ selaku Tim Presiden 2 serta En Pinetouent​​ kekal sebagai SU agung dibantu Puan Diana sebagai Tim SU agung. Manakala En Md Noor​​ p**a memegang diamanahkan sebagai Bendahari. Tahniah semua AJK tertinggi dan AJK lain yang dilantik.
Organisasi baru membolehkan Mantan Presiden Dr Zulkifli Mustafa dan Tim Presiden En dapat memainkan peranan lebih besar untuk projek AnNaHL dan pembangunan industri diperingkat kebangsaan.

MASA SUJUD SYUKUR BILA MADU AHLI DRONESS KINI MASUK 11 FARMASI Hanya kepada Allah dipanjat kesyukuran. Perjuangan nak me...
03/08/2021

MASA SUJUD SYUKUR BILA MADU AHLI DRONESS KINI MASUK 11 FARMASI

Hanya kepada Allah dipanjat kesyukuran. Perjuangan nak memartabatkan madu tempatan untuk berada di farmasi akhirnya menuju puncak. Lama dah madu kita dijual tepi jalan.

Awal2 penubuhan kita direzekikan untuk komersil kan madu kelulut di airport antarabangsa. Namun badai pandemik merencatkan perancangan bila kedai diarahkan tutup. Maka halatuju mula goyah. Jaminan pasaran borong tidak dapat dipenuhi.

Dalam nak survive, kita ubah business model dari jualan borong ke pasaran runcit. Dan terpaksa p**a belajar selok belok niaga runcit. Namun jauh disudut hati, nak sangat capai hasrat meletakkan madu ni di farmasi. Tempat selayaknya bagi penawar agung.

Alhamdulillah, dalam kekalutan, Tuan Sabri Setiausaha Agung DRONESS, berjaya meyakinkan pemilik dan jalin kerjasama bersama FARMASI EHSAN di Kota Bharu. InsyaAllah kita usahakan majlis pelancaran bila PKP reda.

Kini, kita semua boleh dapatkan madu kelulut berkualiti di 11 cawangan Farmasi Ehsan di seluruh Kelantan.

Maka nikmat Tuhan mana lagi yang hendak kau dustakan?

Mesyuarat AJK Droness 27 Mac 2021 untuk persediaan mesyuarat agung. Banyak perkembangan semasa dilaporkan terutama permi...
27/03/2021

Mesyuarat AJK Droness 27 Mac 2021 untuk persediaan mesyuarat agung.
Banyak perkembangan semasa dilaporkan terutama permintaan dari negeri-negeri luar terhadap madu kelulut berkualiti dari Kelantan. Dan update ahli juga menunjukkan output yang makin meningkat.

Namun ada juga isu permintaan borong yang menekan harga ladang. Alhamdulillah kami di Kelantan berusaha keras untuk kekalkan harga ladang RM150/kg. Mungkin ekosistem pajak dengan belian minimum 1000kg akan diperkenalkan bagi pemborong yang memerlukan harga yang lebih rendah.
Beberapa inisiatif langsung untuk ahli juga dibentangkan termasuk pakej discount bagi servis dehydrasi madu, bantuan pemasaran di KelulutShop online, dan khairat kematian untuk kebajikan ahli.
Semoga musim madu yang baru bermula memberi limpahan rezeki untuk semua penternak kelulut Malaysia 💪🏻💪🏻💪🏻🎉

New intern dan pelajar PhD yang closely attached at Droness. Semoga lebih ramai saintis kelulut dapat dilahirkan.Kursus ...
27/03/2021

New intern dan pelajar PhD yang closely attached at Droness. Semoga lebih ramai saintis kelulut dapat dilahirkan.
Kursus Asas Penternakan Kelulut 2021

27 Oct 2020Kunjungan Mesyuarat Pengurusan Kelantan Biotech Sdn Bhd selaku anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan. Mesyua...
27/10/2020

27 Oct 2020
Kunjungan Mesyuarat Pengurusan Kelantan Biotech Sdn Bhd selaku anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan.
Mesyuarat diadakan bagi membincangkan pembangunan Makmal Inovasi Kelulut Darul Naim (MIKDAM) yang ketiga selepas MIKDAM@DRONESS dan MIKDAM@TASLIM.
Projek seluas 1.5 ekar ini akan dibangunkan sebagai sebahagian dari KELANTAN AGRO VALLEY. Terima kasih kasih Kerajaan Negeri melalui Exco Pertanian YB Ust Tuan Saripuddin Tuan Ismail yang sentiasa kehadapan membantu memartabatkan industri kelulut Kelantan.
InsyaAllah.

Address

Darul Naim Entrepreneur Of Stingless Bee Society (DRONESS) PT 2948 (Tingkat 1), Taman Simpura, Bandar Baru, Pasir Pekan
Tumpat
16250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Darul Naim - Droness posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Darul Naim - Droness:

Share