04/01/2026
𝐆𝐫𝐨𝐮𝐩 𝟐𝟎-𝟑𝟏 𝐃𝐞𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓
✅ 𝒁𝒊𝒂𝒓𝒂𝒉 𝑹𝒂𝒖𝒅𝒉𝒂𝒉
Pada 21 Disember 2025 jam 11 malam adalah slot Raudhah jemaah wanita Wira Saujana, kumpulan 20-31 Disember 2025.
Para jemaah telah berjaya membuat booking slot Raudhah di aplikasi Nusuk masing-masing atas bantuan dan tunjuk ajar PIC group sebelum mereka menjejak kaki di Haramain lagi. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.
Seawal jam 10 malam, jemaah wanita telah berkumpul di lobi hotel untuk bergerak bersama-sama menuju ke Masjid Nabawi.