17/02/2024
8 Perkara yang anda perlu tahu sebelum datang Ke Mesir.
1.VERY SAFE
Ya, memang kita dengar pelbagai kes letupan dan Sebagainya. So sebagai Pelancong tiada tempat pelancongan setakat ini menjadi masalah letupan,perang situ dan sini. So dapatkan berita yang sahih daripada mereka yang berada di Mesir.
Namun jangan lupa untuk lebih berhati-hati dengan Masyarakat Mesir yang bukan semuanya Berketurunan abi Musa atau berakhlak Nabi Musa.
2. SANGAT PANAS
Ha!!
Semestinya mesir panas bila anda Datang Musim panas, suhu paling tinggi boleh Mencecah 45-48°c Manakala Musim sejuk p**a serendah 5-6°c.
Musim Panas- April-September awal dan Hujung ni tak lah panas sangat sebab dia berada diantara Musim Bunga dan Musim Luruh tapi tak lah nampak sangat ketara perbezaan dia.
Musim sejuk-Oktober-Mac
By the way sejak kebelakangan ni cuaca dah tak menentu kalau ikutkan september dah mulai sejuk tapi mungkin kerana kerosaka manusia sendiri maka cuaca dah tak menentu. Waktu kemuncak akhir Disember ke Februari.
3. PLAN JANGAN TERLALU TELITI
Haha, ini realiti. Jangan anggap apa-apa plan yang dibuat akan terjadi 100% kerana apa-apa saja oleh berlaku di Mesir. Antaranya "Zahma" iaitu Traffic Jammed, kalau dah berlaku kesesakan jalan raya yang sangat lama sehinggakan anda terpaksa menunggu dalam kereta melebihi 15 minit kebiasaannya pasti ada yang bakal tertangguh dalam perjalanan anda so berserahlah pada Dia Sang Penentu.
4. DUIT
Mungkin bagi orang Malaysia semua benda murah di Sini dan Sememangnya murah bagi anda sebagai pelancong di Mesir. Dan jangan lupa,semua benda di Mesir juga perlukan duit terutamanya tips, Parking awam,angkat barang,bawa barang,pegang barang, Sorong kereta OKU dan banyak lagi. Bahkan pemandu pun perlukan tip selepas Trip mereka selesai.
So, Sediakan wang sebaiknya di Mesir
5. PASTI AKAN JATUH CINTA
Semestinya anda akan jatuh cinta dengan Keindahan tempat-tempat yang anda Melancong Di Mesir. Antaranya; Padang Pasir,Laut Merah,Canyon,Sejarah Islam,Ilmu dan bermacam lagi.
Bak kata Ulama Mesir: " Barangsiapa yang pernah minum Air Sungai Nil maka dia Akan teringin dan berkehendak lagi Minumnya lagi"
6. LUAS
Mesir sangat luas keluasannya sehingga memuatkan lebih 100 juta penduduk, so terlalu banyak tempat menari dan terlalu jauh perjalanannya bahka ada kawasan yang tak mampu nak pergi. Kebiasaannya hampir sebulan baru nak hadam habis seluruh Mesir tanpa rehat.
7. SCUBA DIVING
Nak amik lesen dan Diving Mesir antara tempat termurah dan tercantik,terutamanya di Laut Merah. Anda Orang Malaysia,kami ada Wakil pelajar Malaysia yang menguruskan kos lesen di Red Sea Mesir.
8.KOTA KAHERAH KOTA YANG MEMENINGKAN
Tempat pertama yang anda akan jejak ada Kaherah atau Cairo, jangan terkejut kalau dah sampai dengar hon sana dan sini, Sampah kiri dan kanan dan Kesesakan lalu lintas yang memenatkan. Ini antara sebab banyak orang putih s**a overstay area Siwa,Sinai,Dahab,Laut Merah kerna disana lebih tenang daripada Kota Kairo ini.