Persatuan Eko Pelancongan Kuala Sepetang PPM-014-08-14072014 berusaha merancang, memacu dan menjayakan program pelancongan untuk menaikkan nama Kuala Sepetang, Taiping, Perak dan Malaysia di mata dunia. Kuala Sepetang merupakan sebuah pekan nelayan kecil dalam kawasan Hutan Paya Laut Matang. Sumber hasil nelayan seperti ternakan kerang dan hasil laut menjadikan pekan ini syurga makanan laut segar
. Restoran mee udang dan Seafood sentiasa menggamit pengemar makanan ini. Hasil sumber hutan paya laut digunakan sebagai kayu jaras (piling poles) dan digunakan untuk membuat arang kayu. Sumber hutan yang luas ini mengandungi pelbagai spesis flora dan fauna di antaranya pelbagai jenis pokok bakau, kelip-kelip, dolphin dan pelbagai jenis burung tempatan dan hijrah. Sebagai satu tempat sehenti yang lengkap dengan keindahan alam, makanan lazat dan kemudahan selesa. Industri pelancongan berkembang dengan begitu cepat sekali. Persatuan ini berhasrat agar industri pelancongan di Kuala Sepetang dapat diurus dan dikendalikan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan dalam meningkatkan ekonomi masyarakat setempat dan menambah jumlah pendapatan negara.