18/03/2026
🌙✨ Kemeriahan Aidilfitri di Pusat Jagaan Suci Murni dan Cawangan ✨🌙
Alhamdulillah, suasana penuh keceriaan dan kasih sayang dapat dirasai di Pusat Jagaan Suci Murni apabila kami mengadakan sesi pemberian duit raya kepada para pendidik dan juga anak-anak sebelum bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri 💚
🎁 Senyuman ceria jelas terpancar di wajah Para Pendidik dan anak-anak Pusat Jagaan apabila menerima duit raya sebagai tanda penghargaan dan kenangan manis bersama kami
📸 Momen indah ini turut dirakam sebagai kenangan untuk dikenang di masa hadapan
Kami percaya, momen kecil seperti ini mampu membina nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan kegembiraan dalam diri setiap anak-anak ❤️
Terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong setiap aktiviti kami di Pusat Jagaan Suci Murni. Semoga anak-anak membawa pulang kenangan indah ini bersama keluarga tersayang 💕
🌟 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada kami di Pusat Jagaan Suci Murni dan Cawangan🌟