Markas Briged Keenam Infantri Malaysia

Markas Briged Keenam Infantri Malaysia Markas Briged Keenam Infantri Malaysia

05/06/2026
๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“ ๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐Š ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐Ÿ” ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒSUNGAI PETANI, 5 Jun 26 - ...
05/06/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐๐€๐“๐€๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ“ ๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐Š ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐Ÿ” ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ

SUNGAI PETANI, 5 Jun 26 - Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman telah menerima kunjungan hormat daripada Lt Kol Mohd Syamsul Akmal bin Mohd Saidi, Pegawai Memerintah Batalion 165 Risik Tentera Darat bertempat di Pejabat Panglima, MK 6 Bgd, Kem Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.

Kunjungan hormat ini dilaksanakan bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara dua pihak bersempena dengan pertukaran Pegawai Memerintah Batalion 165 Risik Tentera Darat yang baharu pada 29 Mei 26 ke atas kepimpinan YBhg Panglima 6 Bgd.

Pertemuan berkenaan diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan dan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan.

"๐‘บ๐’†๐’•๐’Š๐’‚ ๐‘ฉ๐’‚๐’Œ๐’•๐’Š - ๐‘ผ๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’๐’Š ๐‘บ๐’†๐’ƒ๐’‚๐’“๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ด๐’Š๐’”๐’Š"







๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐Ÿ” ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒSUNG...
05/06/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐„ ๐€๐“๐€๐’ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐Ÿ” ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ

SUNGAI PETANI, 4 Jun 26 - Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Mohd Akmaluddin bin Mudaribeni, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Kedah bertempat di Pejabat Panglima, MK 6 Bgd, Kem Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.

Kunjungan hormat ini bertujuan menyantuni kepimpinan YBhg Panglima 6 Bgd dan pertemuan ini menjadi platform bagi pertukaran pandangan berkaitan gerak kerja Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) selaras dengan Mesyuarat Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Feb 2024.

Kunjungan hormat diakhiri dengan acara menandatangani buku lawatan dan bertukar cendera kenangan.

"๐‘บ๐’†๐’•๐’Š๐’‚ ๐‘ฉ๐’‚๐’Œ๐’•๐’Š - ๐‘ผ๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’๐’Š ๐‘บ๐’†๐’ƒ๐’‚๐’“๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ด๐’Š๐’”๐’Š"







๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐˜๐“๐„๐‚๐‡๐๐ˆ๐‚๐’ ๐“๐„๐‘๐‘๐ˆ๐“๐Ž๐‘๐ˆ๐€๐‹ ๐€๐‘๐Œ๐˜ ๐€๐๐๐”๐€๐‹ ๐‚๐€๐Œ๐ (๐Œ๐€๐‹๐๐“๐€๐‚๐‚) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ•/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ˆ๐๐Ž๐‡, ๐๐„๐‘๐€๐Š, ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Majlis Pe...
04/06/2026

๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐˜๐“๐„๐‚๐‡๐๐ˆ๐‚๐’ ๐“๐„๐‘๐‘๐ˆ๐“๐Ž๐‘๐ˆ๐€๐‹ ๐€๐‘๐Œ๐˜ ๐€๐๐๐”๐€๐‹ ๐‚๐€๐Œ๐ (๐Œ๐€๐‹๐๐“๐€๐‚๐‚) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ•/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐ˆ๐๐Ž๐‡, ๐๐„๐‘๐€๐Š, ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Majlis Pembukaan Malaysian Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTACC) Siri 17/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Politeknik Ungku Omar (PUO), menghimpunkan anggota Askar Wataniah Politeknik dari seluruh negara dalam satu program tahunan yang bertujuan memperkukuh semangat patriotisme, kepimpinan, disiplin dan jati diri.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri bin Abdullah. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Rancang dan Pembangunan Markas Tentera Darat (MK TD-G8), Brigedier Jeneral Yazid bin Yusof; Pengarah Akademik Politeknik Ungku Omar, En. Norman bin Zamri; Komander Rejimen 503 Askar Wataniah, Brigedier Jeneral Syed Nasir bin Sayed Mahadi; serta Timbalan Komander Rejimen 503 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohd Shahrizal bin Abd Aziz.

Program MALPTACC Siri 17/2026 yang berlangsung dari 1 hingga 15 Jun 2026 melibatkan penyertaan 19 buah politeknik dari seluruh Malaysia. Antara kontinjen yang terlibat adalah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muโ€™adzam Shah (POLIMAS) yang berada di bawah naungan 6 Briged.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan institusi pendidikan politeknik dan Angkatan Tentera Malaysia dalam melahirkan anggota Askar Wataniah yang berpengetahuan, berdisiplin serta berdaya saing. Di samping itu, program ini turut menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara institusi pendidikan dan Tentera Darat Malaysia.

Melalui pelbagai aktiviti dan latihan yang dirancang, MALPTACC Siri 17/2026 diharapkan dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan, semangat kerjasama serta nilai kepimpinan dalam kalangan peserta, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti dan berjiwa patriotik.

โ€œSetia Bakti โ€“ Ungguli Sebarang Misiโ€







๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐„๐Š๐’ ๐‹๐€๐๐ƒ ๐Œ๐€๐‹๐๐‡๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ’/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”  ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€-๐…๐ˆ๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐๐€DAVAO DE ORO, FILIPINA, 1 ...
03/06/2026

๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐„๐Š๐’ ๐‹๐€๐๐ƒ ๐Œ๐€๐‹๐๐‡๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ’/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€-๐…๐ˆ๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐๐€

DAVAO DE ORO, FILIPINA, 1 Jun 2026โ€“ Eks LAND MALPHI 24/2026 telah dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis pembukaan yang berlangsung di Markas Divisyen Infantri Ke-10 Tentera Darat Filipina. Latihan bilateral yang berlangsung selama 12 hari ini melibatkan penyertaan anggota Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Filipina sebagai platform untuk memperkukuhkan hubungan pertahanan serta kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara.

Kontinjen Tentera Darat Malaysia yang diketuai oleh Lt Kol Wazir Syafiq bin Nodin, Pegawai Memerintah 6 RAMD, akan menyertai pelbagai siri latihan profesional yang memberi fokus kepada perkongsian pengetahuan, pertukaran pengalaman operasi dan pembangunan kompetensi perancangan operasi.

Pelaksanaan Eks LAND MALPHI 24/2026 mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua angkatan tentera dalam meningkatkan interoperabiliti, memperkukuhkan persefahaman serta membina hubungan profesional yang lebih erat dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau.

Selain menjadi medium pertukaran ilmu dan pengalaman, latihan ini turut berperanan dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan serta memperkukuhkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Filipina demi menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.

6 RAMD
SEUMUR HIDUP BRANEE MATEE

โ€œSetia Bakti โ€“ Ungguli Sebarang Misiโ€







๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐„๐Š๐’ ๐‹๐€๐๐ƒ ๐Œ๐€๐‹๐๐‡๐ˆ๐‰๐ˆ๐“๐‘๐€, ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Acara Penyerahan Bendera Malaysia k...
02/06/2026

๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐„๐Š๐’ ๐‹๐€๐๐ƒ ๐Œ๐€๐‹๐๐‡๐ˆ

๐‰๐ˆ๐“๐‘๐€, ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Acara Penyerahan Bendera Malaysia kepada peserta Eks LAND MALPHI Siri 24/26 telah dilaksanakan sebagai simbolik pelepasan kontinjen yang akan mewakili Tentera Darat Malaysia dalam latihan bilateral bersama Tentera Darat Filipina.

Kontinjen tersebut diketuai oleh Lt Kol Wazir Syafiq bin Nodin, Pegawai Memerintah 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) bersama anggota yang telah dipilih bagi menyertai latihan berkenaan.

Acara tersebut telah disempurnakan oleh Panglima 6 Briged, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman yang menzahirkan keyakinan terhadap keupayaan, profesionalisme serta komitmen tinggi anggota yang terlibat. Dalam amanat yang disampaikan, beliau menekankan kepentingan disiplin, semangat kerjasama serta komitmen yang tinggi dalam melaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan sepanjang latihan berlangsung.

Penyertaan dalam Eks LAND MALPHI merupakan platform penting dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan dua hala, meningkatkan interoperabiliti serta memperluaskan perkongsian pengetahuan, kepakaran dan pengalaman profesional antara kedua-dua angkatan tentera. Latihan ini juga berperanan dalam menguji tahap kesiapsiagaan pasukan serta memperkasakan kompetensi anggota dalam menghadapi pelbagai cabaran operasi semasa.

Semoga semua peserta diberikan kelancaran, keselamatan dan kejayaan sepanjang melaksanakan tugas, seterusnya membawa nama baik Tentera Darat Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia di persada antarabangsa.

6 RAMD
SEUMUR HIDUP BRANEE MATEE








๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐, ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 ...
02/06/2026

๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐Š๐€๐–๐€๐’๐€๐ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ

๐’๐€๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐, ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) telah melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas Kawasan Operasi kepada Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) sebagai sebahagian daripada proses penggiliran pasukan yang dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan tugas operasi dapat diteruskan dengan berkesan.

Majlis serah terima tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 6 RAMD, Lt Kol Wazir Syafiq bin Nodin dan Pegawai Memerintah 25 RAMD, Lt Kol Anwar bin Saaharatol Mat Kamal serta disaksikan oleh Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Brigedier Jeneral Megat Maz Ardi bin Haji Nohuddin.

Majlis ini menandakan berakhirnya penugasan 6 RAMD di kawasan operasi setelah berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan semangat juang yang tinggi. Sepanjang penugasan, warga 6 RAMD telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan tugas demi memastikan keselamatan dan kestabilan kawasan tanggungjawab sentiasa terpelihara.

Seluruh warga 6 RAMD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota yang telah menyumbangkan khidmat bakti sepanjang penugasan serta mendoakan agar 25 RAMD terus cemerlang dalam meneruskan amanah dan tanggungjawab yang telah diserahkan.

6 RAMD
SEUMUR HIDUP BRANEE MATEE








๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ Panglima 6 Briged, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman dan seluruh warga 6 Briged mengucapkan sekalung tah...
01/06/2026

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Panglima 6 Briged, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman dan seluruh warga 6 Briged mengucapkan sekalung tahniah kepada

Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Seri Hj Malek Razak bin Sulaiman atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran Tan Sri

dan

Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri

sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong Sultan Ibrahim.

โ€œSetia Bakti โ€“ Ungguli Sebarang Misiโ€







PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN KOMANDER DAN PENGERUSI BAKAT REJIMEN 504 ASKAR WATANIAHKangar, 29 Mei 2026 - Perb...
29/05/2026

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN KOMANDER DAN PENGERUSI BAKAT REJIMEN 504 ASKAR WATANIAH

Kangar, 29 Mei 2026 - Perbarisan Serah Terima Tugas Timb Komdr Rej 504 AW telah dilaksanakan di Dewan Syed Faizuddin Putra Rej 504 AW, Kem Bukit Keteri, Kangar Perlis. Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman dan isteri, Puan Zulaina binti Yunus telah hadir bagi mengiringi DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis dan isteri, YTM Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Majlis dimulakan dengan gimik penyerahan pisau penyembelihan lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada Ketua Penyembelihan lembu korban. Seterusnya berlangsung upacara menandatangani Nota Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa yang disaksikan oleh DYTM Raja Muda Perlis dan diiringi oleh Panglima 6 Bgd.

Serah Terima Tugas Timb Komdr Rej 504 AW melibatkan Lt Kol Lasahi bin Laiji, Mantan Timb Komdr, kepada Timb Komdr yang baharu, Lt Kol Mohd Azwan Ariff bin Mohd Azawi.

Turut diadakan ialah Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT Rej 504 AW. Pengerusi BAKAT 6 Bgd, Puan Zulaina binti Yunus telah menyaksikan penyerahan tugas di antara Puteri Nor Hajar binti Dato' Megat Mohamed Abdul Wahab kepada Noorasiah binti Johari, selaku Pengerusi BAKAT Rej 504 AW yang baharu. Majlis turut disertai oleh ahli-ahli BAKAT Rej 504 AW.

Acara diakhiri dengan Temuduga Bertukar Keluar Lt Kol Lasahi bin Laiji serta penyampaian cenderamata oleh Panglima 6 Bgd kepada beliau sebagai penghargaan atas khidmat bakti yang telah dicurahkan.


"SETIA BAKTI - UNGGULI SEBARANG MISI"







SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA DAN IBADAH KORBAN PERINGKAT 6 BRIGED TAHUN 1447H/2026MSUNGAI PETANI, 27 Mei 26 โ€“ Panglima 6...
27/05/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA DAN IBADAH KORBAN PERINGKAT 6 BRIGED TAHUN 1447H/2026M

SUNGAI PETANI, 27 Mei 26 โ€“ Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fouzi bin Sulaiman dan isteri, Puan Zulaina binti Yunus telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha serta Program Korban dan Akikah Peringkat 6 Briged Tahun 1447H/2026M yang berlangsung di Masjid An-Naim, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani.

Program dimulakan dengan Takbir Raya, diikuti Solat Sunat Aidiladha dan khutbah khas yang disampaikan oleh PS Agama MK 6 Bgd, Mej Mohd Sobri bin Che Hassan. Seusai khutbah, para jemaah dijemput menikmati jamuan ringan sebelum program seterusnya diteruskan.

Majlis kemudian diserikan dengan penyerahan pisau sembelihan oleh Panglima 6 Bgd kepada Ketua Penyembelihan, Kapt Muhammad Faaiz Shafiq bin Omar, Pegawai Agama Pasukan Bn 165 Risik TD, sebagai simbolik perasmian aktiviti penyembelihan lembu korban.

Majlis diakhiri dengan pengagihan daging korban kepada semua pasukan yang berada di Kem Lapangan Terbang sebagai tanda syukur dan kebersamaan warga 6 Bgd dalam menghayati semangat Aidiladha. Turut hadir, Para Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan di bawah naungan dan pentadbiran 6 Bgd bersama warga Kem Lapangan Terbang yang turut memeriahkan sambutan.

"Setia Bakti - Ungguli Sebarang Misi"





Address

Sungai Petani

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60132837978

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas Briged Keenam Infantri Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share