Terang Suluh MY

Terang Suluh MY Your Personal Hajj & Umrah Travel Advisory

PNR adalah Passanger Name Record kod merupakan combinasi 6 digit Aksara (huruf+number) contohnya "ABC123"PNR ini akan di...
03/05/2026

PNR adalah Passanger Name Record kod merupakan combinasi 6 digit Aksara (huruf+number) contohnya "ABC123"

PNR ini akan dilampirkan sekali dengan itinerari penerbangan sebelum boarding pass dikeluarkan.

PNR ini sangat penting kerana ia merangkumi segala maklumat seperti status penerbangan dan check-in proses, detail peribadi dan detail penerbangan.

Jika ada perkara yang tidak ingini berlaku pihak penerbangan atau agensi travel akan refer kepada PNR number dan bukan pada Boarding Pass.

Ada Ilmu lebih Mudah Nak Travel.
Enjoy your holiday!

Antara Sunnah Nabi Muhammad SAW pada hari Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi. Membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat ...
01/05/2026

Antara Sunnah Nabi Muhammad SAW pada hari Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi. Membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat adalah amalan sunnah yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ia bukan sahaja membawa pahala, malah mempunyai kelebihan yang sangat besar kepada orang yang mengamalkannya secara konsisten setiap minggu.

Berikut antara kepentingan dan kelebihan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat:
1. Dilindungi dari Fitnah Dajjal
Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghafaz 10 ayat pertama dari Surah Al-Kahfi, dia akan dilindungi daripada Dajjal.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Fitnah Dajjal adalah fitnah paling dahsyat di akhir zaman. Dengan membaca dan memahami Surah ini, seseorang dilindungi daripada terpedaya dengan tipu daya tersebut.

2. Cahaya daripada Jumaat ke Jumaat
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan terpancar cahaya di antara dua Jumaat.”
(Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi – dinilai sahih oleh Ibn Hajar)

Ini bermaksud, Allah akan memberi petunjuk, hidayah dan perlindungan sepanjang minggu itu hingga ke Jumaat yang seterusnya.

Ramai diantara kita terlepas pandang perkara ini, dan jemaah umrah/hajj janganlah melepaskan peluang membacanya alangkah belipat kali ganda pahala apabila kita membacanya di Mekkah mahupun Madinah.

Allahu a'lam.

Tengah - tengah Belek Pakej perasan sekarang travel umrah dah bawak jemaah ke taif. Macam kita tahu Taif merupakan bumi ...
30/04/2026

Tengah - tengah Belek Pakej perasan sekarang travel umrah dah bawak jemaah ke taif. Macam kita tahu Taif merupakan bumi yang penuh bersejarah, di mana Baginda Nabi SAW di rejam batu oleh Penduduk Taif kerana tidak mahu mengikut ajaran islam. Tapi selepas pembukaan kota mekah, penduduk Taif memeluk islam.

Adanya 1 hari bermalam dapat jemaah menelusuri menziarahi Masjid Ku, Masjid Addas, tambahan Masjid Ibnu Abbas (yang di tahnik oleh baginda saw ).

Kebelakangan ni taif sudah “boom” dengan tourist kerana tempat peranginan seperti Shubra Palace, Al- Hada Mountain, Al Anoud Park, King Fahd Garden, dan infamous Taif Rose Garden.

Tak peliklah kalau sekarang sudah banyak pakej yang ingin bermalam di taif. Sebab lain juga jemaah yang bertungkus lumus, keringat, lelah beribadah di Mekah bila bermalam di taif seperti recharge batteri semula.

Ya Allah..... Ya Rasullulah........ Rindu Sunggu Aku PadaMu! Sampaikan Aku Lagi Di Bumi Madinah🤲Assalamualaikum Wrt, Kat...
28/04/2026

Ya Allah..... Ya Rasullulah........ Rindu Sunggu Aku PadaMu! Sampaikan Aku Lagi Di Bumi Madinah🤲
Assalamualaikum Wrt,
Kata lazim yang pasti akan disebut-sebut bagi mereka yang pernah datang ke sini. Walaupun, dikala cuaca yang terik atau sejuk angin dingin pasti tiada yang bakal menghalang untuk menziarahi Makam Rasulullah.
Nikmatnya berada di Raudah merasakan dekatnya bersama baginda Nabi Muhammad SAW, Berjurai Air Mata Kerinduan, Berdoa Meminta Keampunan Allah SWT Dan Syafaat Nabi SAW Di Akhirat Kelak😭!
Semoga Allah permudahkan kita semua untuk kembali kesana. Aaminn Ya Rabb🤲

Ya Allah..... Ya Rasullulah........ Rindu Sunggu Aku PadaMu! Sampaikan Aku Lagi Di Bumi Madinah🤲

Assalamualaikum Wrt,
Kata lazim yang pasti akan disebut-sebut bagi mereka yang pernah datang ke sini. Walaupun, dikala cuaca yang terik atau sejuk angin dingin pasti tiada yang bakal menghalang untuk menziarahi Makam Rasulullah.

Nikmatnya berada di Raudah merasakan dekatnya bersama baginda Nabi Muhammad SAW, Berjurai Air Mata Kerinduan, Berdoa Meminta Keampunan Allah SWT Dan Syafaat Nabi SAW Di Akhirat Kelak😭!

Semoga Allah permudahkan kita semua untuk kembali kesana. Aaminn Ya Rabb🤲

Ya Allah..... Ya Rasullulah........ Rindu Sunggu Aku PadaMu! Sampaikan Aku Lagi Di Bumi Madinah🤲Assalamualaikum Wrt, Kat...
28/04/2026

Ya Allah..... Ya Rasullulah........ Rindu Sunggu Aku PadaMu! Sampaikan Aku Lagi Di Bumi Madinah🤲

Assalamualaikum Wrt,
Kata lazim yang pasti akan disebut-sebut bagi mereka yang pernah datang ke sini. Walaupun, dikala cuaca yang terik atau sejuk angin dingin pasti tiada yang bakal menghalang untuk menziarahi Makam Rasulullah.

Nikmatnya berada di Raudah merasakan dekatnya bersama baginda Nabi Muhammad SAW, Berjurai Air Mata Kerinduan, Berdoa Meminta Keampunan Allah SWT Dan Syafaat Nabi SAW Di Akhirat Kelak😭!

Semoga Allah permudahkan kita semua untuk kembali kesana. Aaminn Ya Rabb🤲

Azab Bagi Mereka Yang Mendustakan Allah, Rasul, Hari Kiamat Dan Al-quran| Allah Mencintai Orang Yang Bersabar!Taddabur S...
24/04/2026

Azab Bagi Mereka Yang Mendustakan Allah, Rasul, Hari Kiamat Dan Al-quran| Allah Mencintai Orang Yang Bersabar!

Taddabur Surah At-Thur 24/4/26

Ayat 12-16

Refleksi ayat 9-11
Pengajaran
1.Jenayah paling besar adalah mendustakan Allah, Rasul, Hari kiamat, Al-Quran.
2.Orang yang mendustakan hari kiamat dia kafir dan masuk api neraka.

Ayat 12
Bukit (52:12)

ٱلَّذِينَ هُمْ فِى خَوْضٍۢ يَلْعَبُونَ ١٢

Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.

Inti pati
فِى tenggelam, leka خَوْضٍۢ dalam kebatilan dan يَلْعَبُونَ bermain-main dengan kesedapan dunia.

Ayat 13
Bukit (52:13)

يَوْمَ يُدَعُّونَ إِلَىٰ نَارِ جَهَنَّمَ دَعًّا ١٣
Hari mereka di tolak dengan kuat ke dalam neraka jahannam

Inti pati
Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya.
Bila orang beriman dengar seksanya azab neraka pasti mereka tidak akan ingin melakukan dosa, dan mempermainkan agama.

Antara seksa di neraka;
Hari Kiamat (56:42)

فِى سَمُومٍۢ وَحَمِيمٍۢ ٤٢

Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak.

Hari Kiamat (56:43)

وَظِلٍّۢ مِّن يَحْمُومٍۢ ٤٣

Serta naungan dari asap hitam,

Hari Kiamat (56:44)

لَّا بَارِدٍۢ وَلَا كَرِيمٍ ٤٤

Yang tidak sejuk, dan tidak p**a memberi kesenangan.

SIAPA DIA YANG DISEKSA INI?
Hari Kiamat (56:45)

إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ ٤٥

Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).

Hari Kiamat (56:46)

وَكَانُوا۟ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلْحِنثِ ٱلْعَظِيمِ ٤٦

Dan mereka p**a sentiasa melakukan dosa yang besar,
Hari Kiamat (56:47)

وَكَانُوا۟ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًۭا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ ٤٧

Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?

Inti pati
Orang yang leka dengan kemewahan ini diseksa oleh Allah kerana tidak percaya dengan hari kiamat (56:47). Ini kerana sifat orang yang diberi kemewahan ini merasakan dia ada segalanya dan allah mencintainya dan tidak mengazabnya sedangkan allah membenci mereka.

Ayat 14
Bukit (52:14)

هَـٰذِهِ ٱلنَّارُ ٱلَّتِى كُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ ١٤

(Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.

Ayat 15
Bukit (52:15)

أَفَسِحْرٌ هَـٰذَآ أَمْ أَنتُمْ لَا تُبْصِرُونَ ١٥

"Maka adakah ini sihir juga (sebagaimana yang kamu katakan terhadap keterangan Rasul Kami dahulu?), atau kamu tidak nampak (kenyataannya sebagaimana kamu tidak nampak di dunia dahulu akan kebenaran Rasul Kami)?

Inti pati
Allah memperli orang neraka allah mengatakan adakah api neraka sihir atau kamu yang buta.
Ini merupakan Azab mental bagi penduduk neraka yang orang mendustakan agama.

Bukit (52:16)

ٱصْلَوْهَا فَٱصْبِرُوٓا۟ أَوْ لَا تَصْبِرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْكُمْ ۖ إِنَّمَا تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ١٦

"Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan".

Inti pati
Allah juga memperli orang neraka dengan cara sabar atau tak sabar semuanya sama sahaja.
Disini juga, pengajaran bagi kita perkara terbesar masuk syurga adalah perlu bersabar di dunia.
Dalilnya ada di gambar

Kelebihan bersabar di dunia.
1. Pahala tanpa had (az-zumar: 10)
2. Dapat pujian, rahmat dan hidayat (al-baqarah:155-157)
3.Dapat cinta Allah swt (Ali- Imran: 146) وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

AZAB MEREKA YANG MENDUSTAKAN API NERAKA?
Sujud (32:20)

وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فَسَقُوا۟ فَمَأْوَىٰهُمُ ٱلنَّارُ ۖ كُلَّمَآ أَرَادُوٓا۟ أَن يَخْرُجُوا۟ مِنْهَآ أُعِيدُوا۟ فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلنَّارِ ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ٢٠

Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu".

Allah a'lam

Check out
20/04/2026

Check out

See Imran Afiq profile on Maukerja. Imran Afiq has 1 jobs listed on their profile. See full profile at Maukerja

Sambungan taddabur At-Thur dari ayat 9 - 12 | Siri 2Sinopsis;Inilah Ia Situasi  Dimana Hari Allah Turunkan Azab | Celaka...
11/04/2026

Sambungan taddabur At-Thur dari ayat 9 - 12 | Siri 2
Sinopsis;
Inilah Ia Situasi Dimana Hari Allah Turunkan Azab | Celaka Mereka Yang Mempermainkan Al-Quran. Allahu 🫣

Ayat 9
Bukit (52:9)

يَوْمَ تَمُورُ ٱلسَّمَآءُ مَوْرًۭا ٩

Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.

Inti Pati
ayat 8 menceritakan azab pasti akan berlaku, persoalannya bila? Ayat 9 ini Allah menggambarkan bila berlakunya hari azab,
يَوْمَ pada hari تَمُورُ bergerak, bergegar, berpusing( sekali serentak) pada langit dengan مَوْرًۭا kuat sangat. Kita bayang bertapa dahsyatnya azab allah langit yang tersegam indah itu bergegar.
Jikalau gempa bumi tidak sampai 30 saat sahaja sudah teruk dan dahsyat kesannya apatah lagi langit !
Kenapa langit ٱلسَّمَآءُ dan tidak bumi? Ini kerana Langit adalah bumbung bagi manusia, bumbung sebagai pemelihara bumi.
lihat posting tadabbur sebelum ini saya ada kongsi👌

Ayat 10
Bukit (52:10)

وَتَسِيرُ ٱلْجِبَالُ سَيْرًۭا ١٠

Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.

Inti pati
Ayat tadi Allah sudah cerita tentang langit, kini baru Allah menyatakan di bumi p**a tetapi kenapa focus azab Allah di gunung ٱلْجِبَالُ. Gunung merupakan makhluk Allah yang paling kuat di bumi dan juga gunung adalah sebagai pasak bumi. Jika gunung boleh bergerak maka binasa bumi.
Dalilnya
(101:5)

وَتَكُونُ ٱلْجِبَالُ كَٱلْعِهْنِ ٱلْمَنفُوشِ ٥

Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

bayangkan sahaja gunung-gunung menjadikan bulu(kapas) apatah lagi manusia semamang dahsyat azab yang Allah turunkan.

Ayat 11
Bukit (52:11)

فَوَيْلٌۭ يَوْمَئِذٍۢ لِّلْمُكَذِّبِينَ ١١

(Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran;

Inti pati
وَيْلٌ ini merujuk kepada celaka atau terkejut, dan terdapat 3 jenis وَيْلٌ
1. للتعجب terkejut, ta'ajub bagi manusia tetapi tidak bagi Allah swt (11:72)
2. لِلتَحَّسُرُ celaka dalam konteks menyesal.(25:28)
3. لِلهَلاكَ celaka bagi orang-orang kufur, syirik, banyak dosa, solat tapi lalai, tak bertaubat, hati keras, orang berdusta dan ubah makna Al- Quran.

Cuba lihat penanda al-quran yang telah saya sebagai dalil
(51:60), (45:7),(77:15), (104:1), (107:4-5), (83:1).
Pengajaran wajib kita beriman dengan hari allah turunkan azabnya supaya kita menjadi hambanya yang takut kepada Allah swt.

Tambahan Nota,
Tanda - tanda manusia yang hati keras;
1. Bila orang cerita azab allah tetapi tidak ada rasa apa.
2. Bila baca al-quran tiada rasa kerana tidak faham al-quran dan tidak mahu memahaminya.

Cara untuk lembut hati adalah baca al-quran dan wajib faham al-quran.
Dalilnya adalah sewaktu sayidina umar al khattab memeluk islam, asal beliau adalah orang yang sangat keras hatinya sehinggan ingin membunuh nabi tetapi Allah swt lembutkan hatinya dengan cara mendengar Al-Quran.

Ayat 12
Bukit (52:12)

ٱلَّذِينَ هُمْ فِى خَوْضٍۢ يَلْعَبُونَ ١٢

Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.

Inti pati
Ayat ini menceritakan terdapatnya orang-orang yang mempermainkan ayat Al- Quran.
Di sini ada 2 jenis iman
1. التَصْديقِ - Orang membenar Al- quran dan hadis.
Lawan bagi التَصْديقِ adalah التَكْذيبُ (At-Takzib) - Mendustakan/Menafikan.
2. الاِنقياد - Orang yang tunduk dan patuh.

Tiada salah satu dari iman ini maka orang itu tidaklah beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad saw,

Berikut 2 jenis manusia yang mengaku beriman tetapi tidak;
1. Percaya apa nabi suruh, tapi tidak melakukannya. Hujah mereka kerana mereka merasakan perkara tidak penting dan tidak yakin pada hari Azab.
2. Mereka yang beribadah tapi tidak ikut apa yang Nabi Muhammad saw tetapkan. Golongan ini merasakan cara yang mereka lakukan adalah lebih baik sedangkan ia bercanggah dengan apa yang Nabi lakukan.

Mengikut ayat 12 ini ialah orang yang التَكْذيبُ mempermain hari kiamat, dia jauh dari sifat التَصْديقِ , mereka ini sememangnya tidak beriman kepada Allah swt.

Allah A'lam

Allah Bersumpah Bahwa Azabnya Pasti Berlaku! Namun Ramai Manusia Leka 😨Tadabbur Surah At- Thur Ayat 1- 8| Siri 1Surah At...
10/04/2026

Allah Bersumpah Bahwa Azabnya Pasti Berlaku! Namun Ramai Manusia Leka 😨

Tadabbur Surah At- Thur Ayat 1- 8| Siri 1

Surah At- Thur merupakan surah makkiyah(surah sebelum nabi berhijrah)
Dari Al Jubair bin Mut'im; Aku dengar nabi membaca surah At- Thur ketika solat maghrib dan hampir-hampir hati aku meletup apabila mendengar nabi membacanya.

Dari Ummi Salamah; Aku mengadu sakit kepada Nabi saw, lalu nabi menyuruh isterinya untuk tawaf menaiki tunggangan, dan ketika aku tawaf, nabi sedang solat di baitullah dan baginda membaca surat At- Thur.

Inti Pati Keseluruhan.
Kepastian azab Allah swt yang pasti akan berlaku kepada hambanya yang ingkar,

Ayat 1
Bukit (52:1)

وَٱلطُّورِ ١

Demi Gunung Tursina;

Inti Pati
وَ demi apabila وَ tunggal bukan penyambung ayat. وَ jika bermakna demi perkataan selepasnya baris kasrah(bawah)
Kenapa bukit Tursina penting kerana waktu itu Allah bercakap dengan Nabi Musa A.s. Semua tempat tiada nilai kecuali allah turunkan nabi atau wahyu disitu.

Buah Tin (95:1)

وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيْتُونِ ١

Demi buah Tiin dan Zaitun, buah Tiin dan Zaitun,Banyak di syam tempat Nabi Isa A.S

Buah Tin (95:2)

وَطُورِ سِينِينَ ٢

Dan Gunung Tursina,
Inti pati
Di sini Allah bersumpah dengan gunung tursina bukan kerana gunung tetapi tempat Allah bercakap dengan Nabi Musa A.S. Selain itu Makkah p**a hanya lah lembah tandus tapi allah muliakan makkah kerana tempat adanya Nabi Muhammad saw dan juga tempat Allah turunkan wahyu Al-quran.

Buah Tin (95:3)

وَهَـٰذَا ٱلْبَلَدِ ٱلْأَمِينِ ٣

Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -

Apa pengajaran?
Manusia semua nak mulia dan pangkat, tapi caranya tak betul. Ramai orang pergi ke tempat mulia contoh mekah dan madinah dan sebagainya tetapi hakikat yang memuliakan tempat tersebut adalah Wahyu (Al-quran) dan nabi. Jadinya manusia akan mulia apabila bersama dengan wahyu(al -quran)
Dalilnya
Uthman RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran." (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5027)

Maka Jadikan al quran sebagai penyelamat kita, dan jadikan al quran untuk memuliakan kita.

Ayat 2
Bukit (52:2)

وَكِتَـٰبٍۢ مَّسْطُورٍۢ ٢

Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi -

Inti pati
Para Ulama bersepakat كِتَـٰبٍۢ di sini adalah Al quran, tetapi ada pandangan lain ianya kitab taurat kerana berkait dengan zaman Nabi Musa a.s, juga kitab amalan manusia, pandangan akhir adalah kitab yang diturunkan dari Luh Mahfuz.

Tertulis dan tersusun rapi maknanya tiada pencanggahan kerana sifatnya yang sempurna.
Dia seorang pon manusia yang akan bercanggah dengan Al-quran kerana lengkap dan sempurna.

Ayat 3
Bukit (52:3)

فِى رَقٍّۢ مَّنشُورٍۢ ٣

Pada lembaran surat yang terbuka;

Inti pati
رَقٍّۢ adalah benda yang lembut, lembaran yang lembut dan terbuka. Terbuka bermaksud sesiapa sahaja boleh membacanya bukan untuk golongan tertentu. Ini kerana al quran adalah "hudan linnas" petunjuk bagi semua manusia. Bahkan peringkat awal penerimaan Al-Quran di zaman Nabi orang kaya (Siti khadijah R.A), hamba(zaid bin harithah R.A), budak kecil(Ali bin Abi Talib R.A). Jadilah salahlah kalau kita mengatakan ustaz, budah tahfiz sahaja yang lain memahami Al-quran.

Ayat 4

Bukit (52:4)

وَٱلْبَيْتِ ٱلْمَعْمُورِ ٤

Dan demi "Al-Baitul Makmur";

Inti pati
Baitullah (Masjidil Haram) makmur. Disana orang ramai beribadah sepanjang masa.
Baitul Makmur juga yang di maksudkan yang berada di langit ketujuh.

Dalil dari Malik bin Saqsa'ah R.A;
Ketika nabi naik kelagit ketujuh, Nabi naik ke baitul makmur, lalu nabi kata ke jibril: Apa ini? Jibril berkata; "inilah baitul makmur dan kami akan masuk kedalamnya setiap hari sebanyak 70000 malaikat untuk beribadah, dan apabila dia masuk dan dia keluar dia tidak akan masuk lagi untuk kali kedua".

Pengajaran Dalil.
Ini menunjukkan bertapa BANYAKNYA malaikat yang Allah cipta dan pengajaran bagi manusia bahwa allah tidak perlu langsung ibadah kita sebab Allah swt dah cipta malaikat untuk menyembahnya. Dan rugilah manusia kalau tak mahu ibadah kerana ibadah adalah kebaikan kita sendiri.

Ayat 5
Bukit (52:5)

وَٱلسَّقْفِ ٱلْمَرْفُوعِ ٥

Dan demi bumbung yang tinggi;

Inti pati
Tinggi di sini adalah Di angkat, dan juga allah menyatakan ٱلسَّقْفِ adalah sebagai langit
(21:32)

وَجَعَلْنَا ٱلسَّمَآءَ سَقْفًۭا مَّحْفُوظًۭا ۖ وَهُمْ عَنْ ءَايَـٰتِهَا مُعْرِضُونَ ٣٢

Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.

Allah yang Ar-rahman mencipta langit sahaja banyak manfaat kepada manusia.

Ayat 6
Bukit (52:6)

وَٱلْبَحْرِ ٱلْمَسْجُورِ ٦

Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan); -

Inti Pati
ٱلْمَسْجُورِ Allah jaga laut walaupun penuh tapi tak melimpah, juga Laut yang dinyalakan api sehingaga air menjadi kering.
Dalil
(At-Takwir:6)

وَإِذَا ٱلْبِحَارُ سُجِّرَتْ٦

Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;

Laut yang mana sampai Allah bersumpah?
Laut yang di atas ada arasy Allah swt.

Hud (11:7)

وَهُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍۢ وَكَانَ عَرْشُهُۥ عَلَى ٱلْمَآءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۗ وَلَئِن قُلْتَ إِنَّكُم مَّبْعُوثُونَ مِنۢ بَعْدِ ٱلْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِنْ هَـٰذَآ إِلَّا سِحْرٌۭ مُّبِينٌۭ ٧

Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)".

Ayat 7
Bukit (52:7)

إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَٰقِعٌۭ ٧

Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; -

Inti pati
Allah bersumpah sebanyak-banyak itu adalah untuk menyatakan bahawa Azab allah itu pasti akan berlaku.

Ayat 8
Bukit (52:8)

مَّا لَهُۥ مِن دَافِعٍۢ ٨

Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya; -

Inti Pati
دَافِعٍۢ menunjukkan tiada siapa boleh menolak apa azab yang akan ditimpanya.

Allahu a'lam.

Tadabbur Surah As-Sajdah Ayat 1-4KandunganMenerangkan kebesaran dan keagungan Allah swt melalui sifat-sifatnya dan kesem...
09/04/2026

Tadabbur Surah As-Sajdah Ayat 1-4
Kandungan
Menerangkan kebesaran dan keagungan Allah swt melalui sifat-sifatnya dan kesempurnaan kuasanya.
Menerangkan keagungan dan kemuliaan Al-Quran yang menjadi penyebab pada kebahagiaan manusia.
As - Sajdah : Ayat 1.
Sujud (32:1)

الٓمٓ ١

Alif, Laam Miim.

Inti pati
Huruf Muqatha'ah - Huruf terputus takde makna
Lawan nya Muttasilah -Huruf yang bersambung dan ada makna

Kenapa adanya huruf ini.
Ayat ini untuk mencabar orang musyrikin, Menunjukkan Ayat Al-quran ini bukan dibuat oleh manusia(nabi muhammad).

3 Golongan Yang Benci Al-quran
1. Syaitan. dalil bila kamu nak baca Al-quran mintalah pelindungan daripada syaitan. (an nahl:98)
2. Orang Kafir. dalil dan orang kafir jangan kamu dengar al-quran(jangan faham) dan buat bising jika ada orang nak dengar. (surah fusilat ayat : 26)
3. Orang Munafik. dalil . Al-Quran boleh membokar hati mereka. (surau at taubah : 64)

Sikap orang beriman apabila mendengar al-quran adalah
1. khusyuk, dan begetar hati mereka
dalil (surah al anfal: ayat 2) Harta Rampasan Perang (8:2)

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَـٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَـٰنًۭا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ٢

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

2. Orang yang beriman bila mendengar al quran. dia terus bersujud illahi,
Sujud (32:15)

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِـَٔايَـٰتِنَا ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا۟ بِهَا خَرُّوا۟ سُجَّدًۭا وَسَبَّحُوا۟ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ۩ ١٥

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka p**a tidak bersikap sombong takbur.

(surah as sajadah: 15)

Ayat 2
Sujud (32:2)

تَنزِيلُ ٱلْكِتَـٰبِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِن رَّبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٢

Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Inti pati
Allah menyatakan Al-Quran ini tiada keraguan. Hukum tak percaya Al-quran adalah menjadi kufur. Dan di turunkan oleh tuhan sekalian alam(semua ciptaan),
Kenapa Rabb Alam?
1. ini menunjukkan bertapa hebatnya al quran kerana yang diturunkan adalah pencipta alam.
2. Al-quran di ciptakan khas untuk sekalian alam makhluk. Tiada khusus.

Ayat 3
Sujud (32:3)

أَمْ يَقُولُونَ ٱفْتَرَىٰهُ ۚ بَلْ هُوَ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ لِتُنذِرَ قَوْمًۭا مَّآ أَتَىٰهُم مِّن نَّذِيرٍۢ مِّن قَبْلِكَ لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ ٣

(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.

Inti pati
Undang-undang Al-quran adalah حَقُّ(digunakan untuk selama-lamanya). Al-quran ini adalah untuk pemberi ingatan لِتُنذِرَ yang menakutkan(berat). boleh kita lihat sama seperti surah yasin: 6. dan al quran yang berikan peringatan untuk bagi hidayah petunjuk. Sangat perlu memahami Al-quran untuk mendapat petunjuk.
Ya-Sin (36:6)

لِتُنذِرَ قَوْمًۭا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمْ فَهُمْ غَـٰفِلُونَ ٦

Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.

Ayat disini Allah juga menyatakan lalai di mana orang yang tak faham al quran pasti akan lalai. Selain itu, zaman nenek moyang nabi tidak diberikan nabi dan al quran sebabtu mereka lalai(sesat) bahkan orang Ahlul kitab Allah menyifatkan kepada orang yahudi kerana meraka ada kitab (taurat) tapi tidak beriman dan mengubah kitab.

Ayat 4
Sujud (32:4)

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍۢ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِ ۖ مَا لَكُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَلِىٍّۢ وَلَا شَفِيعٍ ۚ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ ٤

Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

Allah yang menciptakan langit dan bumi dan di antaranya, apa yang ada di antaranya? awan, cukup dengan awan telah menunjukkan bertapa besar nya kebesaran Allah.
Allah mencipta semua ini dalam masa 6 hari dari ahad ke jumaat kecuali hari sabtu.
Orang yahudi ingatkan allah berehat sedangkan allah tak perlu berehat. Allah mengambil masa 6 hari untuk manusia berfikir. Cuba kita berfikir, mana ada manusia lahir terus jadi besar, mesti bermula dari air mani dan ikut proses sehingga jadi bayi dan membesar.

Allahu a’lam.

Address

Putra Business Centre, 36-G, Jalan Putra Mahkota 7/6b, Putra Heights
Subang Jaya
47650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terang Suluh MY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Terang Suluh MY:

Share