02/07/2021
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ*
🕌 *INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT* 🕌
📆 *TARIKH : 21 ZULKAEDAH 1442H/ 2 JULAI 2021*
📜 *_TAJUK : *GOLONGAN YANG BERUNTUNG_*
👉 1- Bertaqwa kepada ALLAH SWT.
👉 2- Manusia sangat menyukai dan mengimpikan kejayaan dan keuntungan dalam kehidupan. Bagi mereka yang hanya memandang keuntungan dalam bentuk material duniawi, maka itulah yang akan menjadi matlamat dan tujuan hidup mereka. Sedangkan matlamat hidup bukanlah keuntungan dunia semata, yang lebih utama adalah kebaikan dan keuntungan akhirat yang jauh lebih baik, sempurna dan kekal untuk selamanya. Maka usahalah atas sesuatu yang menguntungkan kita di dunia dan akhirat.
👉 3- Kalimah “Al-Falah” disebut 40 kali di dalam Al-Quran. “Al-Falah” di sini bermaksud jalan kejayaan yang sebenar iaitu kejayaan duniawi dan ukhrawi. Siapakah golongan “Al-Falah” ini. Ia adalah :-
I. Orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT
II. Orang yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah SWT dan mengharapkan semata keredhaanNya
III. Orang yang sentiasa membersihkan dirinya dari dosa dengan bertaubat kepada Allah SWT seterusnya memperbanyakkan amal soleh dan ketaatan kepada Allah SWT.
IV. Orang yang melakukan usaha amar maaruf dan nahi mungkar. Menyeru manusia ke jalan Allah dan mencegah mereka dari melakukan kemaksiatan.
V. Mereka yang berjihad, mengorbankan jiwa raga dan harta mereka demi tertegaknya agama Allah SWT yang mulia ini.
VI. Golongan yang membesarkan hati dan jiwa mereka untuk berserah diri kepada Allah SWT.
👉 4- Maka dari huraian dan klasifikasi Al-Quran tentang golongan “Al-Falah”, yakni mereka yang beruntung dan berjaya, maka jelas sesuatu kejayaan dan keuntungan itu tidak diukur semata dengan neraca duniawi, tetapi lebih besar maksudnya dengan neraca ukhrawi.
👉 5- Justeru, Islam tidak menghalang umatnya untuk mencari kejayaan dunia, tetapi harus menjadikan kejayaan dunia tersebut mengandungi dengan manfaat-manfaat dan keuntungan akhirat. Kejayaan di negeri akhirat itu lebih utama dan penting kerana di sanalah nanti manusia akan dinilai atas apa sahaja yang mereka usahakan di dalam hidup mereka.
👉 6- Mengakhiri khutbah, Mimbar menyeru untuk sekalian umat agar kembali segera kepada Allah SWT. Taatkan perintah Allah mengikuti jalan junjungan besar Rasulullah SAW. Jauhilah jalan khayalan yang bersifat sementara dan menuju kepada kenikmatan bergelar orang yang beruntung dan berjaya untuk selama-lamanya. Tingkatkan amal soleh dan ketaqwaan kerana dengannya akan membuka jalan-jalan kebaikan untuk menuju kepada Allah SWT.
Wallahuaklam...
* oleh Unit Khutbah & Tafsir, PMS-JAINJ*