08/09/2026
PATUHI HAD LAJU, HARGAI NYAWA
Kelajuan yang berlebihan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mengurangkan masa untuk bertindak balas ketika berdepan situasi kecemasan di jalan raya. Semakin tinggi kelajuan, semakin jauh jarak membrek dan semakin besar risiko berlakunya kemalangan yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.
Patuhi had laju yang telah ditetapkan kerana ia diwujudkan demi keselamatan semua pengguna jalan raya. Biarlah perjalanan mengambil sedikit masa, asalkan anda dan insan tersayang tiba di destinasi dengan selamat.
🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya