04/07/2024
Musim Durian Ikut Negeri :)
Apa khabar semua?
Tahukah anda, bulan Julai amat sinonim dengan Musim Durian, raja segala buah. Di dalam negara sahaja, buah ini boleh didapati hampir di semua negeri.
Munculnya warung-warung kecil menjadi lokasi penggemar durian menikmati buah yang unik ini dengan penuh selera dan kenikmatan merupakan pemandangan yang biasa kita lihat tatkala tibanya Musim Durian.
Pada 27 Jun 2024 yang lalu, Tourism Malaysia telah melancarkan Durian Tourism Packages bagi tahun 2024/2025.
Anda boleh layari
https://www.malaysia.travel/storage/files/pdf/Durian-Tourism-Packages-2024.pdf
untuk pakej-pakej yang ditawarkan. Selain daripada itu, anda juga boleh melawat ke Duriotourism @ MARDI Kuala Kangsar, Perak untuk menikmati durian premium hasil penyelidikan MARDI.
Penggemar durian, anda wajib simpan Kalendar Musim Durian sebagai rujukan. Apa lagi...jom makan durian!