23/07/2019
5 Perkara yang perlu kita tahu bila perlu tukar tayar kereta.
Salam Sejahtera Semua, Apa Khabar?
Setia Car Rental nak kongsi sedikit ilmu yang kami dapat semasa melakukan perkhidmatan sewa kereta kepada pelanggan yang disayangi. Ilmu yang akan kita kongsikan adalah berkenaan Tayar. Tayar merupakan komponen paling penting di kereta dalam segi keselamatan selain brek,enjin dan lampu.
Senang cerita, tanpa tayar tak bergerak kereta anda, begitu juga berhentikan kereta anda. Masih ramai rakyat Malaysia mengambil sikap sambil lewa tentang tayar. Kalau Boleh nak pakai tayar tu sampai dawai terkeluar baru nak tukar. Dan tak lupa juga yang membeli tayar terpakai. Jika dapat tayar terpakai yang masih elok tak menjadi masalah tapi kena berhati-hati dengan kedai tukar tayar sebab kasi tayar terpakai dengan harga mahal tetapi kualiti tayar sudah uzur dan tidak berapa elok. Mereka ni adalah orang yang sayangkan duit dari keselamatan diri dan penumpang mereka.
Ini adalah 5 Perkara yang perlu kita tahu bila perlu tukar tayar kereta. Teruskan membaca artikal ini.
1. Tayar Botak.
Tayar Botak atau Tayar haus adalah perkara sama. Setiap tayar terdapat indicator bunga haus (Tread-Wear Indicator) atau TWI. TWI selalunya terletak di antara blok bunga yang berbentuk bar yang membolehkan anda mengecam tahap haus tayar minimum anda (1.6mm atau 2/32”). Jika TWI anda separas atau sama rata dengan bunga tayar, ia menandakan anda perlu ganti tayar.
Lagi satu cara adalah dengan meletakkan duit 20sen di blok tayar anda. Jika tulisan sen tidak kelihatan maknanya tayar anda masih selamat digunakan. Jika tulisan SEN sudah kelihatan, anda perlukan sediakan duit untuk tukar tayar baru anda. Biarlah duit anda melayang jangan nyawa orang tersayang anda yang melayang.Staff Setia Car Rental di ajar menggunakan teknik ini memastikan tayar kereta kami masih selamat untuk disewakan kepada penyewa yang kami sayang.
2. Tayar Merekah.
Getah tayar juga akan mengeras mengikut usia pengeluaran tayar. Tayar baharu memiliki minyak dan bahan kimia untuk memperlahankan proses “penuaan” tersebut. Pendedahan kepada UV, kekerapan pengunaan (pergi balik kerja dari Seremban ke Kuala Lumpur), kitaran panas melampau seperti kurang tekanan angin dan berlumba atas trek (Nak berlumba beli tayar Lumba ye!) juga merupakan punca lain proses tayar cepat merekah.
Untuk mengesan tayar merekah, lihat dengan jarak dekat dan perhatikan rekahan kecik antara bunga tayar. Periksa juga rekahan pada sebelah dinding tayar dekat lekuk bunga yang melekap pada rim tayar. Rekahan yang tidak ketara dikenali sebagai rekahan minor atau rekahan kosmetik. Jika terdapat rekahan minor, tayar anda masih boleh digunakan tetapi itu adalah petunjuk awal tayar anda perlu di tukar.
3. Umur Tayar
Setiap tayar yang sah di Malaysia perlu ada kod Tarikh Pengeluaran yang memaparkan minggu dan tahun pada dinding tayar.Kod 4 Digit itu biasanya akan memaparkan kod siri DOT. Kod Tarikh terletak pada sebelah sisi sahaja. Kod ini boleh dilihat dengan tulis (2416). Ini bermaksud tayar itu dibuat pada Minggu 24 tahun 2018. Senangkan?
Walaubagaimanapun, jika terdapat tanda kehausan dan rekahan lebih awal dari sepatutnya, anda perlu tukar tayar juga walau tayar itu dihasilkan pada 1 tahun lepas. Kereta yang jarang bergerak juga perlu di periksa. Walaupun bunga tayar masih tebal, anda perlu menukar tayar jika sudah melepasi kod minggu dan tahun. Tempoh penggunaan tayar adalah 5 Tahun Sahaja.
4. Traksi atau Cengkaman tidak sesuai.
Jika di lihat dari mata kasar, bunga atau traksi tayar mungkin Nampak elok dari segi kedalaman,bunga, usia dan kekeringan getah. Traksi atau cengkaman tayar juga penting dalam aspek keselamatan. Ini sentiasa berlaku pada tayar kenderaan penumpang dan trak tugasan-ringan yang memiliki indeks hayat tayar yang tinggi.
Kekerasan bunga akan meningkat akibat dari kitaran haba, reka bentuk, atau pembuatan tayar. Perkara ini boleh mengurangkan cengkaman tayar jika ia terjadi. Anda akan dapat kesan perkara ini bila anda cuba memberhentikan kereta dengan brek tetapi ada sedikit goyang atau tidak beraksi dengan baik walaupun nampak tayar elok . Jadi anda harus tukar tayar lama kepada tayar baru.
5. Tayar Bengkak.
Semasa memandu, jika anda terasa kenderaan anda bergoncang atau bergegar terdapat 2 sebab. Sebab yang pertama adalah, masalah alignment atau Bahasa melayu dia penjajaran dan balancing atau pengimbangan. Sebab kedua p**a adalah tayar bengkak. Tayar bengkak boleh berlaku atas kecuaian penghasil tayar yang mana tayar itu rosak sejak di kilang lagi. Selain itu, tayar terlanggar objek seperti batu, kayu dan paku juga boleh menyebabkan tayar bengkak serta pemanduan laju di bonggol jalan atau jalan berlubang.
Keseimbangan tayar jika tidak seimbang boleh menyebabkan kereta anda tidak seimbang dan ini akan menyebabkan tayar anda kehausan dan kelusuhan dalam istilah Bahasa inggeris (Wear And Tear) keatas komponen sampingan selain tayar.Tayar bengkak p**a anda dapat rasa gegaran atau goncangan ketika memandu pada kelajuan rendah. Jika ini berlaku, anda perlu pergi ke bengkel anda untuk check tayar anda. Jika mekanik mengatakan tayar anda bengkak, cepat-cepatlah tukar tayar baru.
Berikut adalah 5 yang perlu kita tahu bila perlu tukar tayar kereta kita. Jika terdapat 5 symptom ini, anda boleh pergi ke kedai Tayar berdekatan anda untuk menukar tayar kereta anda. Jangan lupa juga dapatkan pendapat pakar dalam menukar tayar kereta anda dan tips bagaimana untuk menjaga tayar kereta agar kekal lama.
Itu sahaja dari kami, Setia Car Rental kepada anda dalam perkongsian kali ini. Harap ini memberi manfaat kepada anda yang mempunyai kenderaan.
Nantikan perkongsian lain untuk anda di lain hari.
Assalamualaikum.