Alam Flora Sdn Bhd

Alam Flora Sdn Bhd The Official page of Alam Flora Sdn Bhd

Registration No. 199501038511 (367713-X) At Alam Flora, we take pride in doing a dirty job well.

We are committed toward a holistic method of waste management, taking into account not just our customers, but also to the environment. We believe that proper solid waste management is integral to protecting the cleanliness of the environment. We provide a wide range of environmental solutions to our clients.

Kebersihan bandar terus terpelihara hasil usaha para petugas yang komited bekerja demi memastikan keselesaan warga kota ...
09/05/2026

Kebersihan bandar terus terpelihara hasil usaha para petugas yang komited bekerja demi memastikan keselesaan warga kota sentiasa terjaga.

Bagi memastikan tahap kebersihan di kawasan tumpuan awam terus berada pada tahap terbaik, petugas Alam Flora telah melaksanakan kerja-kerja pencucian siar kaki di sekitar Jalan Masjid India menggunakan 5 unit jetter mudah alih.

Kerja-kerja pencucian dijalankan bermula jam 2.00 pagi hingga 6.00 pagi dengan susunan operasi yang lebih teratur bagi memastikan proses pembersihan berjalan lancar.

Untuk makluman, kerja pencucian siar kaki di Jalan Masjid India sememangnya merupakan operasi rutin yang dilaksanakan sebanyak 10 kali setiap bulan sebagai usaha berterusan menjaga kebersihan kawasan tersebut.

Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) telah menerima kunjungan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Eco Club...
08/05/2026

Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) telah menerima kunjungan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Eco Club), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (UniKL MIDI).

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai teknologi serta inovasi dalam pengurusan sisa pepejal, di samping menekankan peranan pendidikan dan kesedaran alam sekitar dalam membentuk komuniti yang lebih lestari.

Sepanjang sesi, para pelawat berpeluang melihat dengan lebih dekat inisiatif hijau yang dijalankan oleh Alam Flora, termasuk usaha memperkukuh agenda ekonomi kitaran demi masa depan yang mampan.

Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu atas kesudian hadir ke FIKS Putrajaya.

“Come with a purpose, leave with a plan”

Ketika ramai sedang berehat di waktu malam, hero-hero Alam Flora terus bertugas demi memastikan kebersihan ibu kota sent...
08/05/2026

Ketika ramai sedang berehat di waktu malam, hero-hero Alam Flora terus bertugas demi memastikan kebersihan ibu kota sentiasa terpelihara.

Beginilah rutin harian petugas Alam Flora, bekerja tanpa mengira waktu demi keselesaan orang ramai terutama seperti di Jalan Bukit Bintang. Setiap jalan yang bersih, setiap sampah yang dikutip dan setiap sudut yang terjaga hadir daripada usaha petugas yang bertungkus-lumus di belakang tabir ketika kebanyakan warga kota sedang lena.

Bagi operasi ini, seramai 23 anggota digerakkan ke lokasi bagi memastikan kerja dilaksanakan dengan lancar dan tersusun.

Terima kasih kepada semua hero Alam Flora yang terus komited berkhidmat demi keselesaan masyarakat.

Susulan kejadian banjir kilat di Jalan Kuchai Lama, Seputeh, Kuala Lumpur petang semalam, Alam Flora telah menggerakkan ...
07/05/2026

Susulan kejadian banjir kilat di Jalan Kuchai Lama, Seputeh, Kuala Lumpur petang semalam, Alam Flora telah menggerakkan segera pasukan operasinya ke lokasi kejadian, bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan di kawasan terjejas.

Seramai tujuh petugas Alam Flora berserta jentera mesin semburan air bertekanan tinggi dan lori armroll digunakan bagi mempercepatkan proses pembersihan parit dan saluran air yang terhalang akibat sekatan pasir, lumpur, tanah dan sisa banjir.

Usaha pembersihan ini dilaksanakan bagi mempercepatkan proses pemulihan kawasan, sekali gus aliran trafik berjalan lancar semula bagi memastikan persekitaran kembali bersih, selamat dan selesa untuk komuniti setempat.

If it can burn in seconds, it can also destroy so much more than we see. That’s why planting trees matters more than we ...
06/05/2026

If it can burn in seconds, it can also destroy so much more than we see. That’s why planting trees matters more than we think.

Trees don’t rush, but they keep working every day for the planet. While fire adds heat, trees bring balance. So, let’s choose what helps the earth recover, not what makes it harder to heal.​

We often think climate change is caused by big events, but it’s the small everyday choices that quietly add up. The way ...
04/05/2026

We often think climate change is caused by big events, but it’s the small everyday choices that quietly add up. The way we travel, consume energy, and handle waste all influence the world around us. Nothing is too small to matter. Start acting with intention, because every choice today affects tomorrow’s temperature.​

On Labour Day, we celebrate the dedication and hard work of workers everywhere who contribute to keeping our communities...
01/05/2026

On Labour Day, we celebrate the dedication and hard work of workers everywhere who contribute to keeping our communities running and thriving. Their efforts often go unseen, but their impact is felt by all in our daily lives.

At Alam Flora, we would like to extend our heartfelt appreciation and gratitude to all our workers for their tireless commitment, resilience and service in ensuring a cleaner and better environment for everyone.

Alam Flora telah mengadakan aktiviti gotong royong bagi membantu membersihkan kediaman Zairie Aiman, staf Alam Flora dar...
30/04/2026

Alam Flora telah mengadakan aktiviti gotong royong bagi membantu membersihkan kediaman Zairie Aiman, staf Alam Flora dari Bahagian Modal Insan, yang terjejas akibat ribut pada 12 April 2026. Turut hadir bersama, Pengurus Besar Bahagian Modal Insan, Raja Kamal Azizol bin Raja Ibrahim.

Antara kerja-kerja yang dilaksanakan termasuk pembersihan kawasan dalam dan luar rumah, pengalihan barangan rosak atau terjejas, penyusunan semula perabot, serta pelupusan sisa buangan.

Semoga gotong-royong ini dapat meringankan beban Zairie sekeluarga serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga kerja Alam Flora.

Alam Flora turut menjayakan Sambutan World OSH Day 2026 yang disambut pada 28 April setiap tahun. Sambutan ini dilaksana...
29/04/2026

Alam Flora turut menjayakan Sambutan World OSH Day 2026 yang disambut pada 28 April setiap tahun. Sambutan ini dilaksanakan secara serentak di setiap kawasan perkhidmatan Alam Flora termasuk anak syarikatnya, Alam Flora Environmental Solutions (AFES), sebagai komitmen terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Sambutan di peringkat Ibu Pejabat telah disertai oleh Ketua Pegawai Operasi Alam Flora, Mohamad Muhazni Mukhtar bersama barisan pengurusan yang lain. Manakala di Putrajaya, Pengurus Besar Operasi dan Kecemerlangan Operasi Alam Flora, Mohd Taufik Mohd Idris turut turun padang bersama warga kerja di lapangan.

Penganjuran ini bertujuan memperkukuhkan budaya kerja selamat serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kerja terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ia selari dengan tema tahun ini yang memberi penekanan kepada kesejahteraan persekitaran kerja termasuk aspek psikososial.

Diharapkan inisiatif ini dapat memperkasa komitmen berterusan terhadap amalan kerja yang selamat dan sihat, seterusnya menyokong usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan produktif.

Think you know how long everyday plastics last in the environment? Take a guess and see if you are right. A simple item ...
29/04/2026

Think you know how long everyday plastics last in the environment? Take a guess and see if you are right. A simple item like a plastic straw may seem harmless, but its impact can last far longer than we expect. ​

Drop your answer in the comments and challenge your friends to guess too. ​

One tiny straw may seem harmless, but for wildlife, it can be deadly. Every straw we skip helps protect birds, turtles, ...
27/04/2026

One tiny straw may seem harmless, but for wildlife, it can be deadly. Every straw we skip helps protect birds, turtles, and marine life from suffering. Let’s break free from single-use plastics. Carry your own reusable straw or simply say no. Let’s save lives, one straw at a time.​

​ ​

Address

Level 12, Block 3B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5
Shah Alam
50470

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 20:00
Sunday 08:00 - 20:00

Telephone

+60320527922

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alam Flora Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alam Flora Sdn Bhd:

Share