Imlay Transport Selangor 247

Imlay Transport Selangor 247 ON CALL STANDBY TRANSPORT
4x4 , CAR CARRIER STANDBY SHAH ALAM . AREA KLANG VALLEY .

Transport and Myeg
Wasap.my/+60183630946/Delivery&Transport

https://www.facebook.com/imlay.transport.247/

Zambri Vinod & Tamin Dari NAK LARI MANA LAGI?Semua Ahli Parlimen, ADUN sampai ke Menteri berbangsa India dari pelbagai p...
15/03/2026

Zambri Vinod & Tamin Dari NAK LARI MANA LAGI?

Semua Ahli Parlimen, ADUN sampai ke Menteri berbangsa India dari pelbagai parti politik tiba tiba keluar respon terhadap Zambri Vinod dan Tamin Dari selepas polis menyatakan bahawa mereka kononnya telah melarikan diri dari Malaysia.

Lebih pelik lagi, ramai yang mendesak mereka supaya segera p**ang dan menyerah diri.

Yang lagi dahsyat, hampir semua media arus perdana terus memainkan naratif ini habis habisan.

Setiap kali ada kenyataan keluar dari mulut mana mana pihak tentang isu ini, terus dijadikan berita utama dan viral.

Polis p**a dari beberapa pangkat yang berbeza turut tampil memberi kenyataan yang membawa naratif yang sama. (Ianya bermula disini)...

Sungguh pelik. Malah 1000 kali pelik.

Hakikatnya mereka yang diserang dan diugut bunuh... mereka yang didalam bahaya...

Tetapi tidak ada seorang pun menteri atau ahli parlimen dan DUN yang keluar membuat kenyataan membela mereka.

Tidak ada juga kenyataan tegas dari pihak polis tentang ancaman tersebut.

Walhal seluruh rakyat boleh nampak apa yang sebenarnya berlaku.

Semua orang tahu mereka sebenarnya tidak melarikan diri.

Tetapi satu naratif sedang dibina supaya mereka dilihat sebagai bersalah dan jahat atau merekalah penjenayah sebenar.

Inilah permainan media di Malaysia hari ini... Yela semuanya nak tunggang isu.

Dalam masa yang sama mereka p**a tidak dapat menjelaskan keadaan sebenar mereka kepada rakyat.

Kenapa? Kerana semua akaun media sosial mereka telah disekat oleh SKMM.

Zambri Vinod baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak melarikan diri dan tidak ada sebab pun untuk dia melarikan diri.

Tetapi tidak lama selepas kenyataan itu keluar, akaun Facebook beliau terus diban dan dipadam serta merta oleh SKMM, oleh kerajaan.

Jadi cuba kita fikir secara logik sebagai rakyat biasa yang merdeka...

Apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh kerajaan dan golongan tertentu dari komuniti Hindu terhadap sesiapa sahaja yang berani melawan kuil haram mereka?

Semakin lama kes ini semakin nampak pelik dan semakin nampak tidak masuk akal.

Cuba kita fikir betul betul.

Logik tak cerita yang sedang dimainkan ini?

Kalau difikir secara waras, ini nampak seperti satu perancangan yang sangat terancang.

Jenayah yang terang terang berlaku terhadap Zambri Vinod dan Cikgu Chandra langsung tidak dijadikan fokus.

Sebaliknya perkara yang sebenarnya tidak besar dibesar besarkan.

Sedangkan sehingga hari ini Zambri Vinod dan Tamin Dari tidak pernah pun melarikan diri daripada hadir ke Balai Polis atau Mahkamah.

Tetapi naratif songsang terus dibina.

Tujuannya jelas... mungkin Tuan-tuan boleh agak sendiri...

Sebagai rakyat, kita jangan mudah percaya bulat bulat apa yang dimainkan oleh media. Fikir. Nilai. Dan lihat sendiri apa yang sedang berlaku di depan mata kita.

Address

Shah Alam
40150

Telephone

+60183630946

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Imlay Transport Selangor 247 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Imlay Transport Selangor 247:

Shortcuts

Share