Pusat Jagaan ini bertanggungjawab menjaga dan mendidik kanak-kanak seawal 2 bulan hingga 6 tahun mengikut perkembangan mereka. Progaram-program kami:
* Penjagaan dari umur 2 bulan hingga transit
*Program pendidikan prasekolah dari umur 3 tahun - 6 tahun
3 kategori program ialah:
* 8 pagi-12 tengahari (pra sekolah)
* 8 pagi-2 petang (pra sekolah+membaca)
*7 pagi-7 petang (penjagaan& prasekolah)
Bagi kanak-kanak berusia 2 bulan hingga 2 tahun . Bilik khas disediakan untuk mereka bagi memastikan penjagaan yang sempurna.Pekerja juga terlatih untuk mengasuh kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Bagi kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun.Mereka sudah mula didedahkan dengan pelajaran awal pra sekolah supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.2 kelas disediakan bagi kanak-kanak berusia 3 dan 4 tahun. Antara program yang diadakan di pusat ini ialah qiraati,subjek teras( bahasa melayu, bahasa inggeris,matematik,sains, bahasa arab ,pendidikan islam,jawi), art and craft,english reading dan bacaan cahayaku. Kanak-kanak 5-6 tahun sudah mula diajar dengan program yang sama seperti 3 hingga 4 tahun tetapi dengan tahap pembelajaran yang lebih tinggi bagi memastikan mereka bersedia untuk melangkah ke alam persekolahan .Mereka mula didedahkan dengan ejaan( bahasa melayu/bahasa inggeris/jawi),bacaan jawi yang lancar,penggunaan tatabahasa (grammar) yang betul bagi bahasa inggeris supaya mereka tidak menghadapi masalah di sekolah rendah dan juga peringkat seterusnya.Amali solat juga diterapkan dalam pembelajaran di pusat ini pada hari selasa dan jumaat.Setiap hari juga kanak-kanak akan diajar doa-doa dan surah-surah lazim serta hafalan bagi melengkapkan ilmu dunia dan akhirat.Untuk menceriakan kanak-kanak kami juga mengadakan 'story telling' pada setiap minggu serta aktiviti menarik seperti senam aerobik dan nyanyian.Pada setiap hari Jumaat kami menjalankan aktiviti kerohanian (zikir munajat/sesi soal jawab ilmu fardu ain) agar anak-anak tidak lalai atau lupa akan ilmu akhirat. Kanak-kanak berusia 6 tahun di galakkan berdikari di dalam membuat latihan setiap pelajaran. Supaya kanak-kanak ini dapat menyiap/melengkapkan keyakinan diri di alam persekolahan nanti. Pada setiap akhir tahun, majlis konvokesyen diadakan bagi menghargai usaha kanak-kanak 6 tahun di pusat ini juga sebagai kenangan bagi kanak-kanak dan juga pusat ini sendiri.Semua murid di pusat ini terlibat dari segi membuat persembahan. Yuran bulanan kami antara yang paling berbaloi di Bandar Tasik Puteri iaitu dari RM 110 sehingga RM230 mengikut pakej yang disertai (program pembelajaran dimulakan pada 7.00 pagi ( bacaan Qiraati) bagi lima dan enam tahun).