Eiman Travel Rawang

Directions

Eiman Travel Rawang Menemani langkah anda ke Tanah Suci 🤍 | Umrah & Haji bersama Eiman Travel Rawang | Hubungi kami

🕋 BAKAL HAJI 1448H, KESIHATAN JANGAN DIAMBIL RINGAN.Persediaan menuju Tanah Suci bukan hanya tentang kewangan, dokumen d...
25/09/2026

🕋 BAKAL HAJI 1448H, KESIHATAN JANGAN DIAMBIL RINGAN.

Persediaan menuju Tanah Suci bukan hanya tentang kewangan, dokumen dan kelengkapan. Kesihatan juga merupakan antara perkara penting yang perlu diberi perhatian sejak awal.

Bagi Musim Haji 1448H / 2027M, tawaran menunaikan Haji hanya diberikan kepada bakal jemaah yang lulus pemeriksaan kesihatan berdasarkan syarat yang ditetapkan.

Sebab itu, jangan tunggu sehingga saat akhir. Ambil tahu tahap kesihatan diri, buat pemeriksaan yang diperlukan dan mulakan persediaan fizikal lebih awal.

Ibadah Haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Persediaan hari ini, insya-Allah membantu perjalanan ibadah yang lebih tenang nanti. 🤍

Semak poster ini untuk mengetahui antara syarat kelayakan dan keadaan kesihatan yang perlu diberi perhatian oleh bakal jemaah.

Eiman Travel Malaysia | Cawangan Rawang
Mencari Kemanisan Iman

24/09/2026

Kalau diberi peluang, pada usia berapa anda ingin menunaikan Haji? 🕋

Ada yang menyimpan impian untuk menunaikan Haji selepas bersara.
Ada juga yang sejak usia muda sudah mula memasang niat dan membuat persediaan.

Walau bila pun giliran kita, semoga Allah permudahkan segala urusan dan mengizinkan kita menjadi tetamu-Nya. 🤲🏻

Anda p**a, target nak tunaikan Haji sebelum umur berapa? 👇

🕋 ALHAMDULILLAH, SATU AMANAH YANG TERUS DIPERCAYAKAN.Dengan penuh rasa syukur, Eiman Travel & Tours Sdn. Bhd. sekali lag...
22/09/2026

🕋 ALHAMDULILLAH, SATU AMANAH YANG TERUS DIPERCAYAKAN.

Dengan penuh rasa syukur, Eiman Travel & Tours Sdn. Bhd. sekali lagi diberi kepercayaan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1448H / 2027M.

Bagi kami, kepercayaan ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi satu amanah besar untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada para tetamu Allah. 🤍

Terima kasih kepada semua jemaah yang terus meletakkan kepercayaan kepada Eiman Travel sepanjang perjalanan ini.

Insya-Allah, kami akan terus berusaha menambah baik perkhidmatan agar perjalanan menuju Tanah Suci dapat dilalui dengan lebih teratur, tenang dan bermakna.

Eiman Travel Malaysia
Mencari Kemanisan Iman ✨

22/09/2026

5 DOA PENTING SEBELUM KE TANAH SUCI 🤲🏻🕋

Bukan hanya persiapan fizikal dan kelengkapan. Hati juga perlu dipersiapkan sebelum melangkah menjadi tetamu Allah.

Semoga setiap doa dipermudahkan, setiap langkah diberkati, dan dikurniakan Umrah/Haji yang mabrur serta diredhai-Nya. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤍

TAHNIAH KEPADA JEMAAH YANG MENERIMA TAWARAN HAJI !!Satu khabar gembira, bermulanya persediaan menuju Baitullah. 🕋🤍Kami d...
21/09/2026

TAHNIAH KEPADA JEMAAH YANG MENERIMA TAWARAN HAJI !!

Satu khabar gembira, bermulanya persediaan menuju Baitullah. 🕋🤍

Kami di Cawangan Rawang turut berkongsi ucapan tahniah daripada Pengarah Eiman Travel & Tours, Dato’ Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, kepada penerima tawaran Haji 1448H/2027M.

Semoga Allah permudahkan segala urusan, kurniakan kesihatan yang baik dan haji yang mabrur. 🤲

SURAT TAWARAN HAJI 1448H/2027MBerdebar nak semak… sebab di sebalik satu surat, ada penantian bertahun-tahun. 🕋🤍Bakal jem...
21/09/2026

SURAT TAWARAN HAJI 1448H/2027M

Berdebar nak semak… sebab di sebalik satu surat, ada penantian bertahun-tahun. 🕋🤍

Bakal jemaah Haji 1448H/2027M, semak surat tawaran anda melalui THiJARI. Anak-anak, bantu mak ayah buat semakan juga ya.

Semoga ada khabar yang menggembirakan dan dipermudahkan segala urusan. 🤲

Kongsi dengan insan yang sama-sama menanti.

🕋 INFO UNTUK BAKAL JEMAAH HAJI 1448HBagi bakal jemaah yang memilih untuk menunaikan Haji melalui Pengelola Jemaah Haji (...
21/09/2026

🕋 INFO UNTUK BAKAL JEMAAH HAJI 1448H

Bagi bakal jemaah yang memilih untuk menunaikan Haji melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH), jumlah keseluruhan pakej secara asasnya melibatkan dua komponen bayaran:

1️⃣ Bayaran Haji kepada Tabung Haji (TH)
Sebanyak RM23,398, yang merangkumi kos perkhidmatan di Malaysia, urusan di Tanah Suci serta penerbangan. Bayaran ini akan didebitkan terus daripada akaun Tabung Haji jemaah.

2️⃣ Bayaran Pakej kepada PJH
Bayaran ini adalah bagi kemudahan dan perkhidmatan tambahan berdasarkan pakej yang dipilih, antaranya penginapan, sajian makanan, pengangkutan, urusan Masyair, ziarah serta umrah.

Bayaran bagi komponen ini dibuat terus kepada PJH yang dipilih oleh jemaah.

Setiap pakej mungkin menawarkan kemudahan yang berbeza. Jadi, bakal jemaah digalakkan memahami dengan jelas apa yang termasuk dalam pakej sebelum membuat pilihan.

Eiman Travel
Mencari Kemanisan Iman 🤍

21/09/2026

Ada benda yang selama ni kita cuma mampu tengok dalam gambar dan video…

Sampai satu hari, Allah izinkan kita berdiri sedekat ini dengan Kaabah. 🕋🤍

Bila tangan mula cuba menggapai, perasaan tu susah nak digambarkan dengan kata-kata.

Semoga yang sedang melihat video ini juga diberi peluang merasai momen ini suatu hari nanti. Aamiin. 🤲🏻

Bakal Haji 2027, yang kita siapkan bukan sekadar beg… tetapi diri dan hati. 🕋🤍Susun simpanan, jaga kesihatan, tambah ilm...
20/09/2026

Bakal Haji 2027, yang kita siapkan bukan sekadar beg… tetapi diri dan hati. 🕋🤍

Susun simpanan, jaga kesihatan, tambah ilmu ibadah serta persiapkan rohani dan mental. Sedikit demi sedikit, demi perjalanan yang begitu bermakna.

Semoga Allah permudahkan setiap langkah dan kurniakan Haji yang mabrur. 🤲

Leret untuk semak 5 persediaan penting. Simpan dan kongsi dengan insan yang bakal berangkat bersama.

20/09/2026

Kadang-kadang, semuanya bermula dengan satu doa yang kita simpan dalam diam. 🤍

“Ya Allah, kalau ada rezeki… jemputlah aku menjadi tetamu-Mu pada 2027.” 🕋

Hari ini kita mengaminkan.
Esok, siapa tahu… nama kita yang dipanggil.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻

Address

Kemaris Avenue Business Centre
Rawang
48000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eiman Travel Rawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category