Komuniti Pemandu E-Hailing Ranau

Komuniti Pemandu E-Hailing Ranau Komuniti Pemandu E-Hailing Ranau ialah satu komuniti - menggabungkan semua pemandu pemandu di Ranau yg menjalankan aktiviti perniagaan melalui HP.

🚫🌳 AMARAN PARKIR KENDERAAN DI BAWAH POKOKMajlis Daerah Ranau – Peringatan Keselamatan🌬️ Keadaan cuaca berangin kuat yang...
18/07/2025

🚫🌳 AMARAN PARKIR KENDERAAN DI BAWAH POKOK
Majlis Daerah Ranau – Peringatan Keselamatan

🌬️ Keadaan cuaca berangin kuat yang sedang melanda beberapa kawasan di Ranau ketika ini berpotensi menyebabkan pokok tumbang atau dahan patah. Oleh itu, orang ramai diingatkan agar TIDAK meletakkan kenderaan di bawah pokok bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

⚠️ Peringatan Mesra:
Majlis Daerah Ranau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kejadian yang berlaku akibat kelalaian meletak kenderaan di lokasi berisiko seperti di bawah pokok besar atau berhampiran kawasan rimbun.

ℹ️ Info Tambahan:
Pihak insurans tidak menanggung sebarang kerugian atau kerosakan kenderaan yang berpunca daripada bencana alam seperti pokok tumbang akibat angin kencang.

🙏 Kami amat menghargai kerjasama dan keprihatinan semua pihak dalam memastikan keselamatan diri dan harta benda masing-masing.

💬 Sekiranya terdapat sebarang aduan atau cadangan, orang ramai boleh menghubungi melalui WhatsApp ke:
💬 011-6266 3831 (Unit Penguatkuasa, Majlis Daerah Ranau)

🤝 Bersama kita utamakan keselamatan komuniti.





18/07/2025

Ni la bahaya kalau teda lampu brake.
Ndak kisah siapa pun kita...undang u dang tetap undang undang

17/07/2025
17/07/2025

Pernah tak anda rasa mengantuk tak boleh bincang selepas kenyang makan nasi lemak atau nasi kandar kuah banjir?

Baru lepas suap suapan terakhir, perut kenyang gila… lepas tu mata terus berat. Kepala rasa layu. Kalau ada bantal, memang terus lena.

Sebenarnya, ada beberapa sebab saintifik dan fisiologi yang menjelaskan fenomena ni. Dan ia lebih dari sekadar kenyang semata-mata.
#
Sambal nasi lemak, kari, rendang, ayam goreng… semuanya tinggi lemak tepu . Bila badan fokus ke perut untuk hadam makanan, aliran darah ke otak berkurang kesannya: mengantuk!

Makanan berat ini boleh tingkatkan penghasilan serotonin dan melatonin hormon yang berkait dengan ketenangan dan tidur. Itulah sebabnya anda rasa lebih tenang dari biasa… sampai terlelap!

Selain itu, selepas makan berat, sistem saraf parasimpatetik aktif ia beri isyarat kepada badan untuk berehat dan hadam makanan. Sebab itulah badan rasa lembik dan mata jadi layu.

Apa nak buat lepas ni?

Belajarlah kawal bahagian, tambah sayur dan serat, kurangkan kuah banjir, dan elakkan makan berat sebelum kerja penting atau memandu jauh.

Lepas ni, kalau kawan sebelah tiba-tiba senyap lepas lunch nasi kandar, jangan pelik ya. Dia sedang berlawan dengan mengantuk yang tak diundang.

17/07/2025
Alhamdullilah...syarikat utama E-Hailing di Ranau iaitu MAXIM telah dilanjutkan permit operasinya sehingga 24/7/2026.Sem...
17/07/2025

Alhamdullilah...syarikat utama E-Hailing di Ranau iaitu MAXIM telah dilanjutkan permit operasinya sehingga 24/7/2026.

Semoga dgn berita ini...para pemandu dan pengguna di Ranau sama sama dapat menikmati kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam yg sangat sangat memudahkan semua pihak.

Sumber.

Jalan Alternatif Ranau - Kota Kinabalu - Ranau
15/07/2025

Jalan Alternatif
Ranau - Kota Kinabalu - Ranau

Address

WDT 60, Jalan Lohan/Bongkud, Kg Lohan 1
Ranau
89308

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Pemandu E-Hailing Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share