HaQak Car Runner PD

HaQak Car Runner PD Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from HaQak Car Runner PD, Transportation Service, Port Dickson.

28/10/2023

Antara cara ingin mengetahui keadaan hati seseorang, lihatlah bagaimana bertutur mulut dan lisannya.

- Ustaz Wadi Annuar

18/07/2023

Hari Terakhir 1444H. Semoga Di Tahun 1445H & Seterusnya Allah Bukakan 1000 Pintu Rezeki & Kegembiraan Buat Kita. Aamiin ๐Ÿคฒ

Anda ingin mencari runner? * pergi &  balik dari kerja* Nak beli brg dapur/ keperluan harian*  Nak hantar n pick up dari...
11/09/2022

Anda ingin mencari runner?
* pergi & balik dari kerja
* Nak beli brg dapur/ keperluan harian
* Nak hantar n pick up dari checkup hospital/pusat dialysis..

08/09/2022

Anak Yang Sering Mendoakan & Mengutamakan Ibu Bapa, Walaupun Hidupnya-Tidak Kaya Raya Tapi Insya Allah Rezeki Akan Selalu Ada ๐Ÿคฒโค๏ธ

08/09/2022
02/04/2018

Doa seseorang itu BOLEH sahaja dimaqbulkan oleh Allah swt dalam bentuk yang TIDAK disukainya, contohnya berdoa agar hati lebih tenang dan khusyu' solat, lalu Allah swt rugikan bisnesnya sehingga bankrup kerana tidak disedari bisnesnya itulah penghalang hati tenang dan khusyu', tanpanya (atau dengan bisnes lain yang lebih baik) apa yang dipohonnya boleh diperolehi.

Begitulah seterusnya, sebahagian musibah dan bala yang datang adalah untuk memaqbulkan doa kita sendiri.

Justeru sama-sama kita usaha bersabar dan tidak cepat putus asa, terlalu bersedih dengan apa yang hilang atau melenting membenci taqdir. Carilah positif darinya nescaya hidup lebih tenang. Itulah sifat Mukmin sejati sabdaan Nabi salla allahu 'alaihi wasallam:-

ุนูŽุฌูŽุจู‹ุง ู„ูุฃูŽู…ู’ุฑู ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุฅูู†ู‘ูŽ ุฃูŽู…ู’ุฑูŽู‡ู ูƒูู„ู‘ูŽู‡ู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุฐูŽุงูƒูŽ ู„ูุฃูŽุญูŽุฏู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู„ูู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุฅูู†ู’ ุฃูŽุตูŽุงุจูŽุชู’ู‡ู ุณูŽุฑู‘ูŽุงุกู ุดูŽูƒูŽุฑูŽ ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู’ ุฃูŽุตูŽุงุจูŽุชู’ู‡ู ุถูŽุฑู‘ูŽุงุกู ุตูŽุจูŽุฑูŽ ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู„ูŽู‡ู

Ertinya : Ajaib urusan orang mukmin itu, apa yang berlaku semua baginya kebaikan, tiada seorang kecuali mukmin yang apabila ditimpa kebaikan lalu bersyukur maka kebaikan baginya, apabila ditimpa keburukan maka bersabar, maka kebaikan baginya juga ( Hadis sohih Muslim)

19/01/2018

INSPIRASI...

Semalam, saya pergi jumpa kawan lama. Beliau ada banyak bisnes tak popular. Contohnya beli hartanah dan sewakan di sana sini. Facebook beliau pun berhabuk tak ada update.

Saya tanya dia 2-3 soalan tentang murahnya rezeki dia. Kerja tak sampai 10 tahun, namun selepas berhenti, terus buat bisnes, kencang bukan main.

Dia beritahu saya beberapa benda sahaja yang dia buat.

1. Setiap minggu (setiap hari jumaat) dia akan transfer / bank in duit ke isteri dia sebagai hadiah. Buatlah belanja atau nak simpan. Apa-apalah.

Masa kerja gaji RM1,600 dulu. Dia hanya boleh beri RM70 sahaja seminggu.

2. Dia juga buat benda yang sama untuk emak ayah dia dengan jumlah duit yang sama (waktu itu).

Dia pegang pada pesanan gurunya, hadiah kepada yang tersayang dan terdekat ini akan memurahkan rezekinya sendiri.

3. Sentiasa beli lebih untuk agihkan kepada orang lain. Asal dia beli nasi untuk sarapan di pejabat, dia akan beli 2-3 lebih. Letak di pantry dan tulis โ€˜siapa cepat dia dapatโ€™. Kadang-kadang beli kuih.

4. Masuk surau, masjid, mesti solat dua rakaat. Mesti. Jika nak ke tandas sekalipun, ambil wuduk, dan pergi solat sekejap. Biasanya itu adalah jemputan Tuhan. Waima masa nak ke tandas, kebetulan terjumpa surau / masjid.

Dan kemudian, letaklah duit di tabung.

5. Setiap bulan, beliau beli 2 naskhah buku dan poskan ke sekolah-sekolah yang beliau cari alamat di sosial media. Belasah sahaja hantar atas nama perpustakaan.

6. Setiap kali keluar makan dengan keluarga dan kawan-kawan, dia kata dia akan berusaha pergi bayar. Melainkan masa itu memang tak berduit.

7. Tak boleh berkira. Awal bisnes, jika job yang dapat itu semurah RM50, ambil. Pelajaran lagi besar nilainya dari duit. Dulu, RM50, sekarang dah naik berpuluh kali ganda.

8. Baik sangka dengan Tuhan. Sekiranya ada sahaja ujian yang melibatkan habisnya wang. Ingat balik, adakah bulan / minggu / hari tersebut ada yang termiss beri hadiah atau sedekah.

9. Meminta-minta dengan Tuhan. Ini wajib. Mintalah setiap hari. Tak boleh jemu, tak boleh biar, tak boleh malas. Minta minta minta. M

Hari ini, beliau ada 4 buah kedai 3 tingkat yang disewa. Setiap satunya dapat dalam RM16,000/bulan.

Kemudian ada beberapa rumah juga dijadikan sewaan.

Nak kata beliau kaya raya, tidak juga. Masih ada hutang bangunan yang belum selesai. Namun, hutang peribadi dengan bank semua dah tak ada.

Ada lagilah bisnes beliau yang nampak biasa-biasa dan tidak popular.

Hari ini, pagi-pagi hantar anak sekolah, kemudian pergi minum dengan orang rumah. Cuti-cuti balik kampung tengok keluarga.

Rasa cemburu pun ada. Pesan beliau kepada saya:

โ€œAsal namanya kebaikan, buat. Walau hanya ada RM10 dalan poket, entah-entah RM5 adalah untuk beli kuih / makanan kepada kawan di pejabat. Mana kita tahu dia tak makan kerana tak ada duit, dan datang kerja setiap hari hanya minum air kosong.

Aku pernah rasa semua itu. Jadi aku buat semula kepada orang lain. Dan hari ini, Allah balas satu demi satu dengan cukup tersusun dan bergaya. Alhamdulillah.โ€

Tulisan,
Khairul Hakimin Muhammad
Syukurnya.

07/08/2017

PRINSIP KELUARGA BAHAGIA
1. Saling menjaga
2. Mengambil berat antara satu sama lain
3. Sentiasa memelihara rahsia
4. Menyembunyikan keaiban masing-masing

Ya Allah, Kau perkenankanlah permohonan kami ini...Aamiin ya Rabb...
21/07/2017

Ya Allah, Kau perkenankanlah permohonan kami ini...
Aamiin ya Rabb...

11/06/2017

INFO POS LAJU PENGEPOSAN SEBELUM RAYA

16 June 2017:
Last pengeposan parcel yang boleh dijangka sampai sebelum Hari Raya.

19 โ€“ 22 June 2017:
Dalam minggu ni, anda masih boleh buat post, tetapi tak janji barang akan sampai sebelum hari raya.

23 June โ€“ 3 July 2017:
Pengeposan TUTUP.

4 July 2017:
Pengeposan Beroperasi seperti biasa.




27/05/2017
Happy Labour Days...โ˜บ
30/04/2017

Happy Labour Days...โ˜บ

Address

Port Dickson
71000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60173772214

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HaQak Car Runner PD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HaQak Car Runner PD:

Share