Jual Beli Bot & Vesel Perikanan

Jual Beli Bot & Vesel Perikanan Kepada sesiapa yg memiliki boat atau vesel untuk dijual, boleh pm kami untuk pengiklanan.

02/08/2023

LARANGAN WARGA LKIM DALAM AKTIVITI POLITIK

LKIM memandang serius penglibatan pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam aktiviti politik.

Penglibatan pegawai tersebut dalam aktiviti politik adalah bertentangan dengan prinsip 'neutrality' dan 'impartiality' yang diamalkan dalam perkhidmatan awam. Keadaan ini juga boleh membawa suasana yang tidak harmoni di tempat kerja.

Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional LKIM turut diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan/pernyataan awam berunsurkan politik di mana-mana media termasuklah perbuatan komen, like, share, follow dan subscribe mana-mana posting/akaun berkaitan mana-mana parti politik.

Manakala, bagi pegawai Kumpulan Sokongan, ianya adalah dibenarkan untuk bertanding, memegang jawatan atau dilanting memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik dengan syarat mendapat KELULUSAN BERTULIS LEMBAGA.

Sebagai penjawat awam, secara amnya kita semua tertakluk dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan hendaklah profesional dalam menjalankan tugas tanpa dipengaruhi dengan kecenderungan kepada sesebuah parti politik.

Address

Petaling Jaya
46000

Telephone

+60107970234

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jual Beli Bot & Vesel Perikanan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jual Beli Bot & Vesel Perikanan:

Share