21/01/2026
Kereta sewa rilek duluuu😀
44 Peratus Tiket ETS Sempena Aidilfitri Sudah Terjual
KUALA LUMPUR: Sebanyak 44 peratus daripada 36,540 tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 telah terjual setakat ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, tiket tersebut dijangka habis dijual seawal Februari susulan permintaan tinggi daripada orang ramai untuk pulang ke kampung.
Oleh itu, beliau berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah perkhidmatan ETS dengan menawarkan lapan perkhidmatan pada tarikh 13 sehingga 29 Mac ini.
“Sebanyak 36,540 tiket ditawarkan bagi tempoh ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi sempena Hari Raya Aidilfitri adalah sebanyak maksimum 52 trip sehari.
“Jualan tiket bagi perkhidmatan tambahan ETS sempena Hari Raya Aidilfitri ini adalah pada 1 Mac 2026,” katanya dalam sidang akhbar Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2026 di sini, hari ini.
Menurut Anthony, perkhidmatan tambahan itu melibatkan beberapa laluan utama iaitu Johor Bahru (JB) Sentral– Kuala Lumpur (KL) Sentral– JB Sentral dan KL Sentral–Padang Besar, Perlis –KL Sentral yang masing-masing akan beroperasi dua trip sehari sepanjang tempoh berkenaan.
Selain itu, katanya, laluan KL Sentral–Ipoh–KL Sentral serta KL Sentral–Butterworth–KL Sentral turut disediakan dengan dua trip sehari bagi tempoh 16 hingga 20 Mac dan 23 hingga 29 Mac ini.
Mengulas tiket ETS sempena Tahun Baharu Cina, Anthony berkata, sebanyak 26,460 tiket ditawarkan bagi tempoh itu dan telah hampir habis dijual.
Katanya, KTMB juga akan menambah perkhidmatan ETS pada 13 hingga 22 Februari ini.
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi sempena Tahun Baharu Cina adalah sebanyak maksimum 52 trip sehari,” katanya.
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.