06/09/2026
APM Pasir Mas
PEMANTAPAN KECERGASAN ASAS PEGAWAI/ANGGOTA PDPA PASIR MAS
TARIKH: 06 September 2026 (Ahad)
MASA: 0830H – selesai
LOKASI: PDPA Pasir Mas, Kelantan
PENGLIBATAN: 06 x Pegawai & 30 x Anggota LLP
CATATAN:
Program Pemantapan Kecergasan Asas Pegawai/Anggota PDPA Pasir Mas telah diketuai oleh Pbt. (PA) Abdul Rahim bin Che Ismail dengan penglibatan aktif pegawai dan anggota PDPA Pasir Mas. Program ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, disiplin serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan anggota.
Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan Ikrar Rukun Negara. Seterusnya, peserta menjalani aktiviti kecergasan yang melibatkan larian sejauh 2.5 km bagi meningkatkan daya tahan dan stamina fizikal.
Selain itu, turut diadakan Kelas Balutan yang dikendalikan oleh Sjn (PA) Nek Rosmizan bin Nek Man dan L/kpl (PA) Amirul Faiz bin Abdullah. Kelas ini memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada pegawai serta anggota berkaitan teknik asas balutan yang betul, termasuk kaedah membalut kecederaan dan penggunaan kain tiga segi dalam situasi kecemasan.
APM Negeri Kelantan
Jabatan Perdana Menteri