Kaki Travel Santai

Kaki Travel Santai Giving guide to travel and have a good food

13/09/2022

Hati-hati dengan drug mule (keldai dadah) yang berkeliaran di-airport.

Catatan ini saya tulis pada tahun 2018 semasa berada di Vienna Airport setelah sebulan berkembara di negara-negara Eastern Europe. Selepas check-in kami mencari tempat yang tiada ramai orang untuk dinner sandwich sardin (sardin lagi!!).

Banyak seat kosong kerana flight kami malam, memang tak ramai travellers di Vienna airport pada masa itu. Sambil menikmati sandwich sardin, seorang perempuan datang dan duduk sebelah saya, walhal banyak lagi kerusi lain yang kosong.

Dalam hati terlintas takkan ada orang nak mengorat saya dalam umor sebegini 😛 (mesti kembang wife saya bila dia baca ni).InsyaAllah saya tak mudah cair dengan ujian tiga “TA”.

Saya memberitahu rakan-rakan:

“Korang tengok perempuan sebelah saya, mesti dia menyampuk sat lagi. She is up to something.”

Memang betul jangkaan saya kerana perempuan tersebut memulakan perbualan“Where are you going sir” tanya wanita tersebut.

“Bangkok, you?” saya bertanya balik secara polite.

“I am going to Colombo, can you help me sir” jawab beliau.

Saya dah agak dan memang dah bersedia memintas persoalan beliau.“If you are asking for money, i am so sorry i can’t give you any” ucap saya.

Memang dah banyak kali sebagai traveller saya terserempak dengan orang yang tidak dikenali terlalu baik dengan kita.

Mesti ada udang disebalik mee.“No No sir, i don’t want your money. I want your help to carry some baggage for me”.

Memandangkan saya ke Bangkok dan beliau ke Colombo sudah tentu kami berlainan flight.

Dia nak minta saya tolong bawakan barangan dia melepasi security checkpoint. Dalam kepala saya, dah sah dia ini seorang professional drug mule.

“You know, it is very dangerous to carry someone’s baggage especially in airports. It could be illegal stuffs you are carrying. You know the consequences, right” saya memberitahu beliau.

“I am not saying you are carrying any illegal stuffs but if someone ask you to carry their baggage through security, would you do it” saya berleter lagi.

Saya nmpk beliau diam shj dan menarik bag beredar dari situ.

Saya perhatikan beliau mundar mandir, agaknya mencari mangsa.

“Dosa” paling besar di airport adalah membawa baggage orang lain tanpa anda ketahui apa di dalamnya, apatah lagi dari orang yang tidak dikenali.

Terlalu ramai yang sudah terkena tahan dan merengkok dalam penjara atau dihukum mati kerana membawa dadah dari sindiket drug mule ini.

Pernah ada satu tour agency Malaysia meminta tolong seorang dari guest mereka membawa satu barang ke Australia tanpa diberitahu apa barangannya.

Beliau ditahan di airport kerana membawa barangan tersebut berupa Australian dollars melebihi dari had yang dibenarkan.

Adalah elok untuk kita berperangai baik tetapi ada masa perlu berkurang ajar terhadap mereka yang cuba menggunakan kita.

Semoga kisah ini bermanfaat.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar

"Word of Wisdom" diambil daripada buku cerita hasil penulisan Paulo Coelho bertajuk "The Alchemist". Kisah bergenre Fant...
21/08/2022

"Word of Wisdom" diambil daripada buku cerita hasil penulisan Paulo Coelho bertajuk "The Alchemist". Kisah bergenre Fantasi & Advanture yang sangat unik.

Breakfast peknga ikan sekoq dengan nasi lemak telur mata di laman rumah orang...Lokasi Kg Padang Limau, Tunjang, Jitra, ...
19/08/2022

Breakfast peknga ikan sekoq dengan nasi lemak telur mata di laman rumah orang...
Lokasi Kg Padang Limau, Tunjang, Jitra, Kedah.

15/08/2022

Boleh dapatkan di Decalthon...

Perkongsian Hotel Bajet di Satun, Thailand..RM126 di Agoda semalam..Untuk ke Satun, perlu melalui border Wang Kelian, Pe...
15/08/2022

Perkongsian Hotel Bajet di Satun, Thailand..RM126 di Agoda semalam..
Untuk ke Satun, perlu melalui border Wang Kelian, Perlis.

Lokasi daging bakar sadao yang menjadi lokasi pilihan pengembara dari Malaysia [สะเดา, สงขลา 90120(Daging Bakar Sadao)] ...
15/08/2022

Lokasi daging bakar sadao yang menjadi lokasi pilihan pengembara dari Malaysia [สะเดา, สงขลา 90120(Daging Bakar Sadao)] nak rasa daging bakar harimau menagis (brisket) ori Sadao Thailand, bolehlah berkunjung ke sini. Tak sempat nak tukar duit Thai Bath, boleh juga bayar guna matawang ringgit mengikut nilai tukaran semasa.

Bagi peminat nasi kandar melayu...bolehlah cuba makan di restoran ini. Masakan padu, harga pun berpatutan....Restoran F1...
03/07/2022

Bagi peminat nasi kandar melayu...bolehlah cuba makan di restoran ini. Masakan padu, harga pun berpatutan....
Restoran F1 Panji Arab Pantai Remis, Perak..

03/07/2022

Bagi peminat nasi kandar melayu...bolehlah cuba makan di restoran ini. Masakan padu, harga pun berpatutan....Kepala ikan merah fresh gred A...
Restoran F1 Panji Arab Pantai Remis, Perak..

Address

Pantai Remis

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaki Travel Santai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share