Taska Puspanita Temerloh

Taska Puspanita  Temerloh Day care for babies , toddlers , pre-scholers & transit for children aged 7 to 12 yrs old.

10/06/2016
03/06/2016

Sejujurnya, ini adalah antara nasihat yang teruk, merepek dan langsung tiada nilai kasih sayang atau kemuliaan agama. Dan, kerana itu sukar untuk saya percaya masih ramai yang mempercayai nasihat murah ini malah turut menyebarkannya.

Hujah dibawah menyangkal semuanya tentang nasihat 'pop**ar' ini;

1. Menangis adalah reflek

Bayi lahir dengan sekurang-kurangnya 75 refleks. Menangis adalah salah satu darinya. Dan menangis kekal sebagai refleks sehingga sekitar 4-5 bulan usia bayi sebelum menangis bertukar menjadi tindakan sukarela (voluntary act). Untuk yang tidak tahu, reflek adalah tindakan luar sedar setelah adanya rangsangan. Dalam erti kata lain, bila badan bayi mengesan sesuatu rangsangan seperti lapar, tak selesa, letih dan lain-lain, tangisan akan dicetuskan serta merta. Ia bukan dibuat-buat oleh bayi kecil.

2. Tak tercapai dek akalnya!

Preforantal Cortex iaitu kawasan otak pelaksanaan bayi belum mempunyai banyak kawalan. Dalam masa sama, bayi kecil mempunyai inhibitory neurotransmitter yang amat kurang berbanding orang dewasa. Ia bermaksud, otak bayi belum mampu menahan atau mengawal sebarang proses kelakuan , keinginan sedar atau luar sedarnya, tindakan dan sebarang fungsi badannya. Dalam bahasa mudahnya, mereka tidak sepenuhnya faham apa yang sedang berlaku. Ini menjadikan sebarang usaha mendisiplinkan bayi kecil adalah kerja yang sia-sia!.

3. Apa yang ingin anda ajarkan bayi dari nasihat murah ini?

Bayi mencapai 60% dari saiz otak dewasanya menjelang usianya setahun. Ia bermaksud, tumbesaran otaknya paling pesat pada 12 bulan pertama. Otak bayi berevolusi dengan menggunakan respon yang diterimanya dari penjaga bagi membantunya berkembang. Melalui maklumat respon dari penjaga ini, otak mereka melalui proses 'pruning' (penambahbaikan). Proses ini membentuk rangkaian neuron yang strategik dan di sempurnakan dengan PENGALAMAN demi pengalaman berulang. Diulangi, PENGALAMAN . Maka, tidak keterlaluan jika dikatakan ibubapa mahupun penjaga yang tegas tidak bertempat dengan bayi kecil yang tidak faham apa pun adalah individu kejam yang hanya memberi pengalaman buruk buat anak kecil yang baru mahu kenal dunia.

4. Melawan fitrah

Badan ibu secara biology nya dicipta untuk sensitif dengan keperluan bayi. Contohnya, bila bayi menangis, hormon Oxytocin akan dirembes keluar dan memberi ibu gesaan untuk mengangkat bayi. Hormon prolaktin p**a akan mencetus 'let down' atau pengeluaran susu yang membuat ibu menawarkan payudaranya sebagai cubaan lanjut mententeramkan bayi. Kesemua ini di luar kawalan ibu. Kerana itu amat biasa kita mendengar kisah ibu yang mengalami kebasahan akibat pengeluaran susu serta merta sejurus mendengar bayi menangis. Ini adalah sebab mengapa lebih mudah untuk individu lain memberi nasihat murah agar ibu menahan diri dari terlalu kerap mendatangi bayi sedang ianya amat sukar buat ibu bayi itu sendiri untuk melaksanakannya akibat pertalian biology yang dikongsi ibu-anak.

5. Sains buktikan nasihat ini tidak akan berjaya.

Terlalu banyak kajian ulangan dilakukan terhadap bayi yang mendapat respon terhad atau tidak diendahkan oleh penjaganya. Bayi-bayi ini dipantau sekurang-kurangnya hingga usia mereka setahun. Keputusan nya? Bayi ini akan menjadi bayi yang lebih kuat merengek dan kuat menangis kerana mereka belajar bahawa untuk mendapat perhatian penjaganya,isyarat perlu diberikan ke tahap maksimum. Ia menyaksikan anak menjadi tidak terkawal hingga sebahagian penjaga terpaksa mengambil langkah ekstrem seperti membiarkan anak menangis sendirian di dalam bilik hingga mereka tertidur atau berhenti akibat kepenatan. Maka tiada kejayaan buat penjaga disini.

Lebih penting dari 5 hujah ini, bukankah agama mengajar kita untuk mendidik anak sesuai dengan usianya?. Anda ada banyak lagi tahun mendatang bagi mengajar anak tentang semua peraturan yang ada didunia ini. Mengapa terburu-buru?

Salam Jumaat terakhir sebelum menjelang Ramadan 😊😊

01/06/2016

So True!

Seronok tengok staff berkumpul meraikan rakan2 yg menyambut hari lahir  dan yg diraikan pun rasa happy🍰🍰🍰
28/04/2016

Seronok tengok staff berkumpul meraikan rakan2 yg menyambut hari lahir dan yg diraikan pun rasa happy🍰🍰🍰

Sekali lagi...staff yg lahir bulan April diraikan ...ani mariani & ecah aishah.Happy birthday to both of you..
27/04/2016

Sekali lagi...staff yg lahir bulan April diraikan ...ani mariani & ecah aishah.
Happy birthday to both of you..

Proses penyediaan jus mangga oleh kanak2 3 tahun di bawah didikan Pendidik taska 'mak ani' & 'kak sue'...
25/04/2016

Proses penyediaan jus mangga oleh kanak2 3 tahun di bawah didikan Pendidik taska 'mak ani' & 'kak sue'...

22/04/2016
Menggembirakan hati kanak2 adalah saat yg paling indah buat Pendidik Taska Taska Puspanita  Temerloh bila dapat berkongs...
15/04/2016

Menggembirakan hati kanak2 adalah saat yg paling indah buat Pendidik Taska Taska Puspanita Temerloh bila dapat berkongsi memanjakan diri dengan aiskrim Sumi yg dibuat hasil tangan mereka sendiri.
Kredit kpd Pendidik Taska Mak Ani & Kak Sue dan ank2 3tahun. S

15/04/2016
14/04/2016

Address

No 33, Jalan Padang Temerloh
Pahang Tua
28000

Telephone

+60 9-296 9680

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Puspanita Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share