06/01/2021
Yang hendak menuju ke pahang kene alert ya dgn situasi banjir disana.. rancang perjalanan anda ๐
Hati2 memandu. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi yang dituju ๐
*KEMASKINI*
Kenyataan rasmi media ANIH Berhad
6 Januari 2021 @ 8.45 mlm
*Antara Temerloh ke Lanchang (km113 dan km115)*
1. Laluan di KM113 dan KM 115 (Antara Persimpangan Lanchang ke Persimpangan Temerloh), LPT1 ditutup kedua-dua hala kepada lalu lintas susulan kenaikan air.
*Antara Lanchang ke Karak (Km 84.6)*
2. Laluan di KM 84.6 - KM84.7 (Antara Persimpangan Lanchang ke Persimpangan Karak), LPT1 hala Kuantan masih ditutup kepada lalu lintas. Walaubagaimanapun laluan antara Lanchang hala Kuala Lumpur telah di buka pada jam 9 pagi pada 5 Januari 2021.
3. Pengguna dinasihati untuk menangguhkan perjalanan
4. Pengguna dinasihati untuk mematuhi arahan petugas di lokasi
5. Maklumat laluan alternatif boleh dirujuk ke Bilik Gerakan Bencana JKR Pahang di talian 09-5717157 atau muat turun aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat.
6. Ikuti laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter dan Facebook Lebuhraya Malaysia Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.
Sekian. Terima kasih
Lembaga Lebuhraya Malaysia/
ANIH Berhad
Foto di Km 115