Line Clear Jengka

Line Clear Jengka Khidmat Penghantaran Link for track and trace : https://lineclearexpress.com/tracker

Keimanan yang meyakini ganjaran dan pengharapan akan penerimaan amalan. Selamat berpuasa, warga Jengka. Line Clear Expre...
23/03/2023

Keimanan yang meyakini ganjaran dan pengharapan akan penerimaan amalan.

Selamat berpuasa, warga Jengka. Line Clear Express on je kalau nak pos kelengkapan Ramadan dan Syawal anda semua ☺️

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 011-1989 9155

30/07/2022

Salam Maal Hijrah diucapkan kepada seluruh umat Islam.

Semoga ketibaan tahun baru ini memberi azam baharu untuk penghijrahan ke arah yang lebih baik.

Makluman,Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, Line Clear Jengka akan bercuti sehingga Isnin 11 Julai 2...
07/07/2022

Makluman,

Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, Line Clear Jengka akan bercuti sehingga Isnin 11 Julai 2022.

Hari Selasa kami buka semula. Harap maklum dan terima kasih

06/06/2022

Assalamualaikum, bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong, Line Clear Jengka bercuti selama satu (1) hari pada Isnin, 6 Jun 2022. Harap maklum dan terima kasih.

Salam Isnin!  : Untuk pengetahuan, kami ada beberapa tips penghantaran yang kami post di page sendu ini sebagai panduan....
23/05/2022

Salam Isnin!

: Untuk pengetahuan, kami ada beberapa tips penghantaran yang kami post di page sendu ini sebagai panduan. Ada lah sikit-sikit kalau anda rajin scroll ke bawah tu. Tapi, kalau rasa macam tak yakin, tak cukup masa atau tak berapa reti nak packing helokkk ;

kami boleh tolong bungkuskan. Yup, you heard that right. Selain memudahkan kerja anda, kami pun boleh tenangkan jiwa bila dapat tengok barang apa yang anda nak pos tu. If anything happened, kami boleh bersaksi bahawasanya pelanggan kami hantar barang seperti yang diberi tahu. Ini bimbangnya aok kabor aok hantor buku, rupanya hantor rantai emas dalam kotak. Buatnya hilang, naya weyy.

"Hidung tu kalau boleh cabut, mesti dah tertinggal jugak" - ayat mak-mak.Alhamdulillah kita semua dah selamat beraya ber...
09/05/2022

"Hidung tu kalau boleh cabut, mesti dah tertinggal jugak" - ayat mak-mak.

Alhamdulillah kita semua dah selamat beraya bersama. Cuti cuti pun sudah habis. Kami dah buka seperti biasa. Kalau ada barang urgent yang tertinggal tu bolehlah kirimkan kepada empunya melalui kurier. Takkan nak patah balik semata mata nak ambik kot. Penat hadap jem pun belum hilang kan. Pinggang pun baru nak lurus ye dak.

Tertinggal barang kami boleh poskan. Tertinggal hati maaf tak dapat koi nak nolong yek.

Semoga selamat sampai semuanya. Biar lambat asal selamat itu bukan pepatah yang main main ya. Sungguh, lambat boleh ditu...
30/04/2022

Semoga selamat sampai semuanya. Biar lambat asal selamat itu bukan pepatah yang main main ya. Sungguh, lambat boleh ditunggu, selamat yang kita mahu. ❀️

Ada yang dah on the way balik kampung ke tu?
Tidak kira di mana destinasi anda, semoga anda selamat sampai ke kampung halaman yang dirindui.

Berhati-hatilah di jalan raya demi keselamatan diri dan kegembiraan insan yang menanti ketibaan kita.

Salam Isnin!Ada plan nak tambah baju raya? Kuih raya tak cukup dua balang lagi? Haaaa cepat cepat. Kami nasihatkan esok ...
25/04/2022

Salam Isnin!

Ada plan nak tambah baju raya? Kuih raya tak cukup dua balang lagi? Haaaa cepat cepat. Kami nasihatkan esok (Selasa 27 April 2022) last day lah kalau nak pos keperluan 1 dan 2 Syawal. kalau pos lambat dari tu, dan sampai lepas Raya, sedihhhh.

Kalau dah sampai lepas Raya, dia bukan persiapan Aidilfitri namanya. Tapi persiapan Raya Puasa Enam 😚. Lekasss mana yang nak pos kad raya ke. Eh wujud lagi ke kad raya zaman ni? πŸ˜†

Salam Isnin!  : Ini menakutkan. Sungguh. Sebab for sure kita anticipate kuih raya kita sampai dengan selamat. Kita takka...
11/04/2022

Salam Isnin!

: Ini menakutkan. Sungguh. Sebab for sure kita anticipate kuih raya kita sampai dengan selamat. Kita takkan tahu apa yang boleh terjadi sepanjang perjalanan, tapi sebagai penghantar, antara cara yang boleh saya cadangkan berkenaan cara pembungkusan :

1) Pilih bekas yang bersesuaian.
2) Isi biskut dengan kadar muat-muat, minimakan sebarang ruang pergerakan.
3) Untuk biskut yang lebih rapuh, lapik setiap layer dengan bubble wrap.
4) Bungkus SETIAP bekas dengan bubble wrap.
5) Pastikan kedudukan bekas dalam kotak adalah selesa, tidak terlalu pack dan tidak terlalu longgar.
6) Lebih molek jika letakkan bahan seperti surat khabar, kain dan sebagainya untuk memenuhi ruang dalam kotak bagi menyerap hentakan.

Semoga membantu semuanya. Ramadan Kareem!

Salam Isnin!  : musim perayaan adalah musim yang kebiasaannya berlaku lambakan barang. Seeloknya pos barang anda di awal...
04/04/2022

Salam Isnin!

: musim perayaan adalah musim yang kebiasaannya berlaku lambakan barang. Seeloknya pos barang anda di awal Ramadan sekiranya barang tersebut mahu digunakan Syawal ini. Bak kata orang, awai tak kalut. Setel semua kelengkapan awal awal, the rest boleh fokus beribadah πŸ•Œ

01/04/2022

Makluman

Untuk bulan Ramadan yang bakal tiba (yay!) Line Clear Jengka akan beroperasi seperti biasa, 9 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Sabtu. Sesiapa yang nak pos barang, bolehlah datang pada waktu tersebut 😁

Saja lah bagitau. Takut orang ingat kita off sepanjang Ramadan. Tidak ya. Ibadah, ibadah juga. Urusan dunia tak boleh tinggal terus.

Address

A9, Arked Mara, Bandar Jengka
Maran
26400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Line Clear Jengka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Line Clear Jengka:

Share