15/03/2025
*MV MING HAI*
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Penumpang yang dihormati, untuk jadwal pelayaran kami sepenuhnya pada bulan suci Ramadhan yg penuh berkah ini, dan waktu pelayaran terdekat hari SELASA 18 MAC 2025 dari LAHAD DATU. 19hb MAC 2025 dari BONGAO T-TAWI, RABU.
Dan untuk pelayaran Trip seterusnya pada SELASA 25hb MAC 2025 dari LAHAD DATU. 26hb MAC 2025 dari BONGAO T-TAWI, RABU.
Ini adalah trip terakhir untuk jadual bulan suci Ramadhan 2025. Kami akan kembali semula dengan jadual baru selepas Musim Raya 2025 bermula pada 9 APRIL 2025.
Semoga kepada semua penumpang kami dapat menguruskan masa untuk datang pada tarikh jadual kami yg sudah di tetapkan.
Perkiraan Waktu berlepas ialah 03:00PM, masa untuk boarding ke kapal sekitar 10:00AM & masa ketibaan di Bongao ialah 09:00pm. Anggaran masa perjalanan akan mengambil masa 6 hingga 7 jam bergantung kepada keadaan cuaca dan ombak.
Tiket boleh dibeli di pelabuhan Terminal Feri Sabah pada hari pelayaran DARI 6:00AM HINGGA 9:00AM SAHAJA seperti biasa.
Untuk tempahan atau pembelian awal dengan cara mendatangi ofis kami di Lahad Datu, mesti ada passport international dan valid.
Sebarang tempahan/ketibaan lewat selepas jam 9:00 pagi tidak akan dilayan dan tidak dibenarkan masuk kerana sudah tiba masanya untuk persiapan pengurusan untuk berlepas. Nama anda akan ditandakan pada jadual perjalanan seterusnya jika anda berkeras. Terima kasih kerana memahami perkara di atas.
Jika terdapat sebarang perubahan, kami akan maklumkan kepada semua pelanggan kami yang dikasihi.
NOTA** Bagi pemegang pasport Malaysia penumpang mesti mempunyai 2(dua) tiket sebaliknya sebelum memasuki negara lain, dan bagi pemegang pasport Filipina hanya satu tiket diperlukan untuk perjalanan pulang ke Filipina.