27/08/2020
Pesan untuk diri sendiri dan TEAM pegang key ini InsyaAllah berjaya
Hidup memang pelbagai dugaan.
S**a duka,pahit manis.
Antara cabaran paling besar untuk mencapai matlamat atau impian kita adalah:
*1. Rasa nak give up*
Ni memang selalu kita alami. Bila usaha kita gagal, kita tak melihat ia sebagai proses belajar sebaliknya kita memilih untuk menyerah kalah.
*2. Nak push diri setiap waktu*
Setahun 365 hari. Kalau seminggu dua total dalam setahun kita rasa penat, rasa tewas, rasa down itu normal. Fitrah! Tapi kalau hari-hari kita terbelenggu dengan rasa letih, tu MALAS namanya!
*3. F.O.C.U.S*
Paling susah nak perolehi! Kita selalu sahaja tergelincir daripada trek. Kita mudah hilang fokus menyebabkan usaha kita tergendala.
*4. Nak konsisten untuk capai matlamat.*
Kejap kita bersemangat sangat. Kejap kita hangat-hangat tahi ayam. Kejap lagi terus lesu takde keinginan. Konsistensi memang bukan perkara mudah.
Ingat‼️‼️
Kejayaan tidak datang kalau tidak ada usaha.
Semakin besar impian kita, semakin kuat kita perlu bekerja untuk realisasikannya 💝