17/01/2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Dah masuk tahun baru, barulah kami muncul kembali. Apa khabar? Sihatkah semuanya? Kami harap tahun baru anda berlansung dengan baik.
Kami disini kembali untuk membuat pengumuman bahawa kedai kami yang terletak di Taman Cengal Indah atas nama Kargomind Express Kulim kini sudah ditutup. Keputusan ini dibuat sejak Disember tahun lalu.
Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada kami selama kami beroperasi. Walaupun kami dah tutup Kargomind Express Kulim, anda masih boleh lawati ke kedai kami di lokasi yang sama.
KENAPA? Sebab kami dah kembali semula sebagai Flash Express Kulim! Jom "follow" atau "like" facebook baru kami untuk dapatkan notifikasi terbaru.
Akhir kata, terima kasih!