26/12/2025
ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูู
๏บู๏บดููููููููููููููู๏ปขู ๏บ๏ป๏ป ๏ปชู ๏บ๏ป๏บฎูู๏บฃู๏ปคู๏ปฆู ู๏บ๏ป๏บฎูู๏บฃู๏ปดูููููู๏ปข
๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฆ๐๐ฅ๐ ๐๐๐จ๐ง๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐
๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ : ๐ฌ๐ฑ ๐ฅ๐๐๐๐ ๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐/ ๐ฎ๐ฒ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐ ๐ง๐๐๐จ๐: ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐๐, ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ ๐๐๐๐ ๐๐
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah Asy- Syam ayat 9-10 yang bermaksud:
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),"
"Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
๐1๏ธโฃ- Bertaqwa kepada Allah SWT.
๐2๏ธโฃ- Setiap bulan-bulan yang terkandung di dalam takwim Islam mempunyai rahsia & kelebihan yang tersendiri. Disebalik dua belas bulan yang silih berganti sepanjang tahun, terdapat bulan-bulan tertentu yang dimuliakan oleh Allah SWT berbanding dengan bulan-bulan lain. Diantaranya ialah bulan Rejab.
๐3๏ธโฃ- Bulan Rejab adalah merupakan salah satu daripada 4 bulan haram dalam Islam yang disebut dalam Al-Quran. Bulan ini sering digambarkan sebagai medan terbesar untuk kita mendidik rohani kerana ia merupakan bulan persediaan bagi melatih diri sebelum tibanya bulan Ramadan.
๐4๏ธโฃ- Antara kelebihan & hikmah terkandung di dalam bulan Rejab adalah : Pertama, ketibaan bulan Rejab adalah merupakan isyarat kepada umat Islam bahawa bulan Ramadan sudah semakin hampir. Bulan Rejab diumpamakan seperti pintu gerbang yang menjadi petanda bahawa kita perlu bersedia untuk memasuki medan ibadah yang menjanjikan ganjaran pahala yang sangat luas.
๐5๏ธโฃ- Setelah hampir 10 bulan tidak berada dalam suasana berpuasa, sudah pastinya tubuh badan kita terasa sedikit berat untuk memulakan ibadah, apatah lagi untuk terus berpuasa sebulan penuh di dalam bulan Ramadan. Maka sudah pastilah bulan Rejab & Syaโban ini dianggap sebagai bulan latihan untuk kita membiasakan diri dengan suasana berpuasa.
๐6๏ธโฃ- Kedua, terdapat peristiwa penting yang berlaku dalam sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW di dalam bulan Rejab ini iaitu peristiwa Israโ & Mikraj. Peristiwa ini merupakan suatu catatan sejarah yang penting bagi umat Islam & menjadi salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan diseluruh dunia.
๐7๏ธโฃ- Peristiwa agong ini diriwayatkan berlaku pada 27 Rejab menurut pendapat yang kuat, dan ia merupakan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah yang maha hebat. Pada malam tersebut Baginda Rasullulah SAW telah dibawa pada waktu malam oleh Jibril menaiki โBurakโ dari Mekah ke Baitul Maqdis. Lalu dari Baitul Maqdis,Baginda dimikrajkan naik ke langit dunia hingga ke โ Sidratul Muntaha โ untuk menerima perintah ibadah solat dari Allah SWT.
๐8๏ธโฃ- Ketiga, bulan Rejab adalah merupakan bulan yang digandakan pahala bagi setiap amal soleh yang dilakukan, begitu juga dosa yang dilakukan pada bulan tersebut lebih besar balasannya berbanding bulan-bulan yang lain. Adalah amat malang apabila kita melalui bulan Istimewa ini dengan begitu sahaja tanpa meningkatkan lagi amal ibadah.
๐9๏ธโฃ- Kesimpulan, jadikan bulan Rejab sebagai medan untuk kita bermuhasabah diri & menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Hargailah peluang yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita dengan sebaiknya & jangan biarkan bulan ini berlalu begitu sahaja tanpa kita membuat kebaikan yang banyak daripadanya.
Wallahua'lam.