APM Pahang

Call Directions Website

APM Pahang Pahang Civil Defence Forces HQ, Lot 1057-1058, Jalan Beserah, 26100 Kuantan, Pahang, Malaysia Menggubal dasar โ€“ dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam.

Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai. Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya kepada program yang penting bagi Keselamatan diri mereka. Mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa. Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara. Melakukan tugasโ€“tugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh Negara.

 PENGARAH APM PAHANG ZIARAH PEGAWAI DAERAH PEKAN YANG TERLIBAT KEMALANGANPEKAN, 13 OKTOBER 2026 โ€“ Angkatan Pertahanan Aw...
13/10/2026



PENGARAH APM PAHANG ZIARAH PEGAWAI DAERAH PEKAN YANG TERLIBAT KEMALANGAN

PEKAN, 13 OKTOBER 2026 โ€“ Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang hari ini telah melaksanakan satu Lawatan Kebajikan bertempat di Pekan, Pahang.
Lawatan ini diketuai oleh YS. Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah APM Pahang, bagi melawat Timbalan Pegawai APM Daerah Pekan, Lt. (PA) Mohd Suffian bin Mohd Zali.

Beliau telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 12 Oktober 2026 ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, yang mengakibatkan kecederaan patah kaki kiri.

Turut serta dalam sesi lawatan kebajikan ini ialah:
* Kapt. (PA) Muszaidi bin Musa โ€“ Ketua Bahagian Sekretariat, Bencana dan Operasi
* Mej. (PA) Zahidi bin Zainudin โ€“ Pengerusi Kelab KESPA

Seluruh warga APM Negeri Pahang mendoakan agar Lt. (PA) Mohd Suffian bin Mohd Zali diberikan kesembuhan yang cepat, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan kembali pulih seperti sediakala.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman













PENGARAH APM NEGERI PAHANG HADIR MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT NEGERI PAHANGKuantan, 11 O...
11/10/2026

PENGARAH APM NEGERI PAHANG HADIR MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT NEGERI PAHANG

Kuantan, 11 Oktober 2026 โ€“ Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, YS Kol. (PA) Che Adam bin A Rahman, telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Pahang, Kuantan, pada 11 Oktober 2026.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, yang hadir selaku wakil rasmi Menteri Besar Pahang.

Kehadiran Pengarah APM Negeri Pahang mencerminkan sokongan dan komitmen APM Negeri Pahang terhadap usaha kerajaan dalam membudayakan gaya hidup aktif, sihat dan cergas dalam kalangan masyarakat. Penyertaan ini turut memperkukuh jalinan kerjasama antara agensi kerajaan dalam menyokong inisiatif pembangunan komuniti yang sihat, aktif dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman













BUKIT PELINDUNG NIGHT ATTACKKuantan, 10 Oktober 2026 Sempena sambutan Hari Sukan Negara, satu program โ€œBukit Pelindung N...
11/10/2026

BUKIT PELINDUNG NIGHT ATTACK

Kuantan, 10 Oktober 2026 Sempena sambutan Hari Sukan Negara, satu program โ€œBukit Pelindung Night Attack 2026โ€ telah berjaya dianjurkan secara berskala besar menerusi kerjasama strategik antara Majlis Rekreasi Pahang (MRP) dan MAKSAK Pahang. Program ini turut mendapat sokongan padu daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, antaranya Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pahang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, serta Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang.

Majlis yang penuh gilang-gemilang ini diseri dengan kehadiran tetamu jemputan kehormat, iaitu YB. Dato' Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang; YB. Datoโ€™ Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang; YBHG. En. Mahadir bin Abdul Rafar, Pengarah Majlis Sukan Pahang; Tuan Haji Mohd Nizam bin Mahyuddin, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuantan; serta ahli-ahli jawatankuasa MAKSAK Pahang.

Turut hadir menjayakan program ialah YS. Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang merangkap AJK Keselamatan dan Pertolongan Cemas, yang telah menyampaikan taklimat keselamatan secara terperinci kepada para peserta sebelum pelepasan.

Acara yang berlangsung dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam ini telah menarik penyertaan seramai 250 orang peserta, yang terdiri daripada 130 orang lelaki dan 120 orang wanita. Para peserta telah mencabar keupayaan fizikal dan mental masing-masing dengan menyempurnakan cabaran trek sejauh 10 kilometer yang merangkumi laluan denai serta jalan tar. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pihak serta peserta yang telah menjayakan program ini dalam memupuk gaya hidup sihat dan aktif di negeri Pahang.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Adam Rahman













10/10/2026



BELANJAWAN 2027: MEMPERKUKUH ASET OPERASI DAN KEBAJIKAN SUKARELAWAN APM

YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyatakan bahawa pembelian aset penyelamatan dan kebajikan anggota pasukan sukarelawan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan operasi semasa, malah merupakan ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ untuk ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐˜€๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ.

Keupayaan aset yang mantap, disokong oleh ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต dan ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ, menjadi asas kepada ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—บ menjadi lebih berkesan.

Jabatan Perdana Menteri














*

10/10/2026



17 ASET OPERASI MENYELAMAT UNTUK APM

Sebanyak 17 unit bot Amfibiacraft bakal diperoleh oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerusi Belanjawan 2027 bagi mempercepat operasi menyelamat, khususnya di kawasan yang terjejas akibat bencana seperti banjir.

Penambahan aset ini diharap dapat memperkukuh keupayaan operasi serta meningkatkan kesiapsiagaan APM dalam memberikan bantuan dan menyelamatkan nyawa ketika kecemasan.

Jabatan Perdana Menteri














*

10/10/2026



ELAUN SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM DINAIKKAN

Kerajaan mengumumkan kenaikan elaun sukarelawan menerusi Belanjawan 2027 yang memperuntukkan sebanyak RM339 juta sebagai penghargaan terhadap jasa, pengorbanan dan komitmen anggota dalam membantu masyarakat serta menangani situasi kecemasan dan bencana.

Menerusi Belanjawan 2027, inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 50,000 anggota sukarelawan, dengan kadar elaun ๐—ฅ๐— ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—บ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€ ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ.๐Ÿด๐Ÿฌ ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—บ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ฎ.

Semoga inisiatif ini terus menyuntik semangat kepada seluruh anggota sukarelawan untuk berkhidmat demi keselamatan rakyat.

Jabatan Perdana Menteri














*

09/10/2026
09/10/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—จ๐—•๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š (๐—ž๐—จ๐—ฃ)

Merujuk kepada pengumuman Belanjawan MADANI 2027, kenaikan pangkat secara one-off melalui kaedah Khas Untuk Penyandang (KUP) adalah melibatkan 12,000 pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang cemerlang tetapi berdepan kekangan perjawatan.

Perincian lanjut berhubung pelaksanaan inisiatif ini akan dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia














09/10/2026

๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ,๐Ÿฑ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—”๐—ช๐—”๐— 

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk pegawai lantikan kontrak, menerusi pembentangan Belanjawan MADANI 2027.

Inisiatif ini mencerminkan penghargaan Kerajaan terhadap komitmen, sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia













09/10/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—› ๐—ก๐—”๐—œ๐—ž ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ,๐Ÿฏ๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก

Belanjawan MADANI 2027 menyaksikan peningkatan kadar pencen terendah daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, yang bakal memanfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penerima pencen terbitan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka yang telah menabur bakti kepada negara.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia













Address

Lot 1057, 1058 Jalan Beserah
Kuantan
26100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6095444991

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share