Port Travel

Port Travel Jom travel bersama Port Travel.Pakej berbaloi selesa dan santai jenguk keindahan ciptaan Ilahi❤️

Hunting Makanan Halal Di Pattani
25/02/2025

Hunting Makanan Halal Di Pattani

Mai lerr ajak kawan-kawan Ziarah keunikkan Pattani
25/02/2025

Mai lerr ajak kawan-kawan Ziarah keunikkan Pattani

nak cari hotel terbaik di Pattani? jom bersama dengan Port Travel
05/02/2025

nak cari hotel terbaik di Pattani? jom bersama dengan Port Travel

05/02/2025

Jom Explore Pattani, kita sediakan pengangkutan direct dari KL sampai ke Pattani terus korang rileks je siap termasuk servis relaxing urutan Traditional.... hubungi kami sekarang jom

PATTANI PRIVATE TOUR CUTI SEKOLAH 😍😍😍
Meh pilih nak ikut trip date mana satu.
Semua date masih available gaissss.
RM690 seorang ‼️ RM690 seorang ‼️
**Pakej termasuk :
✅ Transport bus persiaran pergi balik dari KL
✅ lawatan city tour PATTANI
✅ Tour Guide Thailand boleh cakap melayu
✅ Tour Leader Iringan dari agensi
✅ Dokumen sempadan
✅ Thai Insurance
✅ Penginapan Hotel di Town PATTANI (2-3 star hotel)
✅ Mineral water dalam bus
Uolss tinggal bawa duit belanja dgn shopping jer.
Pssst ;
Kalau nk jalan private group 1 bus pon boleh.
Ada special offer. Buy 40seat free 1 pax. Nanti ketua rombongan dapat pakej 😀
Utk info dan booking,
Boleh terus WhatsApp saya ya ⤵️⤵️
https://wa.link/uruaiq

27/01/2025

Jom ke Pattani Thailand dengan kami untuk bongkar tempat-tempat yang menarik dan mempunyai tinggalan sejarah muslim yang ada di selatan Thai sambil berjalan ke tempat-tempat, makanan viral dan siap sekali dengan rawatan urutan Thai yang akan membuat anda lega satu badan.

✅Jalan-jalan Pattani
✅Muslim tour sejarah Pattani dan masjid yang berusia lebih 400 tahun
✅Halal Massage yang pasti membuatkan badan lebih bagus

Jom bersama kami untuk menjelajah negeri serambi mekah dengan Islamic tour yang pasti akan mengamit memori korang
27/01/2025

Jom bersama kami untuk menjelajah negeri serambi mekah dengan Islamic tour yang pasti akan mengamit memori korang

Alhamdulillah selesai renew pasport semudah ABC.Tak sampai 10 minit pun dah boleh ambil pasport baru hari ini. Jom  liha...
20/01/2025

Alhamdulillah selesai renew pasport semudah ABC.

Tak sampai 10 minit pun dah boleh ambil pasport baru hari ini.

Jom lihat step by step.

Daripada proses permohonan online sampai ke proses pickup passport.

1) Sediakan gambar ukuran pasport - boleh pergi kedai gambar untuk ambil gambar atau nak gambar sendiri and edit back ground sendiri pun boleh (mine ambil kat kedai gambar untuk keselamatan).
✅ Tudung gelap
✅ Back ground putih
✅ Natural makeup
✅ Senyum tanpa gigi
❌ Lens berwarna
❌ Rambut / tudung cover kawasan muka

2) Kemudian buka laman
https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
Untuk upload gambar, masukkan data peribadi, lokasi ambil passport & bayaran passport (renewal - RM200, warga emas RM100 ) - WAJIB SAVE RESET
Boleh pilih nak collect pasport di mana nanti. Lebih baik cari tempat berdekatan anda.

3) Lepas submit - tunggu email KELULUSAN dari jabatan imigresen (permohonan Nana lulus dalam 30 minit sahaja)

4) Bila dah LULUS, print dan bawa resit bayaran tadi ke pejabat imigresen yang anda pilih online tadi. (print sendiri untuk memudahkan kerja tapi di UTC kk, ada counter printing di entrance bangunan)

5) Bila sampai pejabat imigresen tidak perlu ambil nombor, letakkan resit bayaran anda di “tray” counter serahan passport (UTC KK kaunter 11)
✅ Resit bayaran
✅ Pasport lama
✅ IC

Walaupun ada notis 1 jam untuk siap, jangan ke mana-mana sebab masa Nana nak ambil tu tak sampai 10 minit dah dipanggil nama & boleh dapatkan passport baru.
Senang kan?

Inilah cara paling mudah & cepat untuk renew passport. Sebab Nana di Kudat, jauh untuk ke KK (pasport siap serta merta kalau buat di KK).

Tinggal isi online, dpt email kemudian collect tanpa perlu beratur panjang. Ramai juga manusia di UTC untuk urusan pasport tadi.

Tapi bila buat online tinggal datang dan collect tanpa tunggu berjam untuk giliran bergambar dan sebagainya. Alhamdulillah 💓

Kredit Perkongsian: Wan Nurdiana (FB)

7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH.1. Tempah Hari Selasa Dan RabuSelasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk...
06/12/2024

7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH.

1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai

Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang ‘Cookies’

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

7. Bandingkan Harga

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:

1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

Semoga Bermanfaat

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Kredit: FB: Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

===

PASSPORT MALAYSIA 🇲🇾 kena apply ETIAS bermula tahun depan ye.. 2025Untuk  yang nak melawat EROPAH utk tahun 2025.. koran...
05/10/2024

PASSPORT MALAYSIA 🇲🇾 kena apply ETIAS bermula tahun depan ye.. 2025

Untuk yang nak melawat EROPAH utk tahun 2025.. korang dah kena apply online ETIAS, selewatnya 4 hari sebelum tiba di mana mana negara Eropah, iaitu 27 negara semuanya. boleh lihat di peta bawah (warna biru) untuk negara yg perlukan ETIAS.

Masuk ke mana2 border 27 negara ini samada dengan kapalterbang, kapal laut, atau darat, perlukan ETIAS.

ETIAS sahlaku dengan nombor passport yg sama, untuk jangkamasa 3 tahun, tetapi tak boleh stay lebih 90 hari ye di dalam 27 negara tersebut.

samada korang datang untuk pelancongan, conference atau bisnes, ETIAS Kena apply juga.

ETIAS percuma utk kanak2 bawah 18 tahun dan yg berumur lebih 70 tahun. nak apply kena ke website https://etias.com/

doanya maklumat ini membantu semua pengembara dari Malaysia 🇲🇾 inshaAllah, yg nak ke bumi Eropah ni. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kita.

TRAVEL TIPS Sedikit tips pada kaki travel dalam dan luar negara. Bulan ni saja saya ke 3 negara 🇹🇭 🇸🇬 🇮🇳 Terdapat 1 masa...
11/08/2024

TRAVEL TIPS

Sedikit tips pada kaki travel dalam dan luar negara. Bulan ni saja saya ke 3 negara 🇹🇭 🇸🇬 🇮🇳 Terdapat 1 masalah iaitu (Money Changer) nak tukar lebih takut guna tak habis. Tukar sikit takut tak cukup pulak.

Mesti korang ada dilemma macam tu kan nak tukar berapa banyak baru cukup.

1. Korang boleh download app BIGPAY dan apply card dari situ. Actually saya guna dah bertahun dah app ni. Cuma first time saya guna berturut-turut function card ni apabila berlaku transit airport untuk ke negara seterusnya.

2. Just toup duit dalam app BIGPAY dan korang boleh guna card tu di mana2 saja negara. Tak perlu nak tukar duit cash. sebab nanti tukar cash dah guna tak habis pulak. Membazir.

3. kaki travel Thailand. Atau hantu 7E Thailand. Haa guna ja BIGPAY card. Kalau ada kawan kirim pun boleh direct transfer macam e-wallet.

4. Kalau di Singapore lagi mudah. Semua benda boleh tap dan pay saja. Metro / Restaurant dan lain-lain.

5. Sekirannya wallet hilang? Terus freeze account melalui app. Jadi pencuri pun menyesal curi wallet kita sebab tak ada cash.

6. Transaction pulak ikut currency semasa. Tanpa cas tambahan macam kita tukar di money changer.

7. Terdesak cash di luar negara? Boleh direct ke ATM dan withdrawal duit melalui ATM negara yang kita berada. Cuma cas RM10 / withdrawal saja.

8. Kalau duit tak habis guna. Boleh sambung habiskan di Malaysia. Jadi kita tak membazir untuk tukar duit lagi lepas ni. Tidak lg berlaku kerugian 2x.

9. Jika beli tiket flight guna BIGPAY. Uall akan dapat convert terus ke point Airasia ya.

Bagi kaki travel. BIGPAY card memang sangat membantu. Saya tunjuk contoh transection saya di Thailand, India dan Singapore ya

Kredit: Travel Jimat

Address

Kuala Kubu Bharu
Kuala Lumpur
44300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Port Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Port Travel:

Share