Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur

Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur telah dibangunkan sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan gelandangan di sekitar ibu kota.

01/05/2025
16/03/2025
21 April 2024 (Ahad)Penghuni Anjung Kembara Pusat Transit Gelandangan di kunjungi oleh adik2 drpda UIA Perkim sama-sama ...
21/04/2024

21 April 2024 (Ahad)
Penghuni Anjung Kembara Pusat Transit Gelandangan di kunjungi oleh adik2 drpda UIA Perkim sama-sama meraikan Hari Raya (Meriahnya Raya) di sini. Seramai 60 org pghuni serta 25 pelajar UIA Perkim telah terlibat dalam Program hari ini. Beberapa aktiviti telah di jalan dengan penuh meriah.
Terima kasih adik2 dr UIA Perkim yg sudi mengunjungi dan menyantuni penghuni2 AKPTGKL.



*Program Sukarelawan Khidmat Komuniti YKN  - MAIWP Siri 21/24 Bagi Tahun 2023*9 November 2023 _Seramai 10 orang rakan ja...
11/11/2023

*Program Sukarelawan Khidmat Komuniti YKN - MAIWP Siri 21/24 Bagi Tahun 2023*

9 November 2023 _Seramai 10 orang rakan jalanan yang terdiri daripada penghuni Anjung Kembara KL telah menyertai aktiviti sukarelawan khidmat komuniti di SRA Tengku Ampuan Jemaah Kg.Baru, Kuala Lumpur. Para sukarelawan melaksanakan aktiviti keceriaan sekolah dengan menanggalkan rekahan cat lama yang terkesan akibat banjir, meratakan permukaan dinding yang pecah dan mengecat. Para sukarelawan juga melaksanakan kerja mengecat bilik guru besar dan mencuci lumut pada simen lantai. Pelaksanaan program sukarelawan khidmat komuniti YKN-MAIWP ini memberi ruang kepada rakan jalanan untuk berkhidmat kepada komuniti dan masyarakat setempat. Semoga usaha murni ini dapat mengintegrasikan rakan jalanan kembali berkhidmat kepada komuniti. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).


-maiwp

BACAAN YAASIN KHAS DAN TAHLIL BUAT ALMARHUMAH DATUK HJH MUNIRAH ABD HAMID 5 Sept 2023 | Anjung Kembara PTGKL 5 ptgPTGKL ...
06/09/2023

BACAAN YAASIN KHAS DAN TAHLIL BUAT ALMARHUMAH DATUK HJH MUNIRAH ABD HAMID

5 Sept 2023 | Anjung Kembara PTGKL
5 ptg

PTGKL bersama lebih kurang 30 orang penghuni telah mengadakan bacaan Yaasin khas buat Almarhumah Datuk Hjh Munirah Abd Hamid yang telah dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Sharul Nizam.

Pemergian almarhumah merupakan kehilangan besar buat warga Pengurusan dan Penghuni Anjung Kembara (Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur) di atas sumbang bakti yang dicurahkan semasa hayatnya sehingga tertubuhnya pusat ini.

Semoga setiap amal almarhumah diterima dan dipermudahkan urusannya di sana.

Ikhlas Drp:
Pengurusan Anjung Kembara
(Pusat Transit Gelandangan KL)

*Program Sukarelawan Khidmat Komuniti YKN  - MAIWP Siri 14/24 Bagi Tahun 2023*29 Ogos 2023 _Seramai 10 orang rakan jalan...
01/09/2023

*Program Sukarelawan Khidmat Komuniti YKN - MAIWP Siri 14/24 Bagi Tahun 2023*

29 Ogos 2023 _Seramai 10 orang rakan jalanan yang terdiri daripada penghuni Anjung Kembara KL telah menyertai aktiviti sukarelawan khidmat komuniti bagi menceriakan SRA Usamah Bin Zaid, Bandar Baru Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Para sukarelawan melaksanakan aktiviti membersih tampalan kertas dinding dan mengecat semula dinding pemisah dewan sekolah, mengecat tembok tiang bendera, mengecat tiang dan sebahagian dinding utama sekolah, mengecat kantin sekolah dan membersih longkang yang dipenuhi pasir dan lumut. Pelaksanaan program sukarelawan khidmat komuniti YKN-MAIWP memberi ruang kepada rakan jalanan untuk berkhidmat kepada komuniti dan masyarakat setempat serta memberi manfaat kepada lebih 500 orang murid-murid sekolah tersebut untuk belajar dalam persekitaran lebih ceria. Semoga usaha murni ini dapat mengintegrasikan rakan jalanan kembali berkhidmat kepada komuniti. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).



Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) telah mengambil inisiatif memberi peluang kepada seramai 15 orang rakan jalanan ...
28/08/2023

Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) telah mengambil inisiatif memberi peluang kepada seramai 15 orang rakan jalanan daripada Anjung Kembara dan Anjung Singgah mengikuti Kursus Asas Baik Pulih Kasut selama 2 hari meliputi teori dan amali di Akademik Dr Shoes Kajang. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaat sebaiknya bagi membolehkan mereka menjana pendapatan.

25/08/2023

Kasut anda tercabut tapak dan perlukan khidmat baiki kasut sama ada gam atau jahit atau kedua-duanya. Anda boleh hubungi kami untuk mendapatkan khidmat baiki kasut oleh rakan jalanan. Hubungi stesen kumpul dan serah (collect & receive) kasut ada di lokasi berikut:

Kuala Lumpur
Kembara di Bulatan Pahang KL
Wasap.my/60129742892/BaikiKasutKL

Ipoh
Singgah Ipoh
Wasap.my/601114722247/BaikiKasutIpoh

Putrajaya
Pejabat YKN Presint 4
Wasap.my/60179185379/BaikiKasutPutrajaya

04/08/2023
17/06/2023

*Program Sukarelawan Khidmat Komuniti YKN - MAIWP Siri 5/24 Bagi Tahun 2023*

14 Mei 2023 _Seramai 10 orang rakan jalanan yang terdiri daripada penghuni Anjung Singgah KL dan Anjung Kembara KL telah menyertai aktiviti sukarelawan khidmat komuniti bagi menceriakan persekitaran KAFA Al-Raudah Kg Melayu, Segambut KL. Aktiviti keceriaan yang dilaksanakan meliputi mencuci lumut di pagar, membersih dan mengecat serta memotong rumput. Selain membantu rakan jalanan untuk berkhidmat kepada komuniti dan masyarakat, program ini juga dapat dimanfaatkan oleh seramai 80 orang murid untuk mereka belajar dalam persekitaran yang ceria. Semoga usaha murni ini dapat mengintegrasikan rakan jalanan kembali berkhidmat kepada komuniti. Program ini ditaja sepenuhnya pihak MAIWP.





*Program Sukarelawan Khidmat Komuniti YKN - MAIWP Siri 3/24 Bagi Tahun 2023*24 Mei 2023 _Seramai 10 orang rakan jalanan ...
01/06/2023

*Program Sukarelawan Khidmat Komuniti YKN - MAIWP Siri 3/24 Bagi Tahun 2023*

24 Mei 2023 _Seramai 10 orang rakan jalanan yang terdiri daripada penghuni Anjung Singgah KL dan Anjung Kembara KL telah menyertai aktiviti sukarelawan khidmat komuniti bagi menceriakan persekitaran Sek Rendah Agama Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati KL. Aktiviti keceriaan yang dilaksanakan membina laluan tangga untuk kemudahan murid dan ibu bapa sewaktu hadir dan pulang dari sekolah, memasang dua arca kata-kata semangat "all the best" dan "work hard" berhampiran jalan utama sekolah. Selain membantu rakan jalanan untuk berkhidmat kepada komuniti dan masyarakat, program ini juga dapat dimanfaatkan oleh seramai 497 orang murid sekolah untuk mereka belajar dalam persekitaran yang ceria. Semoga usaha murni ini dapat mengintegrasikan rakan jalanan kembali berkhidmat kepada komuniti. Program ini ditaja sepenuhnya pihak MAIWP.





Address

Lot 650, Jalan
Kuala Lumpur
53800

Telephone

+60192326370

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur:

Share

PUSAT TRANSIT GELANDANGAN

Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur telah dibangunkan sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan gelandangan di sekitar ibu kota .