I'M CAR DOC

-Membaik Pulih Kenderaan (Engine,Wiring ,Aircond dan lain-lain)
-Perkhidmatan Perbaharui Lesen Dan Roadtax Serta Insuran Kenderaan
-Perkhidmatan Urusan JPJ Dan Puspakom
-Jual Beli Kereta Terpakai Dan Baru
-Perunding Dan Penasihat Berkaitan Kenderaan
-Perkhidmatan Towing 24 Jam

Jika kereta anda dihidupkan, kemudian mati serta-merta, ia boleh mengecewakan! 😩 Infografik ini menghuraikan 6 sebab laz...
24/01/2026

Jika kereta anda dihidupkan, kemudian mati serta-merta, ia boleh mengecewakan! 😩 Infografik ini menghuraikan 6 sebab lazim mengapa ini mungkin berlaku, daripada isu bekalan bahan api kepada immobilizer yang rosak atau kebocoran vakum. Ia juga termasuk tanda biasa dan petua semakan pantas untuk membantu anda mendiagnosis masalah. Pengetahuan adalah kuasa apabila ia berkaitan dengan penyelenggaraan kereta! Memandu dengan selamat! 🚗💡

Memahami Bendalir Penghantaran: Panduan Pantas! 🚗💡 Memilih cecair transmisi yang betul adalah penting untuk kesihatan da...
20/01/2026

Memahami Bendalir Penghantaran: Panduan Pantas! 🚗💡 Memilih cecair transmisi yang betul adalah penting untuk kesihatan dan prestasi kenderaan anda. Setiap jenis direka untuk sistem penghantaran tertentu. ATF RED: Sesuai untuk transmisi automatik konvensional. ATF SYNTHETIC: Menawarkan perlindungan yang tinggi, terutamanya dalam keadaan suhu tinggi. CVT: Dirumus khusus untuk penghantaran berubah-ubah berterusan. DCT/DSG: Penting untuk sistem penghantaran dwi klac. MTF: Pilihan yang betul untuk transmisi manual. Pastikan anda menggunakan cecair yang disyorkan oleh pengilang untuk memastikan kereta anda berjalan lancar!

Imej tersebut memaparkan pelbagai jenis bendalir brek (DOT 3, DOT 4, DOT 5 dan DOT 5.1) serta warna dan sifat yang berka...
20/01/2026

Imej tersebut memaparkan pelbagai jenis bendalir brek (DOT 3, DOT 4, DOT 5 dan DOT 5.1) serta warna dan sifat yang berkaitan dengannya. Bendalir brek ialah bendalir hidraulik penting yang digunakan dalam kenderaan untuk memindahkan daya dari pedal brek ke komponen sistem brek, membolehkan kenderaan berhenti.
Berikut adalah maklumat penting mengenai pelbagai jenis:
DOT 3 dan DOT 4 kedua-duanya berasaskan glikol-eter, dengan DOT 4 mempunyai takat didih yang lebih tinggi disebabkan oleh sebatian ester borat.
DOT 5 berasaskan silikon dan berwarna ungu, yang menjadikannya tidak serasi dengan bendalir berasaskan glikol (DOT 3, 4 dan 5.1).
DOT 5.1 juga berasaskan glikol tetapi mempunyai takat didih yang tinggi serupa dengan DOT 5.

Jangan sekali-kali mencampurkan pelbagai jenis bendalir brek melainkan dinyatakan secara jelas sebagai serasi, dan sentiasa gunakan jenis bendalir yang disyorkan oleh pengilang untuk mengelakkan kerosakan sistem

Minyak enjin adalah nadi enjin anda. Selain pelinciran, ia mengurangkan geseran, mengurus haba, menutup komponen dalaman...
20/01/2026

Minyak enjin adalah nadi enjin anda. Selain pelinciran, ia mengurangkan geseran, mengurus haba, menutup komponen dalaman dan memainkan peranan penting dalam memanjangkan hayat enjin. Memilih kelikatan minyak yang betul memastikan prestasi yang lancar dan melindungi enjin anda daripada haus pramatang.
🔍 Padankan Minyak dengan Keadaan Enjin & Pemanduan Anda:
💧 0W-20 | The Modern Performer
Terbaik untuk: Enjin generasi baharu
Manfaat: Kecekapan bahan api yang sangat baik dan permulaan sejuk yang lancar.
🌍 5W-30 | Kegemaran Seharian
Terbaik untuk: Kenderaan petrol dan diesel ringan yang dipandu harian
Manfaat: Perlindungan, kecekapan dan kebersihan enjin yang seimbang.
🛠️ 10W-40 | Pelindung Perbatuan
Terbaik untuk: Enjin dengan haus yang ketara
Manfaat: Pengedap yang lebih baik dan prestasi yang boleh dipercayai dalam iklim sederhana.
🚛 15W-40 | Penyelesaian Tugas Berat
Terbaik untuk: Enjin diesel, trak dan kenderaan komersial
Manfaat: Direka untuk mengendalikan beban berat dan keadaan kerja yang s**ar.

🔥 20W-50 | Pembela Haba Tinggi
Terbaik untuk: Enjin atau kenderaan lama yang beroperasi dalam persekitaran yang sangat panas
Manfaat: Filem minyak yang lebih tebal yang mengimbangi kelegaan dalaman.
⚠️ Petua Penjagaan Enjin
Sentiasa ikut spesifikasi minyak yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan. Menggunakan kelikatan yang salah boleh menyebabkan pelinciran yang lemah, peningkatan penggunaan minyak atau kerosakan dalaman enjin yang serius.
Amalan penyelenggaraan yang dipercayai seperti ini adalah sebahagian daripada kepakaran di Pusat Mekanik Auto.

29/12/2025
12 TIPS PENTING BILA NAK REDAH BANJIR!Musim hujan sekarang kita perlu berhati-hati terutama ketika berlakunya banjir. Ad...
04/12/2025

12 TIPS PENTING BILA NAK REDAH BANJIR!

Musim hujan sekarang kita perlu berhati-hati terutama ketika berlakunya banjir. Admin nak kongsikan sedikit tips bila nak redah banjir.

Perkongsian dari Datuk Ir. Mohamad bin Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif, JPJ Putrajaya) .

1) Kalau nampak air banjir di depan, berenti dulu untuk nilaikan ke dalaman.

2) Standard Ekzos kereta dibina pada 7-8 inci dari tanah, so tengok kereta di depan yang redah air, tenggelam tak ekzosnya.. amati sampai kereta tersebut naik ke kawasan darat di hadapan.. maka anda akan dapat tahu kedalaman air yang anda akan redah.

3) kalau paras air bawah dari ekzos, maka OKAY, boleh REDAH..xda masalah, tapi jangan laju sangat.

4) kalau bunyi ‘tepukan air’ bawah lantai kereta, itu perkara biasa, sama seperti anda naik bot.. cuma maintain kelajuan OPTIMUM (tak laju, tak perlahan) untuk elak kereta anda diolak ‘ombak’ air ni dan mengubah haluan ke bahu jalan.

Pertimbangkan sama ‘ombak kereta’ yg anda hasilkan pada pengguna lain..

Kalau AIR BANJIR lebih tinggi dari EKZOS (tapi taklah sampai kereta anda merodok air macam kapal selam macam keadaan contoh kereta perdana tahun lepas, anda perlu pertimbangkan.. klu tiada pilihan utk meredah, maka, ada CARAnya.

5) Kalau kereta manual, pastikan anda di gear 1 dengan RPM lebih dari 2500. Jangan cuba kurangkan dari itu atau jangan slowkan RPM ketika redah air.

6) kalau SLOWkan, air akan DISEDUT melalui ekzos anda ke enjin.. Inilah PUNCA kenapa kereta anda mati ketika meredah air banjir.

7) kalau Auto Transmission, masukkan ke gear Low, then redah air perlahan-lahan pada kelajuan yang sesuai.

8) Untuk maintain RPM Tinggi dengan kelajuan yang rendah (tak laju & terkawal) ketika redah air, bagi kereta Manual, main-main atau control Clutch kaki.. biasanya RPM tersebut pada gear 1 sudah mencukupi.
9) Untuk kereta Transmisi Auto, main-main dengan handbrake supaya anda dapat kawal kelajuan kereta ketika meredah air (PASTIKAN anda sentiasa tekan BUTANG release pada Handbrake, JANGAN lepas supaya brake anda tak Locked) Biasanya, jarak Optimum untuk praktis diatas ialah kurang dari 250 meter. Banjir Kilat biasanya kurang dari 50 meter.
Ada 2 lagi TIPS TAMBAHAN & PENTING :

10) pastikan laluan CLEAR dulu sebelum redah. Jika PERLU tunggu, maka TUNGGU. kang kalau kena slow ada org melintas atau kereta stop di hadapan, kita pun akan tersangkut sekali.

11) Lepas naik ke DARATan, UJI BREK ANDA.. kemungkinan besar brek tiada cengkaman sebab basah.. Cara nak keringkan, pandu perlahan-lahan (hadkan pada 10-15 kmj) sambil tekan pedal Minyak & Brek serentak. Ini bagi menghasilkan Kepanasan pada Brek supaya cepat kering & kembali mencengkam.

12) bila rasa dah ok sikit cengkaman, UJI BRAKE anda pada Kelajuan 20/25kmj. Uji berulang kali pada jarak 20-30 meter.

Ulang proses 2&3 sehingga dapat cengkaman memuaskan.

Anda rasa post ini bermanfaat?
Silakan LIKE & SHARE untuk manfaat rakan-rakan atau saudara mara anda yang lain!

Mungkin bagi anda dah tahu ilmu ni. tapi kongsilah dengan orang lain yang perlukan ilmu ini.

Kredit penulisan ini untuk owner asal.

Ilmu tayar!Tayar pun ada had kelajuan juga. Huruf di hujung adalah kelajuan maksimum tayar yang boleh dipandu.K: Kelajua...
17/11/2025

Ilmu tayar!

Tayar pun ada had kelajuan juga.

Huruf di hujung adalah kelajuan maksimum tayar yang boleh dipandu.

K: Kelajuan Maksimum 110km/j

L: Kelajuan Maksimum 120km/j

M: Kelajuan Maksimum 130km/j

N: Kelajuan Maksimum 140km/j

P: Kelajuan Maksimum 150km/j

Q: Kelajuan Maksimum 160km/j

R: Kelajuan Maksimum 170km/j

S: Kelajuan Maksimum 180km/j

T: Kelajuan Maksimum 190km/j

U: Kelajuan Maksimum 200km/j

H: Kelajuan Maksimum 210km/j

V: Kelajuan Maksimum 240km/j

W: Kelajuan Maksimum 270km/j

Y: Kelajuan Maksimum 300km/j

Kalau dah selalu pandu 300km/j, jangan la p**a beli tayar dengan huruf H di hujungnya.

Masih ada yang tak pasti lagi model CBU CKD ni apa jenis gearbox. CBU keluaran tahun 2020 kebawah, direct import China. ...
17/11/2025

Masih ada yang tak pasti lagi model CBU CKD ni apa jenis gearbox.

CBU keluaran tahun 2020 kebawah, direct import China. Pakai gearbox 6AT. 1.8cc. Saya galakkan tukar minyak gear setiap 30k-40k km/ 1tahun sekali kalau tak jalan sangat.

Ada juga varian AWD - Pastikan JANGAN LUPA TUKAR MINYAK AXLE. Setiap 80k-100k tukar atau 2thn sekali. Jika rosak part mahal nak mammpuihh.

CKD keluaran 2020 keatas pemasangan tempatan, pakai gearbox DCT dan digalakkan tukar awal lebih kurang 40k-50k km dan setiap 100k km tukar minyak HCA sekali. Bahasa mudah setiap 2x penukaran minyam gear jalan sekali dengan minyak HCA.

Kenali kereta anda. Jika tak pasti roger kami ✌

04/10/2025

JANGAN TERTIPU dan DITIPU LAGI.

1> Minyak hitam

Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik - mungkin 7,500 km atau 10,000 km.

2> Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5,000 km. Minyak Synthetic - 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3> Spark plug

20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.

4> Bateri kereta

18 bulan hingga 2 tahun, terp**ang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain p**ak ceritanya...tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L...begitu la citernya!

5> Timing belt

60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!

6> Clutch plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7> Fuel Filter

Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.

8> Air Filter

Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9> ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!

10> Gear Oil

Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11> Brake Fluid & Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12> Radiator Coolant

Sebotol Rm 15-20... selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai lah coolant, supaya enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13> Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada "crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa "3 bulan" "6 bulan" & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai "Preventive Maintenance"

14> Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!

15> Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16> Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.

17> Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.

18> Flush? kalau dalam buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000 km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.

19> Water pump

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

20> Spark plug

Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus - minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.

21> Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab s**a lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.

22> Brake pad

Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

23> Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

24> Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.

25> Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.

Ilmu.Ini antara point untuk buat jacking kereta bagi mengelakkan berlaku kerosakan pada chassis org badan kenderaan.
25/09/2025

Ilmu.

Ini antara point untuk buat jacking kereta bagi mengelakkan berlaku kerosakan pada chassis org badan kenderaan.

BNM baru umum satu sistem baru nama dia “Own Damage Knock-for-Knock” (OD-KFK). Maksudnya, kalau kita eksiden tapi kita b...
04/09/2025

BNM baru umum satu sistem baru nama dia “Own Damage Knock-for-Knock” (OD-KFK). Maksudnya, kalau kita eksiden tapi kita bukan salah, kita tak payah tunggu syarikat insurans orang yang langgar kita tu untuk bayar.

Sebaliknya, kita boleh terus claim dengan insurans kita sendiri, dan yang bestnya NCD (No Claim Discount) kita tak hilang. So, kita tak rugi diskaun walaupun kereta kita kena repair.

Katakanlah korang tengah drive lurus, tiba-tiba ada kereta potong masuk lane korang dan langgar. Polis sahkan memang salah dia. Dengan sistem lama, korang kena tunggu insurans dia settle, kadang-kadang makan masa berminggu.

Dengan sistem baru ni, korang boleh terus hantar kereta ke bengkel panel insurans korang, buat claim, dan insurans korang akan tuntut balik duit tu daripada insurans pihak yang salah. Jadi lebih cepat dan tak pening kepala.

Contohlah repair kereta korang RM10,000. Kalau ikut cara lama, kena tunggu insurans pihak salah bayar, mungkin makan masa lama.

Tapi dengan OD-KFK, insurans korang sendiri cover dulu RM10,000 tu, kereta siap cepat, dan bila renew insurans nanti NCD korang tetap kekal (contohnya diskaun 55% masih ada).

Jadi pemandu yang tak bersalah tak kena “double penalty” iaitu kereta rosak pun satu hal, diskaun insurans p**a hilang.

So apa pandangan korang tentang sistem baru ni?

"From visionaries to legends — these pioneers built the foundations of Japan’s automotive empire." 🚗✨🇯🇵                 ...
31/08/2025

"From visionaries to legends — these pioneers built the foundations of Japan’s automotive empire." 🚗✨🇯🇵

Address

Cheras
Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 10:00 - 19:00
Tuesday 10:00 - 19:00
Wednesday 10:00 - 19:00
Thursday 10:00 - 19:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 19:00

Telephone

0129649596

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when I'M CAR DOC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share