Budget Premium Chauffeurs Malaysia

Budget Premium Chauffeurs Malaysia We provide a budget to premium chauffeur-driven car service in Kuala Lumpur, Malaysia. Belia berintegriti, berilmu & berakhlak bakal pengemudi Negara berjaya.

Our tour and travel services cover the areas below:

Airport Transfer (KLIA/KLIA 2)
Genting Highland
Cameron Highland
KL City
Melaka City
Penang City
Singapore
Hat Yai Pemimpin berkaliber, pencetus revolusi. Kepimpinan melalui tauladan. Belia yang berani, ayuh bersama saya perjuangkan hak-hak Perlembagaan Malaysia dan jangan biar Negara kita dijajah secara diam.

25/09/2021

π™‚π™€π™π˜Όπ™‰ π™†π™ƒπ˜Όπ™Ž π™‹π™π™„π™ƒπ˜Όπ™π™„π™‰ (𝙂𝙆𝙋) 𝙫𝙨 π˜½π˜Όπ™‰π™π™π˜Όπ™‰ π™†π™ƒπ˜Όπ™Ž π˜Ύπ™Šπ™‘π™„π˜Ώ (π˜½π™†π˜Ύ)

KENYATAAN MEDIA WIRANITA PUTRA NEGERI MELAKA

25 Septembet 2021

1. Kerajaan Malaysia telah meluluskan bantuan GKP 1.0 bermula pada Mac 2020, GKP 2.0 pada Nov 2020, GKP 3.0 pada Jun 2021 dan GKP 4.0 pada Sept 2021. Bermula pada tahun 2021,
penerima GKP adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Kerajaan telah mengumumkan bantuan terbaru pada awal tahun 2021 iaitu Bantuan Khas Covid (BKC). Kerajaan juga telah menyatakan yang penerima GKP ADALAH TIDAK LAYAK untuk menerima bantuan BKC.

2. Pihak Kementerian Kewangan menyatakan sesiapa sahaja penerima GKP jika ingin memohon BPR & BKC harus memulangkan semula semua duit bantuan yang telah disalurkan sebelum ini. BKC bermaksud Bantuan Khas Covid yang harus disalurkan kepada semua rakyat yang terkesan akibat pendemik semasa Covid19 tanpa mengira latar belakang penerima bantuan. Kerajaan juga memutuskan tiada rayuan untuk BKC.

3. Rata-rata latar belakang penerima GKP adalah peniaga-peniaga, pengusaha kecil-kecilan yang mempunyai pendaftaran SSM Enterprise sahaja, yang mana pendapatan mereka hanya bergantung kepada jualan harian. Perniagaan/jualan mereka lama terhenti akibat dari arahan pihak Kerajaan yang menyatakan golongan peniaga tersebut tidak dibenarkan untuk beroperasi dalam tempoh yang panjang. Keseluruhan peniaga tersebut, memang mengharapkan bantuan kerajaan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup dan meneruskan perniagaan. Rata-rata mereka adalah dari golongan B40. Ramai peniaga seluruh Malaysia telah terpaksa menutup perniagaan mereka akibat dari pendemik semasa. Ditambah p**a Kerajaan telah menetapkan undang-undang yang menyatakan penerima GKP ADALAH TIDAK LAYAK untuk menerima BPR &
BKC.

4. Di manakah keadilan untuk penerima GKP jika kerajaan menyisihkan dan mengasingkan bantuan-bantuan tersebut dan kenapa mesti dianaktirikan diantara penerima GKP vs BKC?
Adakah kerajaan beranggapan yang bantuan GKP sudah cukup banyak hingga boleh memulihkan ekonomi peniaga-peniaga tersebut??

5. Penerima BPR layak menerima BKC. Adakah mereka sahaja mangsa Covid?? Mengapa penerima GKP tidak layak menerima BKC? Adakah mereka kebal Covid? Jika dinilaikan dan ditaksirkan semula, jumlah (RM) penerima BPR 2021 ditambah dengan BKC 2021 adalah lebih banyak tunai dari penerima GKP 2021. Kerajaan menilai atau memandang jumlah bantuan penerima GKP dari 1.0, Mac 2020 hingga terkini yang sememangnya akan menampakkan 1 jumlah yang besar, sedangkan Kerajaan hanya mengumumkan bantuan BKC pada awal tahun 2021 dan mula disalurkan pada awal Sept 2021.

6. Ramai penerima GKP yang tidak berpuas hati dengan pengumuman Kementerian Kewangan mengenai pengasingan bantuan-bantuan tersebut. Penerima GKP adalah peniaga yang berpendapatan harian yang hanya bergantung kepada keluar masuknya tunai secara harian.

Mereka adalah golongan rakyat yang sebenarnya sangat terkesan akibat pendemik semasa memandangkan mereka tiada punca pendapatan selain dari perniagaan kecilan mereka.
PERSOALANNYA SEKARANG β€œ KENAPA MESTI KERAJAAN (KEMENTERIAN KEWANGAN) MENGASINGKAN BANTUAN BKC DARI PENERIMA GKP? ”

7. Wiranita PUTRA tegas dan akan terus bersuara demi menjamin kepentingan dan suara rakyat dibela dan didahulukan.

8. Wiranita PUTRA menyeru kepada Kerajaan (Kementerian Kewangan) supaya mendengar dan mengkaji semula tentang Bantuan Khas Covid (BKC) untuk penerima Geran Khas Prihatin (GKP) supaya diberi hak sama rata.

Laila Norinda binti Maon
Exco Wiranita PUTRA Malaysia & Ketua Wiranita PUTRA Negeri Melaka

π™‹π™π™π™π˜Ό π™‚π™€π™Žπ˜Ό π™Žπ™‹π™π™ˆ π™Žπ™„π˜Όπ™Žπ˜Όπ™ π™„π™Žπ™ π™…π˜Όπ™‡π˜Όπ™‰ 𝙋𝙀𝙀𝙇, π˜Ώπ™€π™Žπ˜Όπ™† π˜½π™€π™†π˜Όπ™Ž π™ˆπ™€π™‰π™π™€π™π™„ π™’π™„π™‡π˜Όπ™”π˜Όπ™ƒ π˜½π™€π™π™„ π™‹π™€π™‰π™…π™€π™‡π˜Όπ™Žπ˜Όπ™‰KENYATAAN MEDIA PENGERUSI PERHUBUNGAN ...
25/09/2021

π™‹π™π™π™π˜Ό π™‚π™€π™Žπ˜Ό π™Žπ™‹π™π™ˆ π™Žπ™„π˜Όπ™Žπ˜Όπ™ π™„π™Žπ™ π™…π˜Όπ™‡π˜Όπ™‰ 𝙋𝙀𝙀𝙇, π˜Ώπ™€π™Žπ˜Όπ™† π˜½π™€π™†π˜Όπ™Ž π™ˆπ™€π™‰π™π™€π™π™„ π™’π™„π™‡π˜Όπ™”π˜Όπ™ƒ π˜½π™€π™π™„ π™‹π™€π™‰π™…π™€π™‡π˜Όπ™Žπ˜Όπ™‰

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI PERHUBUNGAN PUTRA WILAYAH PERSEKUTUAN

25 September 2021

PUTRA Wilayah Persekutuan terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan oleh YB Khalid Samad dalam portal berita Malaysia Dateline berkenaan pemberian hak pembangunan tanah di Jalan Peel seluas 2.9 ekar kepada syarikat yang didakwa salah seorang pengarahnya bukan sahaja merupakan seorang jiran malah merupakan anak kepada kakak Tan Sri Annuar Musa yang pada ketika itu merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.

Terbaru p**a adalah penafian tentang beliau langsung tidak tahu menahu akan kewujudan nama individu yang beliau kenali dalam syarikat tersebut. Walaupun secara logik ini adalah satu kenyataan lepas tangan, tetapi ia masih merupakan satu dakwaan salah laku yang berat dan perlu diambil tindakan.

Syarikat yang didakwa juga dikatakan hanya mempunyai modal berbayar RM100 sahaja tetapi diberi hak membina 2.9 ekar bersamaan 126,324 kaki persegi yang jika nilai harga sekurang-kurangnya RM300 sekaki persegi, anggaran nilainya adalah melebihi RM37 juta. Bagaimana keputusan berikut boleh dibuat melainkan ada campur tangan pihak tertentu untuk memberi hak kebenaran membangun tersebut.

Justeru PUTRA Wilayah Persekutuan menggesa Menteri Wilayah Persekutuan kini dan bekas Menteri Wilayah iaitu Tan Sri Annuar Musa sendiri untuk tampil beri penjelasan berkenaan isu ini secara serius.

PUTRA Wilayah Persekutuan juga menggesa SPRM tidak berdiam diri dan perlu membuat siasatan segera berhubung kes ini. Integriti seorang pemimpin dilihat daripada setiap keputusan dan tindakan yang telah dilakukan, bukan dengan mengabaikan dan lari daripada sebarang dakwaan. Mereka yang terlibat perlu bertanggungjawab dan disiasat secara menyeluruh tanpa ada pilih kasih walaupun mereka itu bertaraf menteri.

Kenyataan ini dibuat sejurus selepas Mesyuarat Perhubungan PUTRA Wilayah Persekutuan Bilangan ke-5 di ibu pejabat PUTRA di Kuala Lumpur. PUTRA Wilayah telah menerima dua lagi sijil kebenaran menubuh bahagian daripada Pendaftar Pertubuhan ROS dan Pengerusi Perhubungan Negeri telah menyerahkan kepada Dato' Kamarul Airi Bin Arifin selaku Ketua Bahagian PUTRA Bahagian Setiawangsa dan Puan Ros Hanita Binti Mohd Basir selaku Ketua Bahagian PUTRA Wangsa Maju yang juga Ketua Wiranita PUTRA Malaysia. Dengan penyerahan ini maka telah wujud 9 daripada 12 bahagian bagi Wilayah Persekutuan tidak termasuk Labuan iaitu Putrajaya, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segambut, Batu, Bandar Tun Razak dan Cheras.

Sekian.

Datuk Dr. Haji Aziz Jamaluddin Mhd Tahir
Pengerusi Perhubungan PUTRA Wilayah Persekutuan

Baca berita selanjutnya di;
https://www.editormalaysia.com/24267/

π™Žπ™‹π™π™ˆ π™„π˜½π˜Όπ™π˜Όπ™ π™‹π˜Όπ™‚π˜Όπ™ π™ˆπ˜Όπ™†π˜Όπ™‰ π™‹π˜Όπ˜Ώπ™„, π™†π™€π™π™π˜Ό π™‹π™€π™Žπ™π™π™π™ƒπ™…π˜Όπ™”π˜Ό π™Žπ™‹π™π™ˆ π™…π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰ π˜½π™€π™π˜Ώπ™„π˜Όπ™ˆ π˜Ώπ™„π™π™„, 𝙋𝙀𝙍𝙇𝙐 π˜½π™€π™π™π˜Όπ™‰π™‚π™‚π™π™‰π™‚π™…π˜Όπ™’π˜Όπ˜½ π™Žπ™€π™‹π™€π™‰π™π™ƒπ™‰π™”π˜ΌKENYATAAN MED...
21/09/2021

π™Žπ™‹π™π™ˆ π™„π˜½π˜Όπ™π˜Όπ™ π™‹π˜Όπ™‚π˜Όπ™ π™ˆπ˜Όπ™†π˜Όπ™‰ π™‹π˜Όπ˜Ώπ™„, π™†π™€π™π™π˜Ό π™‹π™€π™Žπ™π™π™π™ƒπ™…π˜Όπ™”π˜Ό π™Žπ™‹π™π™ˆ π™…π˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™‰ π˜½π™€π™π˜Ώπ™„π˜Όπ™ˆ π˜Ώπ™„π™π™„, 𝙋𝙀𝙍𝙇𝙐 π˜½π™€π™π™π˜Όπ™‰π™‚π™‚π™π™‰π™‚π™…π˜Όπ™’π˜Όπ˜½ π™Žπ™€π™‹π™€π™‰π™π™ƒπ™‰π™”π˜Ό

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA

Pautan berita di; https://www.editormalaysia.com/24172/

21 September 2021

1. Rakyat amat terkejut dan tergamam kerana rupa-rupanya SPRM ibarat kata pepatah iaitu "harapkan pagar, pagar makan padi". Kenyataan-kenyataan daripada SPRM rupanya indah khabar dari rupa, umpama "kata dulang paku serpih."

Inilah perumpamaan yang sesuai untuk menjelaskan mengenai berita yang mengejutkan negara di mana tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan kerana terlibat dalam perbuatan salah guna kuasa, penyelewengan serta pemalsuan wang yang merupakan barang kes milik kerajaan.

2. Permasalahan pegawai sendiri di agensi tidak ada integriti dan diberi perhatian, bagaimana hendak bergantung harap untuk menyiasat dan menyelesaikan masalah rasuah dan salah guna kuasa dalam negara?

3. Adakah SPRM yang kredibilitinya makin terhakis berada di tangan yang selamat? Di tangan pemimpin yang bersih dan bermoral?

Wang berjumlah AS$6 juta yang dipercayai milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul itu dirampas apabila SPRM telah menggeledah sebuah unit kondominium di Cyberjaya pada bulan Ogos 2018.

4. Sekiranya benar SPRM tidak akan berkompromi dengan atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah seperti yang ternyata dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh agensi itu, mengapakah Ketua Pesuruhjaynya, Datuk Seri Azam Baki tidak mendedahkan perkara tersebut kepada media apabila mengetahui penglibatan pegawainya dalam perbuatan sedemikian secepat mungkin? Apakah kerana SOP penyiasatan atau ada hal lain yang Allah sahaja maha mengetahui?

5. Malahan boleh menimbulkan persepsi buruk serta berbagai spekulasi terhadap KP SPRM Datuk Seri Azam Baki seolah-olah cuba menyembunyikan serta melindungi perbuatan tiga pegawainya itu daripada pengetahuan umum sehingga hanya membuat keputusan untuk mengeluarkan satu kenyataan akhbar selepas didedahkan kejadian tidak bermoral pegawai-pegawainya oleh sebuah blog. Persoalan yang timbul ini adalah tidak baik bagi menjaga integriti SPRM yang bukan sahaja mesti telus tapi sentiasa dilihat bersih sebagai badan pencegah kepada amalan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

6. Antara satu lagi pertanyaan yang perlu segera dijawab oleh KP SPRM adalah kenapa kes pemalsuan wang disiasat oleh SPRM sendiri? Di bawah akta apa walhal SPRM tidak ada sebarang kuasa untuk menyiasat kes pemalsuan wang. Pertanyaan ini juga telah ditimbulkan oleh YB Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo di Parlimen semasa membahas ucapan titah DiRaja.

7. Ini adalah satu dakwaan yang amat serius yang perlu dijawab oleh SPRM dan bukan sekadar sahkan tangkapan yang dilakukan dengan mengeluarkan kenyataan media ibarat sekadar melepaskan batuk di tangga agar boleh mengaburi mata rakyat jika tidak dibuat secara telus.

8. SPRM merupakan sebuah agensi yang disanjung tinggi pada satu ketika dahulu tetapi kini kredibiliti serta ketelusan agensi tersebut serta pucuk kepimpinannya menjadi tanda soal. Kepada siapa lagi masyarakat boleh percaya kalau sebuah agensi seperti SPRM sendiri dituduh cuba menyembunyikan perkara sedemikian jika tidak bertindak secara telus dan diyakini masyarakat?

9. Walhal, umum mengetahui semua kes yang disiasat oleh SPRM walau sekecil manapun ia akan didedahkan kepada media dan pengetahuan masyarakat, tetapi apabila melibatkan pegawai sendiri kenapa pihak KP SPRM seolah-olah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri?

10. Ini bukan kes pertama melibatkan kelemahan dan kelalaian kepimpinan SPRM di semua peringkat. Pada bulan Oktober 2020 tahun lalu, suspek utama kes Macau Scam berjaya memboloskan diri kononnya dengan cara memanjat pagar Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

11. KP SPRM perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian-kejadian ini dan masyarakat wajar mengetahui perkara sebenar bagi mengelak tuduhan pihak-pihak tertentu bahawa ada tali barut dalam SPRM yang bersekongkol untuk menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan umum.

Dua peristiwa buruk yang berlaku dalam SPRM menuntut agar SPRM perlu segera dirombak dan disiasat ke akar umbi dengan melantik dan menentukan kepimpinan dan kakitangan SPRM semua peringkat dari atas sampai ke bawah agar benar-benar bersih dan berintegriti tinggi.

12. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri juga perlu mengambil tindakan segera membersihkan SPRM supaya SPRM yang patut menangkap pencuri rasuah dan salah guna kuasa tidak dimomok oleh masyarakat ibarat "pencuri mahu tangkap pencuri".

Pelbagai jawatankuasa telah ditubuh untuk memantau dan menasihati perjalanan SPRM oleh Parlimen dan tokoh-tokoh ternama yang dilantik, tetapi dengan kes ini semua pihak turut tercemar ibarat kata ayam berkokok tetapi tidak bertelur.

13. Polis DiRaja Malaysia Jabatan Jenayah Bukit Aman wajib segera bertindak dan memyiasat isu kehilangan wang AS$6 juta di SPRM kerana ia sudah menjadi pengetahuan umum dan sudah berbangkit di Dewan Rakyat.

Wira PUTRA Malaysia juga membuat laporan polis mengenai isu ini supaya ia tidak berlalu begitu saja demi keluhuran undang-undang dan kepentingan negara.

Terima kasih.

PUTRA PERKASA NEGARA

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden PUTRA

Baca berita selanjutnya di;
https://www.editormalaysia.com/24172/

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA 21 September 2021 1. Rakyat amat terkejut dan tergamam kerana rupa-rupanya SPRM ibarat kata pepatah iaitu

((πŸ”΄)) Saksikan Siaran Langsung FB Live bersama DATO PADUKA DR. IBRAHIM ALI (Tok Him), Presiden Parti PUTRA & NGO PERKASA...
20/09/2021

((πŸ”΄)) Saksikan Siaran Langsung FB Live bersama DATO PADUKA DR. IBRAHIM ALI (Tok Him), Presiden Parti PUTRA & NGO PERKASA secara EKSKLUSIF akan mengupas topik MOU PH DAN KELUARGA 69 dalam segmen "Apa Kata Dahlan" pada ketetapan berikut:

Tarikh: 22 Sept 2021 (Rabu)
Masa: 9.00 Malam
Channel: PVC TV (Facebook & YouTube)

Beliau akan bersama DATO DAHLAN MAAMOR selaku moderator akan mengutarakan pendapat dan membuat percambahan minda berkenaan topik dan keadaan politik negara semasa.

Jangan lepaskan peluang dan set dijadual masing-masing πŸ‘πŸΌ

Link Channel YouTube πŸ‘‡πŸΌ
https://youtube.com/c/PVCTVMalaysia

Link Channel Facebook πŸ‘‡πŸΌ
https://www.facebook.com/pvctvmalaysia/

Walaupun ada usul itu baik dan bakal membantu memacu menjana ekonomi dan fiskal Malaysia selepas terkesan oleh pandemik ...
20/09/2021

Walaupun ada usul itu baik dan bakal membantu memacu menjana ekonomi dan fiskal Malaysia selepas terkesan oleh pandemik Covid-19 namun ada juga usul kurang sesuai atau lebih berpihak kepada golongan T20 berbanding B40 dan M40.

Menjana ekonomi dan fiskal Malaysia selepas terkesan oleh pandemik Covid-19, namun ada juga usul kurang sesuai atau lebih berpihak kepada golongan T20 berbanding B40 dan M40.

Address

Jalan Datuk Haji Eusoff
Kuala Lumpur
50400

Telephone

+60132120704

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Budget Premium Chauffeurs Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Budget Premium Chauffeurs Malaysia:

Share