16/07/2018
KELAB BOLASEPAK JDT AKAN MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN BESAR-BESARAN BAGI MERAIKAN KEJAYAAN MENJUARAI LIGA SUPER MALAYSIA KALI KELIMA BERTURUT-TURUT
Satu majlis sambutan besar-besaran bagi meraikan kemenangan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sempena kejayaan menjuarai Liga Super Malaysia kali kelima berturut-turut akan diadakan pada 20hb Julai 2018 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor.
Pada hari tersebut, para penyokong berpeluang untuk;
• mendapatkan tiket percuma menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2018 antara JDT dan Kelantan.
• menyaksikan persembahan konsert yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
• menghadiri jamuan makan yang diadakan secara terbuka di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
• meletak kenderaan di lokasi-lokasi yang disediakan perkhidmatan bus ‘shuttle’ JDT untuk ke stadium dan Dataran Bandaraya Johor Bahru.
• menyaksikan para pemain, pegawai serta barisan kejurulatihan JDT dibawa berarak bersama piala menaiki bas khas dan akan melalui laluan dari Stadium Larkin menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru.
• melihat pemain menjulang piala di pentas rekaan khas di Dataran Bandaraya Johor Bahru yang berbeza dari sambutan sebelum-sebelum ini.
• bersama-sama menyaksikan pertunjukan bunga api besar-besaran di Dataran Bandaraya Johor Bahru meraikan kejayaan JDT.
———
JDT FC TO HAVE BIG CELEBRATION TO CELEBRATE WINNING MALAYSIAN SUPER LEAGUE FOR THE FIFTH CONSECUTIVE TIME
A big celebration to celebrate Johor Darul Ta'zim FC's success in winning the Malaysian Super League for the fifth consecutive time will be held on 20th July 2018 at Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor.
On that day, fans will have chances to;
• get free tickets to watch the unifi Liga Super Malaysia 2018 match between JDT and Kelantan.
• watch a concert at Dataran Bandaraya Johor Bahru.
• attend an open feast at Dataran Bandaraya Johor Bahru.
• park their vehicles at selected locations for a JDT shuttle bus service to the stadium and Dataran Bandaraya Johor Bahru.
• watch JDT players, officials and coaches paraded with the trophy on a special bus from the Larkin Stadium to Dataran Bandaraya Johor Bahru.
• watch the players lift the trophy on a special stage, which is different from previous celebrations at Dataran Bandaraya Johor Bahru.
• enjoy watching a huge fireworks display together at Dataran Bandaraya Johor Bahru to celebrate JDT's success.
Hidup Johor Demi Johor