08/12/2024
PENAPIS AIR
Penapis air ini sangat besar peranannya bagi para penghuni kawasan Madrasah RTMS. Dengannya, penghuni madrasah mendapat bekalan air bersih untuk diminum.
Alhamdulillah, di Madrasah RTMS pihak pengurusan telah menyediakan 3 buah penapis air yang terletak di beberapa kawasan berbeza hasil sumbangan para penginfak.
Penapis air pertama terletak di dalam dapur utama Madrasah RTMS. Penapis air inilah yang paling awal dan paling lama berkhidmat di Madrasah RTMS berbanding penapis air yang lain. Manakala penapis air kedua diletakkan di beranda surau berhampiran ruang solat para muslimin. Penapis ini sememangnya dikhaskan untuk kegunaan pelajar lelaki sahaja. Sementara penapis air ketiga p**a lokasinya di hadapan kediaman staf yang paling lama berkhidmat di Madrasah RTMS iaitu, di ruang legar kediaman ustaz Faiz, berhampiran dengan kediaman pelajar muslimat dan ia khusus untuk pelajar wanita.
Begitulah pihak pengurusan menitikberatkan kebajikan para pelajar sehingga hal penapis air juga turut diberi perhatian. Sehingga kini pihak pengurusan masih menampung bayaran servis penapis-penapis air ini sekali gus mengganti peralatan yang perlu jika disyorkan oleh ahli servis. Begitu, agar ia terus dapat dimanfaatkan oleh para penghuni madrasah, in syaa Allah.
Pun, setiap kali air dari jabatan air dihentikan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan sebagainya, khidmat penapis air yang ada juga akan turut tergendala kerana pengeluaran airnya bergantung kepada tekanan air dari jabatan air daerah ini.
Untuk memudahkan perjalanan ke lokasi madrasah kami, sila klik pautan berikut:- Muslim dan muslimat yang berhajat untuk berinfaq, bolehlah langsung ke madrasah mengikut lokasi di bawah,MRTMS Ranau ;https://maps.app.goo.gl/xVdAuPfAArqVJokt8
Cawangan MRTMS Kota Marudu;https://maps.app.goo.gl/K6zd6EndboBxmaxR6
Bagi tujuan infaq sila klik pautan ini
https://madrasahrtms.com/sumbangan-untuk-membiayai.../
-Khaulah al-Azwar-