UPKO Caw. Mensiang & Menggatal

UPKO Caw. Mensiang & Menggatal UPKO Cawangan Menggatal/Mensiang ditubuhkan untuk satukan rakyat dan memacu pembangunan setempat.

Selamat Hari Lahir Ketua Cawangan En Achmad Noorasyrul Bin Noortaip.Semoga terus sihat dan bahagia Ikhlas dariSeluruh Wa...
13/08/2026

Selamat Hari Lahir Ketua Cawangan En Achmad Noorasyrul Bin Noortaip.

Semoga terus sihat dan bahagia

Ikhlas dari

Seluruh Warga UPKO Cawangan Menggatal / Mensiang

05/08/2026

Mesyuarat Pra Penyelarasan Karnival Mini Usahawan Inanam

Hari ini bersama Ketua Bahagian UPKO Sepanggar, YBhg. Datuk Wong Thien F**k serta ahli-ahli jawatankuasa bagi mengadakan mesyuarat pra penyelarasan sebagai persediaan pe.nganjuran Karnival Mini Usahawan Inanam, yang dijangka diadakan buat julung kalinya pada penghujung Oktober 2026.

Karnival ini bertujuan menjadi platform untuk menghimpunkan usahawan tempatan, penjaja, peniaga kecil serta perusahaan mikro di sekitar Sepanggar dan Inanam agar dapat mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka, di samping membuka lebih banyak peluang jaringan perniagaan, pemasaran dan pembangunan keusahawanan.

Melalui penganjuran ini juga, kita menyasarkan penyertaan lebih ramai usahawan dari seluruh kawasan Sepanggar bagi merebut peluang memperluaskan pasaran, meningkatkan pendapatan serta mengukuhkan ekosistem keusahawanan tempatan.

Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, semoga segala perancangan dipermudahkan dan Karnival Mini Usahawan Inanam ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat kepada komuniti dan para usahawan.

Ini selaras dengan Aspirasi dan Wawasan Sabah First, YB Datuk Presiden Ewon Benedick mahu merancakkan Pembangunan Keusahawanan di Sabah

Achmad Noorasyrul Noortaip
Pegawai Penerangan
UPKO Sepanggar

Ketua Cawangan Menggatal / Mensiang


Bersama Ketua Bahagian, Menyantuni KomunitiMenggatal | SepanggarSebagai sebuah parti yang sentiasa mendekati rakyat, UPK...
02/08/2026

Bersama Ketua Bahagian, Menyantuni Komuniti

Menggatal | Sepanggar

Sebagai sebuah parti yang sentiasa mendekati rakyat, UPKO Bahagian Sepanggar terus menzahirkan keprihatinan terhadap masyarakat melalui program ziarah kasih kepada keluarga-keluarga yang sedang diuji dengan kehilangan insan tersayang.

Diketuai oleh YBhg. Datuk Wong Thien F**k, Ketua Bahagian UPKO Sepanggar, rombongan telah mengadakan ziarah ke tiga lokasi, iaitu ke kediaman keluarga mendiang Riset Lammas, mantan Ketua Kampung Kg. Mensiang, Menggatal; keluarga mendiang Joannes Lidaun di Tiong Hua Funeral Parlor; serta keluarga mendiang Wail Jipain, mantan Ketua Kampung Kg. Bantayan, Inanam.

Turut serta dalam ziarah ini ialah Ketua Pemuda UPKO Sepanggar, Saudara JQ Zeno, Pegawai Penerangan UPKO Bahagian Sepanggar, Saudara Achmad Noorasyrul Noortaip (Captain Chazy) serta Setiausaha Penganjur UPKO Bahagian Sepanggar, Saudara Joey James.

Ziarah ini merupakan tanda sokongan dan solidariti kepada keluarga yang sedang berdukacita. Walaupun kehadiran tidak mampu menghapuskan kesedihan yang dirasai, ia diharap dapat memberikan sedikit kekuatan, semangat serta menunjukkan bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi saat yang sukar ini.

UPKO Bahagian Sepanggar percaya bahawa perjuangan politik bukan sekadar memperjuangkan dasar dan pembangunan, tetapi juga menitikberatkan nilai kemanusiaan, kebajikan dan kebersamaan dengan masyarakat. Budaya turun padang dan menyantuni rakyat akan terus diperkukuhkan sebagai sebahagian daripada komitmen parti dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan ini, serta semoga semua mendiang beristirahat dengan aman dan damai di sisi Tuhan.




Salam Hari Lahir YB Datuk Ewon Benedick, Presiden UPKO Malaysia.
01/08/2026

Salam Hari Lahir YB Datuk Ewon Benedick, Presiden UPKO Malaysia.




Terima Kasih Datuk Presiden dan Ketua Bahagian sudi bergambar bersama.
30/06/2026

Terima Kasih Datuk Presiden dan Ketua Bahagian sudi bergambar bersama.

Penyerahan Sumbangan Tunai bernilai RM1,000.00 daripada YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Pemb...
21/06/2026

Penyerahan Sumbangan Tunai bernilai RM1,000.00 daripada YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan kepada Timbalan Pengerusi KRT Mansiang En. Andrew bagi Perayaan Pesta Kaamatan yang akan diadakan pada 28hb Jun 2026 nanti.

UPKO Cawangan Menggatal / Mansiang juga menyumbang 100 tiket cabutan bertuah untuk menyokong program tersebut yang diserahkan sendiri oleh Ketua Cawangan En. Achmad Noorasyrul Bin Noortaip bersama barisan AJK Cawangan.

Semoga ada manfaatnya.


Alhamdulillah selesai Mesyuarat Khas UPKO Caw. Mensiang & Menggatal yang mana kita sedang memperkasakan matlamat kita da...
03/06/2026

Alhamdulillah selesai Mesyuarat Khas UPKO Caw. Mensiang & Menggatal yang mana kita sedang memperkasakan matlamat kita dan meluruskan halatuju dalam mengembangkan kepimpinan rakyat bermula dari sekecil Cawangan.

Terima kasih barisan Ahli Jawatankuasa kita yang baharu, sama-sama kita mentapkan platform kita. Semoga asbab ini dapat membantu warga setempat kelak.

Kita masih perlu lebih ramai penyertaan barisan anak-anak muda yang ingin sertai pasukan kita.

Percaya pada Proses.

Terima kasih sekali lagi pada team kita yang sangat komited sanggup hadir walaupun hanya perjumpaan Cawangan. Ternyata semua sedia bermula bergerak dari Bawah dan berkembang bersama.


Selamat Hari Belia, Belia Pelapis Kepimpinan Negara!Belia hari ini adalah wajah masa depan Menggatal dan Kg. Mensiang. S...
16/05/2026

Selamat Hari Belia, Belia Pelapis Kepimpinan Negara!

Belia hari ini adalah wajah masa depan Menggatal dan Kg. Mensiang. Semangat, kreativiti dan keberanian anak muda perlu terus diperkasa agar kawasan ini terus berkembang dengan idea baharu, perpaduan yang kukuh serta pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Kita mahu melihat lebih ramai belia tampil sebagai pemimpin komuniti, usahawan, tenaga profesional dan penggerak masyarakat yang membawa perubahan positif untuk Sabah.

Dengan semangat Sabah First, kita bina generasi muda yang bukan hanya berani bermimpi, tetapi mampu mencipta masa depan yang lebih baik untuk Menggatal, Kg. Mensiang dan Sabah secara keseluruhannya.



Address

Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 07:00 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 07:00 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 07:00 - 17:30

Telephone

+60162802997

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPKO Caw. Mensiang & Menggatal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UPKO Caw. Mensiang & Menggatal:

Shortcuts

Share