Jabal Maraqy Sdn Bhd

Jabal Maraqy Sdn Bhd Penerbit & Pengedar Buku-buku Agama

Profail Penterjemah

Nama : Hj Abdul Ghani bin Muhamad
Nama pena : Abdul Ghani Jabal Maraqy

Kelulusan :
• Sarjana Muda Bahasa Arab & Tamadun Islam UKM
• Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya
• Diploma Pendidikan Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya
• Empat Thanawi Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan

Pengalaman :
• Pegawai Penerangan (Pengelola) Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian

Penerangan Malaysia
• Guru agama di sekolah menengah kerajaan selama 31 tahun
• Penceramah Motivasi
• Pendakwah sukarela
• Mengajar agama dan menyampai tazkirah di madrasah dan surau

Menterjemah kitab-kitab :
• Munyatul Musolli & Bahjah Mardhiah (edisi rumi & jawi)
• Penawar Hati (edisi rumi & jawi)
• Matan Ajrumiah (edisi rumi & jawi)
• Kitab Faridatul Faraid - Mutiara Ilmu Aqidah (edisi rumi & jawi)
• Wishah Afrah (edisi rumi & jawi)
• Hidayah Salikin (edisi rumi & jawi)
• Syarah Hikam Jilid 1 & 2 (edisi rumi & jawi)
• Bidayah Mubtadi (edisi rumi & jawi)
• Kitab Ta'alim Muta'alim - Panduan Belajar Menurut Kaedah Islam
(edisi rumi & jawi)
• Fadhilat Amalan Berdasarkan Hadis (edisi rumi)
• Bimbingan Sembahyang Istikharah, Hajat, Jenazah & Bacaan Yasin, Tahlil
dan Doa (edisi rumi)
• Matan Bina (edisi arab)
• Tadhihat Jaliyyah (edisi arab)
• Sirajul Qari (edisi rumi & jawi)

Coming soon!40 Hadith Nawawi & 40 Hadith Qudsi Edisi Rumi
05/09/2023

Coming soon!
40 Hadith Nawawi & 40 Hadith Qudsi Edisi Rumi

17/06/2023

Al-yawaqit Wal Jawahir Fi Uqubat Ahlil- Kabaair **MEMBICARAKAN DOSA-DOSA BESAR*** Oleh: Syeikh Abdul Wahab As-Sya'rani Diterjemahkan oleh: Ust Abdul Ghani Bin Muhammad (Jabal Maraqy Sdn BHd) - Buy Al-yawaqit Wal Jawahir | versi Rumi & Jawi | Buku agama

17/06/2023

Ini adalah sebuah kitab kecil mengenai hak-hak dan tanggungjawab suami dan isteri yang dihimpunkan oleh Syeikh Muhammad Nawawi al-Jaawi, iaitu Abu Abdullah atau Abu Al-Mu’thi Muhammad bin Umar Nawawi al-Jaawi al-Bintaani at-Tanaari al-Misriyi, al-Makkii as-Syaaf’ii as-Sufii, sebagai peringatan b...

17/06/2023

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Kitab “Minhaj Al-‘Abidin” adalah sebuah kitab tasawuf di peringkat pertengahan, karya Imam Al-Ghazali Al-Thousi. Nama asalnya ialah “مِنْهَاجُ الْعَابِدِينَ إِلَى جَنَّةِ رَبِّ ال...

17/06/2023

Membicarakan ilmu tasawuf peringkat permulaan Nama asalnya ialah “Penawar Bagi Hati” yang dihimpunkannya oleh: Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Mutalib al-Indonesiyi al-Mandili, di tanah suci Mekah pada tanggal 7 Rejab, 1378 Hijriah. Kitab ini diubahsuai/diadaptasikan supaya lebih mudah dipelajari d...

17/06/2023

Kitab ini dikarang oleh Syeikh Muhammad Mahmud An-Najjar yang berpengalaman luas dalam mendidik anak-anak dalam pengajian Al-Quran. Ia datang dalam bentuk soal jawab mengenai hukum-hukum tajwid sesuai dipelajari oleh anak-anak di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. - Buy Hidayah Al-Mustafi...

17/06/2023

Kitab ini adalah sebuah kitab yang ringkas yang dikarang oleh Asy-Syeikh Salim Bin Sumair berdasarkan mazhab Imam Asy-Syafi’i RAT, ia bermanfaat untuk masyarakat umum terutama bagi para pelajar di peringkat permulaan. Dalam kitab ini tidak dimasukkan Hadis-hadis. Ia cuma ringkasan pengarang tentan...

Coming soon!Kitab “Minhaj Al-‘Abidin” adalah sebuah kitab tasawuf di peringkat pertengahan, karya Imam Al-Ghazali Al-Thu...
03/07/2022

Coming soon!
Kitab “Minhaj Al-‘Abidin” adalah sebuah kitab tasawuf di peringkat pertengahan, karya Imam Al-Ghazali Al-Thusi. Nama asalnya ialah “مِنْهَاجُ الْعَابِدِينَ إِلَى جَنَّةِ رَبِّ الْعَالَمِينَ” [Minhaj Al-’Abidin ila Jannah Rabbil ‘Alamin] (Jalan Nyata Bagi Ahli-Ahli Ibadah ke Syurga Tuhan Rabb Al-‘Alamin). Kitab ini membicarakan jalan-jalan yang mesti ditempuhi oleh ahli-ahli ibadah untuk sampai ke syurga Tuhan Rabb Al-Alamin. Jalan-jalan yang akan dilalui oleh ahli-ahli ibadah itu diumpamakan sebagai liku-liku pendakian di pergunungan dengan berbagai cabaran, kesulitan dan kecelakaan. Beliau menamakannya sebagai ‘aqabah-‘aqabah. Dan seterusnya beliau membahagikan ‘aqabah-‘aqabah itu kepada tujuh iaitu:
1- 'Aqabah Ilmu (عَقَبَةُ الْعِلْمِ).
2- 'Aqabah Taubat (عَقَبَةُ التَّوْبَةِ).
3- 'Aqabah 'Awaiq (Penghalang).(عَقَبَةُ الْعَوِائِقِ).
4- 'Aqabah 'Awaridh (Gangguan).(عَقَبَةُ الْعَوَارِضِ).
5- 'Aqabah Bawa’ith (Dorongan) (عَقَبَةُ الْبَوَاعِثِ).
6- 'Aqabah 'Qawadih (Perosak). (عَقَبَةُ الْقَوَادِحِ).
7- 'Aqabah Puji Dan Syukur (عَقَبَةُ الْحَمْدِ وَالشُّكْرِ).
Pembahagian ini berdasarkan pemahaman dan ilham yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada beliau.
Kandungan kitab ini sangat bermanfaat bagi sekalian hamba Allah yang ingin mendampingkan dirinya dengan Allah SWT bagi menuntut keredhaanNya, terutama para pelajar di peringkat menengah dan atasan.

Kitab ini dipercayai dikarang oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Keseluruhan kandungannya menyentuh aqidah Ahli Sun...
27/12/2020

Kitab ini dipercayai dikarang oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari. Keseluruhan kandungannya menyentuh aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah dan juga kaum-kaum lain. Ia mengandungi :
• Pendahuluan.
• Fasal Pertama : Hakikat Iman.
• Fasal Kedua: Yang Membinasakan Islam.
• Fasal Ketiga : Syarat Terjadinya Riddah Dan Yang Melazimkan Hukum Atasnya.
• Khatimah : Taubat Dan Segala Syaratnya.
• Empat Puluh Dua Dosa Besar.
Kitab ini sesuai dipelajari oleh orang awam dan juga pelajar-pelajar sekolah menegah kebangsaan dan sekolah-sekolah pondok.

Dapatkan di shopee :https://shopee.com.my/Minhatul-Mughis-Fi-Ilmi-Mushthalah-Al-Hadis-Buku-Agama-i.292399229.6169223532K...
27/12/2020

Dapatkan di shopee :

https://shopee.com.my/Minhatul-Mughis-Fi-Ilmi-Mushthalah-Al-Hadis-Buku-Agama-i.292399229.6169223532

Kitab kecil ini diterjemahkan daripada sebuah kitab kecil bernama
“مِنْحَةُ الْمُغِيثِ فِي عِلْمِ مُصْطَلَحِ الْحَدِيثِ”
yang di karang oleh Hafiz Hasan Al-Mas’udi, dari kalangan Ulama Al-Azhar Asy-Syarif dan dan pensyarah Kementerian Pelajaran dan Pendidikan. Walau bagaimana pun terdapat sedikit sebanyak tokok tambah sebagai penjelasan supaya mudah difahami oleh para pelajar dan juga orang awam. Kitab ini mengandungi pembahagian Hadis, antaranya:

Hadis Sahih Li-Zatih. Hadis Hasan Li-Zatih, Hadis Sahih Li-Ghairih, dan Hadis Hasan Li-Ghairih. Hadis Daif. Hadis Mutawatir. Hadis Masyhur. Hadis Aziz. Hadis Gharib. Hadis Musnad. Hadis Marfuu’. Hadis Mauquf. Hadis Maqthuu’. Hadis Muttashil. Hadis Mu’an’an dan Muannan.

Hadis ‘Aali dan Hadis Naazil. Hadis Musalsal. Hadis Mudabbaj. Dan Riwayat Aqraan. Riwayat Yang Lebih Tua Daripada Yang Lebih Muda. Dan Riwayat yang Lebih Muda daripada yang Lebih Tua.

Al-Muttafiq dan Al-Muftariq. Al-Mu’talif dan Al-Mukhtalif. Hadis Mutasyabih. Hadis Mubham. Hadis Mu’llaq. Hadis Mursal. Hadis Mudallas. Hadis Al-Munqathi’. Hadis Al-Mu’adhal. Hadis Al-Mudhtharib. Hadis Al-Mu’allal. Hadis As-Syaz dan Hadis Al-Munkar. Hadis Al-Maqlub. Hadis Mudarraj. Hadis Matruk. Hadis Maudhuu’. Hadis Muhmal. Al-Mazid fi Muttashil Asanid. Hadis Al-Mushahhaf. Hadis Al-Muharraf. Hadis Ma’ruf dan Hadis Mahfuzh.

Hadis Al-Mutabi’ dan As-Syahid. Hadis As-Sabiq dan Al-Lahiq. Al-I’tibar. Hadis Nasikh dan Hadis Mansukh.

Untuk memahami ilmu mushthalah Hadis sangat memerlukan pembelajaran di sisi guru yang mahir dengan ilmu mushthalah Hadis.

102 pages

Dapatkan di shopee :https://shopee.com.my/-Ready-Stock-Risalah-Tajwid-Al-Fatihah-Buku-Agama-i.292399229.7369126176Risala...
27/12/2020

Dapatkan di shopee :

https://shopee.com.my/-Ready-Stock-Risalah-Tajwid-Al-Fatihah-Buku-Agama-i.292399229.7369126176

Risalah kecil ini membicarakan hal-hal tajwid dalam bacaan Fatihah. Bacaan Fatihah adalah antara perkara pokok dalam sembahyang. Jika ia salah, maka sembahyang seseorang itu berkemungkinan besar tidak sah atau batal. Maka apalah ertinya seseorang itu sembahyang hari demi hari bulan demi bulan tahun demi tahun, jika sembahyangnya tidak sah atau batal.

Maka dalam Risalah Tajwid Fatihah ini pengarangnya memberi penjelasan secara terperinci cara-cara membaca Fatihah yang betul dan yang salah sebagai panduan kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekaliannya.

Risalah Tajwid Fatihah ini patut dimiliki oleh setiap keluarga untuk menyenangkan para ibubapa, abang dan kakak mengajar orang-orang di bawah tanggungjawab mereka.

35 pages

Address

PT 1279, Kg Renik, Bukit Marak
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

0199240928

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabal Maraqy Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jabal Maraqy Sdn Bhd:

Share