D'Kenali Holidays Travel & Tours

D'Kenali Holidays Travel & Tours We offer a variety of Travel Products and Tour holiday packages to satisfy all our valued clients' n

Assalamualaikum wbt,Berita baik, untuk makluman semua, D'Kenali Holidays telah membuka semula perkhidmatan Badal Haji ba...
02/05/2024

Assalamualaikum wbt,

Berita baik, untuk makluman semua, D'Kenali Holidays telah membuka semula perkhidmatan Badal Haji bagi tahun 2024M/1445H. Pendaftaran untuk Badal Haji kini dibuka.

Hadiahkan Badal Haji untuk ibubapa atau keluarga tersayang yang tidak sempat untuk menunaikan ibadah haji kerana telah meninggal dunia atau sangat uzur.

Kami di D'Kenali Holidays akan membantu anda untuk menyempurnakan Badal Haji dengan sempurna. InshaAllah, petugas-petugas kami di sana akan melaksanakan impian anda.

Tempat Adalah Terhad, Sila Daftar Segera.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, boleh hubungi D'Kenali Holidays di talian 09-741 9871 atau WhatsApp

BadalHaji1445H@2024M" rel="ugc" target="_blank">https://wasap.my/60179135905/BadalHaji1445H@2024M

09/01/2022

Hai...Assalamualaikum & Happy New Year 2022 ...hehe...walaupun hari dah 9hb rasanya masih belum terlambat kot nak wish happy new year kat uoll...semoga di tahun baru ini kita semua dapat bercuti dan melancong ke destinasi yang diingini tanpa sebarang masalah dan bebas dari covid 19 dengan segera. Aamiinnnn...

Assalamualaiku..selamat pg..jom kita berjln ii di Min House Camp
23/10/2021

Assalamualaiku..selamat pg..jom kita berjln ii di Min House Camp

Siapa s**a warna baru Hotel Pacific ni, kita geng ๐Ÿ˜Š๐Ÿ™ŒAgak-agak dalamnya pun cantik tak? ๐Ÿšฉ EmasLink Pacific Hotel Kota Bha...
07/04/2021

Siapa s**a warna baru Hotel Pacific ni, kita geng ๐Ÿ˜Š๐Ÿ™Œ

Agak-agak dalamnya pun cantik tak?

๐Ÿšฉ EmasLink Pacific Hotel Kota Bharu Kelantan

05/04/2021

๐Ÿ“Switzerland

Lawanyaaa...

โœ…

Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali Air Terjun Sekayu terletak di kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu. Hutan Lipur S...
18/12/2020

Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali Air Terjun Sekayu terletak di kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu. Hutan Lipur Sekayu ini terletak di dalam Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 16 km dari Bandar Kuala Berang dan 56 km dari Bandar Kuala Terengganu. Hutan Lipur Sekayu mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar. Pelbagai spesies tumbuhan dan pokok yang terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat sebuah air terjun 3 peringkat yang cantik dan mempersonakan di mana ianya merupakan daya tarikan utama kepada pengunjung ke sini tidak kira pengunjung dari dalam atau luar negeri.

Air sungainya yang jernih dan sejuk menggamit kehadiran pengunjung untuk berkunjung ke Hutan Lipur Sekayu. Kawasan Hutan Lipur Sekayu ini juga kaya dengan pelbagai khazanah alam semulajadi seperti spesies flora dan fauna yang masih terpelihara. Pelbagai spesies pokok yang terdapat di Hutan Lipur Sekayu ini mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Di Hutan Lipur Sekayu ini juga terdapat kawasan perkelahan yang luas yang terletak di sepanjang sungai di mana kawasan perkelahan ini amat sesuai untuk seisi keluarga.

Di sini juga terdapat banyak infrastruktur dan kemudahan-kemudahan rekreasi yang telah disediakan untuk pengunjung seperti tempat penginapan, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat dan tapak perkhemahan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Hutan Lipur Sekayu ini ialah mandi, ebrkelah, berkhemah, merentas denai hutan, berehat dan bersiar-siar.

Jadi apa tunggu lagi jom bercuti dan jadikan Hutan Lipur Sekayu salah satu tempat yang wajib anda terokai bersama orang yang tersayang kerana anda pasti akan terpersona dengan keindahan Hutan Lipur Sekayu ini.




Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan ...
17/12/2020

Bukit Keluang mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya. Selain itu, para pengunjung ke Kuala Besut juga berpeluang untuk mendapat pengalaman menarik dari aktiviti-aktiviti pilihan tersendiri seperti memancing, bermain wau dan lain-lain lagi.

Tempat ini terletak 4 km dari Pekan Kuala Besut. Boleh dilawati melalui jalan darat sama ada teksi dari Kuala Besut atau Jerteh. Melalui jalan dari Kuala Besut ke Jerteh, terdapat sebuah pintu gerbang pada laluan tepi jalan untuk ke sana. Pantai Bukit Keluang yang terletak kira-kira 19 km dari Bandar Jerteh juga merupakan salah sebuah Pusat Peranginan yang utama di daerah ini. Ianya juga sama sebagaimana pantai-pantai lain yang terdapat di Besut yang menjadi sumber tarikan semulajadi dan tersendiri dengan pasir pantai yang bersih dan bukit yang tersergan megah itu.

Disini, terdapat banyak kemudahan seperti rumah rehat, restoran, tandas awam, wakaf untuk berehat dan lain-lain lagi. Kehijauan hutan yang belum terusik mendamaikan mata yang memandang. Pantainya yang bersih dan lautan yang kebiruan selain keindahan pulau-pulau kecil yang boleh dilihat dari kejauhan, menjadikan destinasi pelancongan ini begitu terkenal bagi para pengunjung.
Keindahan tempat ini juga menjadi tarikan bagi mereka yang melakukan aktiviti penggambaran filem ataupun drama televisyen. Tidak sah sekiranya berkunjung di sini tanpa menikmati pemandangan indah dari puncak tangga Bukit Keluang. Pondok-pondok kecil dibina untuk memudahkan orang ramai untuk berehat sambil menghirup udara segar.

Jadikan Bukit Keluang ini salah satu tempat yang wajib anda lawati bersama orang yang tersayang kerana anda pasti akan terpersona dengan keindahan bukit keluang ini. Jadi apa tunggu lagi jom bercuti.



Address

PT 2227, Tingkat 1, Jalan Long Yunus
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Kenali Holidays Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to D'Kenali Holidays Travel & Tours:

Share

Category