Jejak Haramain Abu Khaleef

Jejak Haramain Abu Khaleef Share Info dan Tips berkenaan Umrah

Alhamdulillah, ramai yang sayang Abang Ali XPDC. Tanpa di rancang, 2 Syarikat Media Penyiaran Gergasi Malaysia iaitu Tv9...
14/05/2025

Alhamdulillah, ramai yang sayang Abang Ali XPDC. Tanpa di rancang, 2 Syarikat Media Penyiaran Gergasi Malaysia iaitu Tv9 dan Astro Awani menghubungi Abang Ali untuk wawancara. Abang Ali masih tak boleh bertutur dengan baik kesan dari serangan stroke yang lalu, jadi sahabat baik beliau Ejay Da’ie terpaksa mewakili beliau.

Sebak p**ak bila Ejay berkongsi cerita perjalanan mereka bersahabat. Rupa2nya Abang Ali lah orang pertama yang bawa Ejay kepada Usaha Agama. Daripada sama2 naik stage concert, sekarang sama2 lapangkan masa di jalan Allah swt atas maksud islah diri dan dakwah.

Kepada yang masih belum tahu, sekarang Abang Ali dah ada product sendiri iaitu Madu Jamu Padu & Perfume Oud. Dua2 product yang sangat berkualiti. Yang lagi best, setiap pembelian melayakkan kita join cabutan yang hadiah terkumpulnya bernilai Rm100k. Antara grand prize nya termasuk 3 motorsikal RXZ, Panther, Suzuki V100 dan Pakej Umrah. Memang Wow sangat tu.

Untuk pembelian Madu Jamu Padu & Perfume Oud Ali XPDC, boleh dapatkan melalui TT Shop dia account Ejay Daie atau Empire Daie Ejay Collection. Jom kita sama2 support!! Mana tau ada rezeki dapat Umrah atau motor free ☺️

Moga dilancarkan segala urusan mereka 🤲🏼☺️

.ismailii

MasyaAllah, terharu sangat tengok LIVE open Bid jualan amal Abang Ali XPDC semalam. Ramai yang support Abang Ali baik sa...
04/05/2025

MasyaAllah, terharu sangat tengok LIVE open Bid jualan amal Abang Ali XPDC semalam. Ramai yang support Abang Ali baik sahabat2 dari jauh dan jiran2 yang datang kerumah Abang Ali mahupun sahabat2 dan peminat yang sokong melalui Live TT .

Cuma sedih bila ramai yang kecam dan komen negative dalam live, kondem host dan admin bagai. Mungkin ramai yang tak tahu, Ejay daie tu bukan seorang joki live, dan ini bukan jualan lelong untuk dapat barang jekpot. Tapi ini jualan amal untuk bantu Abang Ali yang masih dalam rawatan, dan dia dah tak boleh nyanyi macam dulu. Harga buka pun Abang Ali yang letak bukan host.

Untuk makluman, Ejay ni sangat sibuk orangnya, dia ada butik sendiri di bangi, kalau korang perasan, jubah yang kami pakai, mostly brand Ejay Daie, power brand dia. Ramai asatizah yang istiqomah dengan brand ejay ni termasuk , Ustaz Ustaz .putra.haizam , Ustaz , dan ramai lagi.

Dan Ejay ni sangat s**a ikram (buat baik) pada kawan2 especially yang dalam kesusahan. Dia dari bangi, selalu ulang alik sepang semata untuk ambil abang Ali jumpa kawan2, join rehlah, ziarah ulama sebagai ikhtiar untuk bagi semangat pada Abang Ali. Berapa kali Abang Ali rebah, pengsan time bersama dengan Ejay ni. Dan dia jadi Host untuk jualan nipun s**arela je, bukan ambil apa2 upahpun.

Tapi ada juga yang kecam Ejay, suruh tukar host la, korang ingat senang nak ambil tempat beliau, bagi komitment dengan masa dan modal sendiri. Yang lagi sedih masih ada yang joy bid, bagi harapan palsu dan spoil usaha kita untuk bantu Abang Ali. Bila buka harga kata mengarutlah, nak buat haji hari lah. Kalau tak mampu, doa jela agar ada peminat yang sudi beli.

LAST2… bila susah sangat nak jual, Host sendiri yang beli. Ejay umum dalam live untuk beli 3 motor abang Ali dengan nilai Rm50k, menangis Abang Ali, kami yang tengok nipun sebak. Sebab kami tahu, betapa Ejay ni sayang dengan Abang Ali. InsyaAllah sehari dua lagi kami akan buat penyerahan Rm50k kepada Abang Ali, mohon doa dan sokongan dari sahabat2 semua.

Bila jumpa kawan2 lama, teringat zaman duka lara dulu, betapa bertuahnya diri ini, dikutip dari longgokan sampah, dibers...
29/04/2025

Bila jumpa kawan2 lama, teringat zaman duka lara dulu, betapa bertuahnya diri ini, dikutip dari longgokan sampah, dibersih dan dihias hingga tertutup segala aib sampai dipanggil dengan gelaran yang baik2.

Padahal kotornya diri ini hanya Allah swt yang tahu. Betapa Pemurah dan Pemaafnya Allah swt. Moga kita semua sentiasa dalam bimbinganNya hingga seluruh hayat kita dalam ketaatan dan akhir kalam kita dgn kalimah لا اله الا الله

Alhamdulillah, ramai orang sayang Abang Ali xpdc.
28/04/2025

Alhamdulillah, ramai orang sayang Abang Ali xpdc.

Ramadhan telah tinggalkan kita, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa s**a. ...
31/03/2025

Ramadhan telah tinggalkan kita, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa s**a.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan, memanjangkan usia dalam keberkatan, dan membuka pintu rezeki serta ketenangan dalam hidup kita semua.

Selamat menyambut Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin dari hati yang tulus ikhlas.

Dari kami yang serba kekurangan , Abu Khaleef &

Alhamdulillah, antara acara tahunan di bulan Ramadhan, kami biasanya akan sempurnakan khatam Al Quran dalam teraweh pada...
28/03/2025

Alhamdulillah, antara acara tahunan di bulan Ramadhan, kami biasanya akan sempurnakan khatam Al Quran dalam teraweh pada malam ke-27 di Masjid Markaz Dakwah Yala Thailand. Sesiapapun yang pernah merasainya, pasti rasa tak lengkap qiamullail Ramadhan tanpa khatam Al Quran di sini.

Suasananya yang masyaAllah, memang susah nak jumpa tempat lain. Lebih2 lagi doa khatam yang dibaca sambil qiyam dlm rakaat terakhir teraweh, bergema dengan tangisan yg penuh hiba. Semoga Allah swt terima setiap dr amalan kita semua dan qabulkan segala hajat dari doa yang kita semua panjatkan insyaAllah.

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah, syukur sangat dapat juga bersama dengan Tuan Guru  dan juga sahabat2 seperjuangan da...
17/03/2025

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah, syukur sangat dapat juga bersama dengan Tuan Guru dan juga sahabat2 seperjuangan dalam Rehlah Islahiah Ramadhan di Madrasah Maulana Helmi sendiri di Pulau Tawar Jerantut. Memang dah jadi acara tahunan, stiap Ramadhan kami akan berkumpul di sini.

Awal2 ingat tak dapat join sebab tiba2 ada tugasan di Power Plant Sabah, tapi qadarullah, job dapat settle on time dan terus fly KL. Sampai je KLIA, jam 1 pagi sahabat saya sambut di airport dan terus shoot ke Jerantut. Sampai ngam2 jemaah semua tengah sahur.

Alhamdulillah selesai sahaja Rehlah Islahiah, saya dan sahabat dunia akhirat terus berangkat ke Serdang untuk iftar bersama Tuan Guru Maulana Aswadi dan sahabat2 Mujaddidi.

Allahuakbar, walau badan penat, mata ngantuk, bila tengok wajah tuan guru dan sahabat2 semua, terus rasa segar.

Harapan dari hamba yang kerdil ni tak lain tak bukan, mudah-mudahan dengan persahabatan ini, ada dikalangan ulama, para pendakwah dan sahabat2 yang soleh teringat dengan pendosa ni andai tidak ditemui dalam barisan ahli Syurga.

Terngiang-ngiang dengan pesanan sahabat saya Ustaz Norman Danieys, carilah ulama, dampingi mereka, banyakkan khidmat dan jadilah penyejuk mata mereka. Kerana sifat ahli Syurga, mereka akan rindu dengan sahabat2 yang selalu bersama mereka di dunia. Mana tahu, di sana nanti kita tersangkut kerana dosa2 kita, asbab ada ulama yang teringatkan kita, kita dilepaskan dari asbab melalui syafaat yang Allah swt kurniakan kepada mereka. Allahuakbar!!

InsyaAllah rehlah selepas raya nanti, Pulau Perhentian, jumpa sana guys ☺️

Allahu, bila tengok gambar masing2, baru sedar usia dah makin melanjut. Patutlah awek2 asyik panggil pak cik, ingatkan d...
26/02/2025

Allahu, bila tengok gambar masing2, baru sedar usia dah makin melanjut. Patutlah awek2 asyik panggil pak cik, ingatkan diorang tersasul, rupanya memang kami dah makin tua 😄

Alhamdulillah Ala Kulli Hal. 2 hari yang begitu memenatkan. Bila dah namanya Audit, segala record yang lalu akan dikorek...
26/02/2025

Alhamdulillah Ala Kulli Hal. 2 hari yang begitu memenatkan. Bila dah namanya Audit, segala record yang lalu akan dikorek dan dibongkar, kalau ada yang kurang, memang tak boleh buat apa melainkan kena hadap segala kesan dari kelemahan dan kelalaian dalam mematuhi peraturan dan kewajipan yang ditetapkan.

Dalam keperitan menghadapi setiap soalan dari Auditor, terbayang dalam benak dada, macam manalah keadaan aku di Padang Mahsyar nanti. Kalau audit kat dunia berkenaan satu department dalam satu Syarikat pun dah kelam kabut, bayangkan di depan Mahkamah Allah swt nanti segala amal baik buruk kita sepanjang hidup akan dibentang.

Semua tu direkod oleh Malaikat pencatit yang tak pernah tidur mahupun rehat. Tak cukup dengan itu, segala anggota badan kita yang pernah terlibat dengan DOSA dan MAKSIAT akan berbicara dan jadi SAKSI utama atas segala jenayah kita. Yang akan Jatuhkan Hukuman p**a AL MALIK yakni Penguasa Langit, Bumi dan sekalian Alam.

Kalau fail Audit kat dunia ni, ade lagi peluang untuk Close NCR dengan corrective action, masih ada peluang untuk reaudit. Tapi kat SANA, ada dua je keputusan, AZAB yg PEDIH atau NIKMAT yang KEKAL.

Semoga Allah swt ampunkan segala DOSA kecil atau besar, DOSA lampau atau kemudian. Semoga kita sentiasa dalam Bimbingan HIDAYAH agar dapat kita sempurnakan semua perintahNya dan tinggalkan segala laranganNya. Amin Ya Robbal Alamin.

Address

Kota Bharu
16150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jejak Haramain Abu Khaleef posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jejak Haramain Abu Khaleef:

Share

Category