Umrah Glocal Travel

Umrah Glocal Travel Umrah Bersama Glocal Travel.

Selamat Tahun Baru Islam 1447H. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Hijrah ke arah kebaikan, itulah az...
27/06/2025

Selamat Tahun Baru Islam 1447H.
Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Hijrah ke arah kebaikan, itulah azam kita semua.

Moga dipermudahkan segala urusan dan diberkati setiap langkah kita.

Salam Maal Hijrah.

Kepulangan Duyufurrahman Disambut Penuh Kasih. 🌟Alhamdulillah.Jemaah Haji Glocal Travel selamat tiba di KLIA dengan waja...
26/06/2025

Kepulangan Duyufurrahman Disambut Penuh Kasih. 🌟

Alhamdulillah.
Jemaah Haji Glocal Travel selamat tiba di KLIA dengan wajah penuh ketenangan dan syukur setelah menyempurnakan ibadah agung di Tanah Suci.

Kepulangan yang dinanti ini disambut dengan penuh mesra oleh para petugas Glocal Travel yang setia menunggu, memberikan pelukan hangat, senyuman ikhlas, serta bunga sebagai tanda penghargaan buat para tetamu Allah.

Moga setiap langkah mereka diberkati dan setiap ibadah diterima, pulang sebagai haji yang mabrur, insyaAllah. 🌸

Sijil Pengakuan Ibadah Haji: Tanda Penghargaan & Kenangan Abadi. ✨Alhamdulillah.Sebagai simbol kejayaan menunaikan rukun...
26/06/2025

Sijil Pengakuan Ibadah Haji: Tanda Penghargaan & Kenangan Abadi. ✨

Alhamdulillah.
Sebagai simbol kejayaan menunaikan rukun Islam kelima, para petugas Glocal Travel menyerahkan Sijil Pengakuan Ibadah Haji kepada setiap jemaah yang telah menyempurnakan ibadah haji dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan tawakkal di bumi suci.

Setiap helaian sijil ini bukan sekadar dokumen, tetapi tanda kenangan abadi dan bukti bahawa anda telah dipilih menjadi tetamu Allah — menyahut seruan-Nya, menempuh segala cabaran dan kembali sebagai insan yang lebih bersih jiwanya.

Terima kasih atas kepercayaan, doa kami agar setiap ibadah diterima dan terus menjadi bekalan hingga ke akhir hayat. 🌿

Langkah Demi Langkah Menuju Gua Hira.Dengan penuh semangat dan ketabahan, jemaah Haji Glocal Travel mendaki Jabal Nur — ...
23/06/2025

Langkah Demi Langkah Menuju Gua Hira.

Dengan penuh semangat dan ketabahan, jemaah Haji Glocal Travel mendaki Jabal Nur — sebuah perjalanan yang bukan sekadar fizikal, tetapi rohani yang menyentuh hati. Di puncaknya terletak Gua Hira.

Dalam setiap langkah yang mendaki, terbayang perjuangan Nabi Muhammad SAW, Pendakian ini mengajar erti sabar, cinta kepada ilmu, dan kerinduan.

Umrah Miqat di Masjid Aisyah Tanaim.Masjid Saidatina Aisyah RA atau lebih dikenali sebagai Masjid Tanaim merupakan tempa...
13/06/2025

Umrah Miqat di Masjid Aisyah Tanaim.

Masjid Saidatina Aisyah RA atau lebih dikenali sebagai Masjid Tanaim merupakan tempat miqat paling hampir iaitu hanya 6km dari Masjidil Haram. Diberi nama sempena Saidatina Aisyah bermiqat di masjid ini untuk melakukan umrah pada tahun 10 Hijrah.

Bermiqat atau berniat ihram perlu dilakukan ditanah Halal dan bukan semua masjid di tanah halal Mekah boleh berniat ihram.

Kiswah (kain penutup Kaabah) dinaikkan dan dibalutkan kain putih pada musim haji.Menghindari Kerusakan karena padatnya j...
12/06/2025

Kiswah (kain penutup Kaabah) dinaikkan dan dibalutkan kain putih pada musim haji.

Menghindari Kerusakan karena padatnya jemaah saat musim Haji kerana jutaan jemaah mengelilingi Kaabah untuk tawaf serta, untuk melindungi kiswah dari kerosakan, sobekan, atau kotoran akibat terlalu banyak disentuh.

Dengan penuh rasa syukur dan haru, jemaah haji Glocal Travel dari kumpulan KT064B kini telah berangkat dan tiba di kota ...
12/06/2025

Dengan penuh rasa syukur dan haru, jemaah haji Glocal Travel dari kumpulan KT064B kini telah berangkat dan tiba di kota Makkah Al-Mukarramah.

📍 Penginapan di Makkah: Le Meridien.
Setiap langkah ini bukan hanya menggunakan fizikal, tetapi perjalanan hati menuju redha Allah.

Doakan semoga semua jemaah dikurniakan kesihatan, kekuatan dan haji yang mabrur, insyaAllah.

JEMAAH HAJI GLOCAL TRAVEL - MELAKUKAN TAWAF & SAIE HAJI.Di celah jutaan manusia, mereka berjalan bukan kerana adat tetap...
11/06/2025

JEMAAH HAJI GLOCAL TRAVEL - MELAKUKAN TAWAF & SAIE HAJI.

Di celah jutaan manusia, mereka berjalan bukan kerana adat tetapi kerana cinta. Langkah mereka adalah doa, air mata mereka adalah rindu, dan setiap pusingan tawaf serta larian sa’ie adalah bukti pengabdian kepada Yang Maha Esa.

🤲 Ya Allah, kurniakanlah kesihatan, kekuatan dan perlindungan kepada semua jemaah haji di Tanah Suci. Permudahkanlah ibadah mereka dan terimalah amalan mereka sebagai haji yang mabrur."

"Glocal Travel telah mengadakan sesi Post Mortem bertajuk Kemabruran Ibadah Haji bersama Ym Ustaz Tengku Aziz - Penasiha...
11/06/2025

"Glocal Travel telah mengadakan sesi Post Mortem bertajuk Kemabruran Ibadah Haji bersama Ym Ustaz Tengku Aziz - Penasihat Syariah Glocal Travel."

Bertujuan untuk menilai semula perjalanan ibadah haji yang telah dilalui bukan untuk mencari kesalahan, tetapi untuk memperbaiki dan memperkukuhkan lagi amalan..

Selesai Melontar — Tanda Ketaatan dan Kelegaan Jiwa.Alhamdulillah, para jemaah telah menyempurnakan lontaran jamrah deng...
11/06/2025

Selesai Melontar — Tanda Ketaatan dan Kelegaan Jiwa.
Alhamdulillah, para jemaah telah menyempurnakan lontaran jamrah dengan tertib, sabar dan penuh tawakal.

Langkah yang ditempuh bukan sekadar fizikal, tetapi perjalanan hati yang mendalam — menolak godaan syaitan, menzahirkan pengorbanan, dan membuktikan kepatuhan kepada Allah SWT.

Wajah-wajah kelegaan dan kesyukuran hari ini bukan hanya kerana tugas telah selesai, tetapi kerana hati telah lebih dekat dengan Tuhan yang Maha Pengasih.

🤲🏼 Ya Allah, terimalah setiap lontaran sebagai lambang taubat dan penyerahan diri kami. Kurniakanlah haji yang mabrur dan pulang dengan jiwa yang dibersihkan.
Ameen.

Para jemaah Haji Glocal Travel mengenakan baju khas kegunaan di Masyair. 🤍✨Bukan sekadar pakaian luaran, tetapi simbol k...
10/06/2025

Para jemaah Haji Glocal Travel mengenakan baju khas kegunaan di Masyair. 🤍✨

Bukan sekadar pakaian luaran, tetapi simbol kesatuan, kesiapsiagaan dan keikhlasan hati dalam menyempurnakan kemuncak ibadah haji.

Dengan semangat yang tinggi dan jiwa yang tenang, mereka melangkah menuju Mina untuk menunaikan ibadah melontar jamrah. Di tengah jutaan jemaah dari serata dunia, mereka berdiri dengan satu niat :

menyerahkan seluruh diri kepada-Nya, demi memperoleh haji yang mabrur.

🤲🏼 Ya Allah, permudahkan langkah mereka, kuatkan tubuh dan hati mereka, dan terimalah ibadah haji mereka sebagai haji yang mabrur dan maqbul.

Ameen ya Rabbal ‘Alamin.

Bumi jadi hamparan, langit terbentang sebagai atapnya. 🌌Di sinilah berjuta langkah bertemu dalam satu tujuan — bermabit ...
07/06/2025

Bumi jadi hamparan, langit terbentang sebagai atapnya. 🌌

Di sinilah berjuta langkah bertemu dalam satu tujuan — bermabit di Muzdalifah, saat sunyi yang penuh makna dalam kembara agung ibadah haji.

Tiada lagi beza antara pangkat dan darjat, tiada nilai pada harta dan kemewahan. Yang tinggal hanyalah hati yang berserah, tunduk dalam keikhlasan, mengharap rahmat dan redha Ilahi.

Moga setiap detik ini diberkati, setiap niat disucikan, dan setiap doa diangkat tinggi ke langit, dimakbulkan oleh Yang Maha Mendengar.

Address

Kota Bharu
16150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah Glocal Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category