Konsortium E-Mutiara Berhad

Konsortium E-Mutiara Berhad BERMULA DENGAN ANDA, INSYAALLAH SELAMAT

Hubungi kami di [email protected] jika anda memerlukan sebarang bantuan. Terima kasih. Co.

Reg : 200501000001 (677046-P)

Most people don't expect a bus to come with a personal infotainment screen, onboard dining, a dedicated coach attendant,...
08/06/2026

Most people don't expect a bus to come with a personal infotainment screen, onboard dining, a dedicated coach attendant, and a clean onboard toilet.
That's because most people haven't experienced Mutiara Luxe.
Travel between Kuala Lumpur and Singapore in a level of comfort that feels closer to business class than a bus journey ๐Ÿ’›๐Ÿ–ค

Read more on our website:
https://e-mutiara.com/about/2026/06/08/kl-to-singapore-mutiara-luxe/
Travel Better with Mutiara Luxe

๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—”Industri bas ekspres memainkan peranan pent...
07/06/2026

๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—”

Industri bas ekspres memainkan peranan penting dalam sistem pengangkutan awam negara dengan menghubungkan bandar-bandar utama, kawasan luar bandar serta menyediakan mobiliti kepada jutaan rakyat setiap tahun.

Sehubungan itu, sebarang perbincangan berkaitan pengkelasan perkhidmatan bas ekspres dan struktur tambang wajar dilihat dalam konteks yang lebih luas, bukan sahaja dari sudut operasi pengusaha, tetapi juga dari perspektif dasar negara, kepentingan pengguna dan kelangsungan industri dalam jangka panjang.

๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ

Pada tahun 2022, kerajaan telah mewartakan Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Penetapan Kategori Perkhidmatan Bas Ekspres) melalui PU(A) 206/2022 bagi memperjelaskan kategori perkhidmatan bas ekspres yang boleh ditawarkan kepada pengguna.

Melalui peraturan ini, dua kategori perkhidmatan ditetapkan iaitu Bas Ekspres Ekonomi dan Bas Ekspres Eksekutif.

Apa yang sering terlepas daripada perhatian umum ialah pengkelasan tersebut bukan sekadar berdasarkan bilangan tempat duduk. Ia turut mengambil kira spesifikasi perkhidmatan, tahap kemudahan, kapasiti penumpang serta nilai yang ditawarkan kepada pengguna.

Pendekatan ini menunjukkan bahawa objektif kerajaan bukan hanya untuk mengawal tambang, tetapi untuk mewujudkan satu ekosistem perkhidmatan yang menawarkan pilihan kepada rakyat mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

Dalam mana-mana sistem pengangkutan awam yang berkesan, tiga prinsip utama perlu sentiasa dipelihara:

โ€ข Accessibility โ€“ perkhidmatan mudah diakses oleh rakyat;

โ€ข Affordability โ€“ tambang kekal mampu dibayar oleh pelbagai lapisan masyarakat; dan

โ€ข Sustainability โ€“ industri mempunyai keupayaan untuk terus beroperasi dan berkembang secara mampan.

Ketiga-tiga prinsip ini perlu bergerak secara seimbang. Jika hanya satu aspek diberikan keutamaan, keseluruhan ekosistem pengangkutan awam akan terjejas.

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—”

Dalam pasaran yang matang, pengguna tidak seharusnya dipaksa memilih satu jenis produk sahaja.

โ€ข Ada penumpang yang mengutamakan kemampuan harga.

โ€ข Ada penumpang yang mengutamakan keselesaan tambahan.

โ€ข Ada juga yang mencari keseimbangan antara kedua-duanya.

Atas sebab itu, kewujudan kategori Ekonomi dan Eksekutif bukanlah satu bentuk pemisahan pasaran, sebaliknya satu mekanisme yang membolehkan pengguna membuat pilihan berdasarkan keperluan mereka sendiri.

Pilihan yang lebih banyak akan menghasilkan pasaran yang lebih sihat, lebih kompetitif dan lebih responsif kepada kehendak pengguna.

๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”

Dalam kerangka peraturan yang sama, setiap pengusaha mempunyai kebebasan menentukan model dan strategi perniagaan masing-masing.

Sesetengah pengusaha memilih strategi berasaskan volume dengan memberi fokus kepada kapasiti penumpang dan kemampuan harga.

Sebahagian lagi memilih strategi berasaskan value dengan menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih premium melalui kemudahan tambahan dan tahap keselesaan yang lebih tinggi.

Kedua-dua pendekatan ini mempunyai tempat dalam pasaran dan kedua-duanya boleh berjaya sekiranya dilaksanakan secara konsisten serta selaras dengan kategori perkhidmatan yang dipilih.

๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—œ ๐—œ๐—ก๐——๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—œ

Pada pandangan saya, cabaran utama yang sedang dihadapi industri hari ini bukanlah kewujudan kategori Ekonomi atau Eksekutif.

Sebaliknya, cabaran yang lebih besar ialah memastikan setiap kategori dapat berfungsi sebagaimana yang dimaksudkan oleh dasar dan peraturan yang telah diwujudkan.

Realitinya, majoriti perkhidmatan yang beroperasi dalam pasaran hari ini berada dalam kategori Eksekutif, manakala perkhidmatan Kategori Ekonomi hanya mewakili sebahagian kecil daripada keseluruhan pasaran.

Dalam keadaan tertentu, berlaku situasi di mana perkhidmatan yang beroperasi di bawah kategori Eksekutif menawarkan tambang yang lebih rendah daripada kadar yang lazimnya dikaitkan dengan perkhidmatan Ekonomi.

Walaupun tindakan tersebut mungkin didorong oleh pertimbangan komersial, kesannya perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar terhadap keseimbangan pasaran dan kelangsungan kategori perkhidmatan yang diwujudkan untuk melindungi kepentingan pengguna.

Sekiranya segmen Ekonomi terus mengecil, kumpulan yang paling terkesan ialah pengguna yang bergantung kepada pilihan perjalanan yang lebih mampu milik, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—ก๐—–๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ

Mana-mana dasar yang baik memerlukan dua perkara iaitu pematuhan dan penguatkuasaan.

Tanpa kedua-duanya, objektif asal sesuatu dasar tidak akan dapat dicapai sepenuhnya.

Atas sebab itu, usaha APAD dalam memastikan setiap kategori perkhidmatan beroperasi mengikut syarat dan spesifikasi yang ditetapkan perlu disokong oleh semua pemain industri.

Penguatkuasaan yang konsisten bukan bertujuan menghukum pengusaha, tetapi memastikan persaingan berlaku secara adil, pengguna dilindungi dan pasaran berkembang secara sihat.

๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—›๐—”๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก

Industri bas ekspres negara telah melalui pelbagai cabaran termasuk peningkatan kos operasi, perubahan corak permintaan pengguna, persaingan antara mod pengangkutan serta kesan pemulihan pasca pandemik.

Dalam menghadapi cabaran tersebut, fokus utama kita seharusnya bukan untuk mempersoalkan kewujudan kategori perkhidmatan yang telah diwujudkan, tetapi bagaimana memastikan kerangka sedia ada dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

Pada pandangan saya, peraturan yang diwujudkan melalui PU(A) 206/2022 masih menyediakan asas yang baik untuk mencapai keseimbangan antara tiga kepentingan utama:

โ€ข Kelangsungan industri;

โ€ข Perlindungan pengguna; dan

โ€ข Akses kepada pengangkutan awam yang mampu milik.

Apa yang diperlukan sekarang ialah komitmen semua pihak untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, menyokong penguatkuasaan yang adil dan terus meningkatkan mutu perkhidmatan demi manfaat industri serta rakyat secara keseluruhannya.

Oleh,

๐—–๐—›๐—˜ ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—–๐—›๐—˜ ๐—œ๐—ฆ๐— ๐—”๐—œ๐—Ÿ
Pengerusi Eksekutif
Konsortium E-Mutiara Berhad

7 Jun 2026

03/06/2026

MY Kota Bharu komited menyediakan kemudahan mobiliti yang lebih mesra OKU agar setiap perjalanan menjadi lebih mudah, selesa dan selamat.

Dengan akses kerusi roda yang lebih baik serta sokongan kru yang terlatih, kami berusaha memastikan pengangkutan awam dapat dinikmati oleh semua tanpa halangan.

Kerana perjalanan yang baik bermula dengan akses yang inklusif untuk setiap lapisan masyarakat.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di 09-744 5555




03/06/2026

BAS.MY Kota Bharu komited menyediakan kemudahan mobiliti yang lebih mesra OKU agar setiap perjalanan menjadi lebih mudah, selesa dan selamat.

Dengan akses kerusi roda yang lebih baik serta sokongan kru yang terlatih, kami berusaha memastikan pengangkutan awam dapat dinikmati oleh semua tanpa halangan.

Kerana perjalanan yang baik bermula dengan akses yang inklusif untuk setiap lapisan masyarakat.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di 09-744 5555




Konsortium E-Mutiara Berhad merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH IG Tan Sri Dato' Seri Haji Mohd Khalid Bin Haj...
02/06/2026

Konsortium E-Mutiara Berhad merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH IG Tan Sri Dato' Seri Haji Mohd Khalid Bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri.

Pengiktirafan ini adalah penghormatan yang sewajarnya kepada seorang pemimpin yang telah mencurahkan khidmat bakti yang panjang dalam menjaga keamanan negara, memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap institusi kepolisan dan memimpin pasukan Polis Diraja Malaysia dengan penuh dedikasi.

Semoga YDH Tan Sri terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk memikul amanah besar demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada,
Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja
Konsortium E-Mutiara Berhad

Dirgahayu TuankuMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagind...
31/05/2026

Dirgahayu Tuanku

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan, kesejahteraan dan melanjutkan usia Tuanku serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan dan daulat.

Daulat Tuanku

Ikhlas Daripada Konsortium E-Mutiara Berhad

PEMAKLUMAN PENUMPANG EKSPRES MUTIARA & MUTIARA LUXE LALUAN SINGAPURADimaklumkan bahawa selaras dengan arahan baharu Agen...
31/05/2026

PEMAKLUMAN PENUMPANG EKSPRES MUTIARA & MUTIARA LUXE LALUAN SINGAPURA

Dimaklumkan bahawa selaras dengan arahan baharu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), berkuat kuasa 19 Mei 2026, semua operasi menaik dan menurunkan penumpang bagi laluan Singapura hanya dibenarkan di terminal yang diluluskan oleh APAD sahaja.

Sehubungan itu, penumpang yang sebelum ini memilih pick-up point Berjaya Times Square diminta menggunakan TERMINAL BERSEPADU GOMBAK (TBG) bagi urusan perjalanan.

Sila ambik perhatian, waktu berlepas di TBG adalah 30 MINIT LEBIH AWAL daripada masa yang tercatat di ticket.

Kerjasama dan perhatian semua penumpang amat dihargai.

----

PASSENGER NOTICE EKSPRES MUTIARA & MUTIARA LUXE SINGAPORE ROUTE

Please be informed that in line with the latest directive from the Land Public Transport Agency (APAD), effective 19 May 2026, all passenger pick-up and drop-off operations for the Singapore route are only permitted at terminals approved by APAD.

Accordingly, passengers who previously chosed the Berjaya Times Square pick-up point are advised to use TERMINAL BERSEPADU GOMBAK (TBG) for their travel arrangements.

Please take note that the departure time at TBG is 30 MINUTES EARLIER than what stated at the ticket.

Your cooperation and attention are greatly appreciated.

Konsortium E-Mutiara Berhad
31.05.26

Jalan jem?๐Œ๐ฎ๐ญ๐ข๐š๐ซ๐š ๐‹๐ฎ๐ฑ๐ž ๐ค๐š๐ง ๐š๐๐š!Nikmati keselesaan kerusi premium, hidangan percuma, skrin hiburan dan banyak lagi kemuda...
31/05/2026

Jalan jem?
๐Œ๐ฎ๐ญ๐ข๐š๐ซ๐š ๐‹๐ฎ๐ฑ๐ž ๐ค๐š๐ง ๐š๐๐š!
Nikmati keselesaan kerusi premium,
hidangan percuma,
skrin hiburan dan
banyak lagi kemudahan sepanjang perjalanan.
๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ก ๐ญ๐ข๐ค๐ž๐ญ ๐š๐ง๐๐š ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข ๐๐ข
https://www.mutiaraluxe.com.my/
Travel Better with Mutiara Luxe

Selamat Hari Wartawan Nasional 2026"Media Berintegriti, Teras Kredibiliti"Konsortium E-Mutiara Berhad merakamkan setingg...
29/05/2026

Selamat Hari Wartawan Nasional 2026
"Media Berintegriti, Teras Kredibiliti"

Konsortium E-Mutiara Berhad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga media atas dedikasi, profesionalisme dan komitmen dalam menyampaikan maklumat yang tepat, sahih dan berwibawa kepada masyarakat.

Peranan media yang berintegriti amat penting dalam membina kepercayaan awam, memperkukuh kefahaman masyarakat serta menyokong pembangunan negara.

Semoga kerjasama erat antara pihak media dan Konsortium E-Mutiara Berhad terus diperkukuhkan demi manfaat masyarakat dan kemajuan industri pengangkutan awam negara.

Ikhlas daripada,
Konsortium E-Mutiara Berhad

Selamat Menyambut Aidiladha 1447H / 2026 โœจSemoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan...
26/05/2026

Selamat Menyambut Aidiladha 1447H / 2026 โœจ

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

Dalam setiap langkah perjalanan pulang, semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan-Nya.

Ikhlas daripada
Konsortium E-Mutiara Berhad

Address

Jalan Raja Perempuan Zainab 2
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Sunday 08:00 - 18:00

Telephone

+6097742655

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Konsortium E-Mutiara Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Konsortium E-Mutiara Berhad:

Share