BAS.MY Kota Bharu

BAS.MY Kota Bharu Terima kasih. Mutiara Rentas Desa > BAS.MY KOTA BHARU

Perkhidmatan bas henti-henti yang beroperasi di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST)

Hubungi kami di [email protected] jika anda memerlukan sebarang bantuan.

Di sebalik setiap perjalanan yang selamat,ada tangan-tangan yang bekerja tanpa jemu.𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮Buat semua yang ...
30/04/2026

Di sebalik setiap perjalanan yang selamat,
ada tangan-tangan yang bekerja tanpa jemu.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮
Buat semua yang berusaha setiap hari demi keluarga & masa depan —
anda dihargai, hari ini dan selamanya 🩷🤍

Tahniah Tuan Azrin 🤲
28/04/2026

Tahniah Tuan Azrin 🤲

UCAPAN TAHNIAH

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Azrin bin Borhan atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Pelantikan ini adalah satu pengiktirafan terhadap pengalaman, kepimpinan serta komitmen berterusan Tuan dalam memperkukuh pembangunan sektor pengangkutan awam negara.

Semoga Tuan terus cemerlang dalam menerajui peranan baharu ini, seterusnya memacu agenda pembangunan pengangkutan awam yang lebih efisien, berdaya saing dan memberi manfaat kepada rakyat serta industri.

Ikhlas daripada,
Pengurusan dan Warga Kerja
Konsortium E-Mutiara Berhad

Ramai yang belum perasan—kemudahan mesra OKU kini lebih mudah diakses dengan BAS.MY Kota BharuDireka dengan kemudahan ak...
26/04/2026

Ramai yang belum perasan—kemudahan mesra OKU kini lebih mudah diakses dengan BAS.MY Kota Bharu

Direka dengan kemudahan akses seperti ruang kerusi roda, laluan masuk yang mudah dan sokongan pemandu terlatih bagi memastikan setiap perjalanan lebih selesa dan selamat.

23/04/2026

23/04/2026
Tahniah dan Syabas Profesor 🤲💪
21/04/2026

Tahniah dan Syabas Profesor 🤲💪

Tahniah!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kolonel Bersekutu (PA) Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Rektor UiTM Cawangan Kelantan, atas kenaikan pangkat sebagai Kolonel Bersekutu Pertahanan Awam.

Pengiktirafan ini bukan sekadar satu pencapaian peribadi, tetapi mencerminkan komitmen berterusan dalam memimpin dengan prinsip yang selari dengan aspirasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sebagai seorang pemimpin akademik yang turut menyumbang dalam perkhidmatan awam, peranan ini memperlihatkan keseimbangan antara ilmu, kepimpinan dan tanggungjawab kepada masyarakat. Inilah nilai yang membina kepercayaan dan memperkukuh institusi.

Semoga amanah ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan serta memberi inspirasi kepada seluruh warga.

"Sedia, Pantas dan Berintegriti"

Ikhlas daripada,

CHE IBRAHIM BIN CHE ISMAIL
Pengerusi Eksekutif
Konsortium E-Mutiara Berhad
Kolonel Bersekutu (PA) APM, Profesor Adjung UiTM

Alhamdulillah.Selesai sesi pendaftaran Kad Konsesi BAS.MY Kota Bharu di UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu.Seting...
21/04/2026

Alhamdulillah.

Selesai sesi pendaftaran Kad Konsesi BAS.MY Kota Bharu di UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, khususnya wakil MPP di Kampus Kota Bharu, saudari Nor Syafiqah, atas komitmen dan sokongan sepanjang proses ini.

Buat adik-adik mahasiswa dan mahasiswi, didoakan agar segala urusan dipermudahkan. Terus cekal menuntut ilmu untuk kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Semoga kalian menjadi insan yang berbakti kepada ibu bapa, memberi nilai kepada masyarakat, serta menyumbang kepada bangsa dan negara.

Every journey begins with access, and today is one small step towards a bigger future.

Orang baharu, tempat baharu. Cara terbaik untuk faham sesuatu tempat, bukan dari cerita, tapi dari pengalaman.Alif Aqash...
21/04/2026

Orang baharu, tempat baharu. Cara terbaik untuk faham sesuatu tempat, bukan dari cerita, tapi dari pengalaman.

Alif Aqashah dan Danish Iman, dua pelajar baharu pengajian ekonomi UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu, asal Kapar, Klang.

Bagi mereka, ini bukan sekadar berpindah negeri. Ini proses adapting, learning, and discovering.

Sebab itu mereka pilih untuk guna kemudahan ini, bukan hanya untuk bergerak, tapi untuk mengenali Kelantan. Dari bandar ke pekan, dari rutin ke pengalaman, public transport jadi penghubung.

Untuk rasa “home”, kita kena mula dengan satu perjalanan kecil.




Empat sekawan. Satu hala tuju.Bukan sekadar belajar, tapi explore negeri sendiri.Fatimah, Shalily & Najla dari Tanah Mer...
21/04/2026

Empat sekawan. Satu hala tuju.

Bukan sekadar belajar, tapi explore negeri sendiri.
Fatimah, Shalily & Najla dari Tanah Merah. Najwa p**a dari Pasir Mas.

Semua dari Pengajian Islamic Banking UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu.

Plan mereka simple. Naik bas pink, pusing Kelate. Bila kemudahan ada, yang penting bukan sekadar “tahu”, tapi berani guna, rasa sendiri pengalaman.

Public transport bukan lagi pilihan terakhir, it’s becoming part of the lifestyle.




Kadang-kadang kita daftar sesuatu bukan sebab kita terus nak guna, tapi sebab kita faham bila masa itu datang, kita suda...
21/04/2026

Kadang-kadang kita daftar sesuatu bukan sebab kita terus nak guna, tapi sebab kita faham bila masa itu datang, kita sudah bersedia.

Solehah dari Kg Kedondong, Pohon Buluh, pelajar Pengajian Statistik UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu, ambil langkah awal.

“Walaupun belum tahu bila nak guna, saya daftar dulu. Bila nak guna nanti… kemudahan dah ada.”

Simple, but that’s the mindset. Dalam hidup dan juga dalam perkhidmatan awam, preparedness matters.

Bukan tunggu perlu, baru bergerak. Tapi bersedia sebelum diperlukan.



Khas untuk warga UiTM Kampus Kota Bharu. Jom daftar Kad Konsesi & Kad 30 Hari bersama kami. Kru Bas Pink ada di Dewan La...
21/04/2026

Khas untuk warga UiTM Kampus Kota Bharu.

Jom daftar Kad Konsesi & Kad 30 Hari bersama kami.

Kru Bas Pink ada di Dewan Latihan UiTM Kampus KB hari ini bermula 10 pagi hingga 2 petang.

❤️

Address

Jalan Raja Perempuan Zainab 2
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+6097745555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BAS.MY Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BAS.MY Kota Bharu:

Share

Category