09/05/2026
ุงููููุง ูููููฐูู ููุงููููุง ุงููููููู ุฑูุงุฌูุนููููู
ุงููููููู
ูู ุฃูุฌูุฑูููู ููู ู
ูุตููุจูุชูู ููุงุฎููููู ููู ุฎูููุฑูุง ู
ูููููุง
Warga Cahaya Kalbu Travel & Tours merakamkan ucapan takziah buat Hajjah Syarifah atas pemergian suami tercinta, Allahyarham Tuan Haji Arsyad, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin, 4/5 setelah dimasukkan ke Hospital Kota Kinabalu, dan selamat dikebumikan selepas solat Zohor pada hari Selasa, 5/5.
Allahyarham bersama Hajjah Syarifah merupakan wakil Cahaya Kalbu di negeri Sabah, khususnya di Kota Kinabalu. Kami di Cahaya Kalbu telah mengenali beliau sekeluarga lebih daripada 20 tahun, dan pemergian Allahyarham amat dirasai oleh seluruh warga Cahaya Kalbu.
Alhamdulillah, pada hari Jumaat (8/5), saya selaku wakil Cahaya Kalbu berkesempatan menziarahi makam Allahyarham di Kota Kinabalu. Semoga segala urusan Allahyarham dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga Hajjah Syarifah serta seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.