Sukma Samudra

Sukma Samudra A subsidiary of EPIC Group
A terminal at Kemaman Port, Eastern Gate of Malaysia. SSM Registration No. : 200201027916 (595579-X)

Providing Logistic Handling for Port Operation and Support Oil & Gas activities. Kindly visit our website : www.epicgroup.com.my
Registration No. : 200201027916 (595579-X)

02/03/2026

EPIC Berhad berbesar hati mengumumkan pelantikan Encik Wan Mohd Azilah Wan Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan berkuat kuasa pada 1 Mac 2026.

Seluruh warga kerja Kumpulan EPIC merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pelantikan dan kenaikan pangkat ini serta menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan, pengalaman dan visi beliau akan terus memperkukuh kecemerlangan organisasi, di samping menyokong aspirasi Kumpulan dalam memacu pertumbuhan yang mampan.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab baharu bersama EPIC Berhad.


02/03/2026

EPIC Berhad turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Puan Suhana Kamaludin atas pelantikan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan berkuat kuasa pada 1 Mac 2026.

Seluruh warga kerja syarikat yakin bahawa pengalaman serta kepimpinan beliau yang telah lama berkhidmat akan terus menyumbang kepada pengukuhan prestasi organisasi.

Semoga Puan Suhana dikurniakan kelapangan dan kekuatan dalam melaksanakan amanah baharu, seterusnya memacu kecemerlangan syarikat ke tahap yang lebih tinggi.


13/12/25 - PELANTAR PV DRILLING I SELAMAT BERLABUH DI PELABUHAN KEMAMANSukma Samudra dengan sukacitanya mengalu-alukan k...
14/12/2025

13/12/25 - PELANTAR PV DRILLING I SELAMAT BERLABUH DI PELABUHAN KEMAMAN

Sukma Samudra dengan sukacitanya mengalu-alukan ketibaan Rig PV Drilling 1 yang telah selamat berlabuh dan ditambat sepenuhnya di West Wharf 1 pada jam 1600 semalam. Kerja-kerja operasi kemasukan rig semalam agak mencabar kerana dilanda hujan lebat seawal pagi lagi. Namun, hasil kerjasama yang terbaik dan penuh komited daripada semua pihak, pengendalian kemasukan rig ini berjalan lancar dan selamat.

Sepanjang tempoh berada di Pelabuhan Kemaman, PV Drilling 1 akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kecil serta persediaan peralatan sebagai persiapan sebelum beroperasi di lokasi seterusnya. Tertakluk kepada keadaan cuaca semasa, pelantar ini dijangka berada di pelabuhan selama kira-kira satu hingga dua minggu sebelum meneruskan pelayaran seterusnya.

Kumpulan EPIC Berhad akan terus komited dalam menyokong operasi industri offshore melalui penyediaan perkhidmatan marin dan pelabuhan yang selamat, cekap dan dipercayai. Sukma Samudra berharap agar tempoh persinggahan PV Drilling I berjalan dengan lancar serta pelayaran seterusnya berlangsung dengan selamat dan diringi cuaca yang terbaik.

Special thanks to :
Rig Service : Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPMS)
Marine Service : Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd

HRD AWARDS 2025: EPIC MENANG ANUGERAH BERPRESTIJSukma Samudra Sdn Bhd (SSSB) telah dinobatkan Silver Award - Regional Ex...
27/11/2025

HRD AWARDS 2025: EPIC MENANG ANUGERAH BERPRESTIJ

Sukma Samudra Sdn Bhd (SSSB) telah dinobatkan Silver Award - Regional Excellence Award (SME Company) pada Majlis Anugerah HRD 2025 (HRD Awards 2025) yang dianjurkan oleh HRDCorp, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, bertempat di MITEC, Kuala Lumpur malam tadi. Ini merupakan kali pertama SSSB dicalonkan di dalam anugerah ini.

Selain itu, pihak Sukma Samudra juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada :-

1. Dr. Ts. Haji Muhtar Bin Suhaili kerana telah dinobatkan Runner up - Learning & Development Icon Award
2. EPIC Berhad dinobatkan Gold Award - Human Resources Minister’s Award (Kategori Syarikat Sederhana-Besar/ Mid-Large Company)

Syabas diucapkan kepada Group Human Resource, EPIC Berhad yang sentiasa memberikan komitmen berterusan kepada Kumpulan EPIC dalam memupuk bakat, memperkukuh keupayaan organisasi, serta memacu kecemerlangan dalam pengurusan sumber manusia.

Latihan Kecemasan EX-KEMA ISPS 2025 Bersama 12 Agensi di Pelabuhan Kemaman.Baru-baru ini Sukma Samudra telah menjadi tua...
02/10/2025

Latihan Kecemasan EX-KEMA ISPS 2025 Bersama 12 Agensi di Pelabuhan Kemaman.

Baru-baru ini Sukma Samudra telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran latihan kecemasan EX-KEMA ISPS 2025 di terminal West Wharf pada 30.09.2025. Latihan ini dianjurkan oleh Kemaman Emergency Mutual Aid Association (KEMA) bersama pihak Lembaga Pelabuhan Kemaman (LPKmn) dan EPIC Berhad. Sukma Samudra juga merupakan ahli kepada pertubuhan KEMA ini sejak 2016.

Program yang dirancang ini dengan rapi dan mendapat penyertaan daripada 12 agensi kerajaan yang lain seperti PDRM, JBPM, APMM, PPM, APM, KKM, JLM, CGSO, JKDM, JIM, AELB dan JAS. Anjuran program ini berjalan dengan lancar. Diharap program seperti ini dapat diadakan lagi kerana dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan, komunikasi dan respon setiap agensi di dalam menanangi ketika krisis dan bencana terutama di kawasan Pelabuhan Kemaman ini.

Untuk pihak Sukma Smadura mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan program ini terutama pihak pengurusan di atas sokongan dan kerjasama yang padu. Maaf jika terdapat sebarang kekurangan. Jumpa lagi diprogram akan datang.

30/03/2025
10/03/2025
WELCOME RIG SAPURA BERANI TO KEMAMAN WEST WHARF.It took almost 10 hours operation to secure berthing this rig to wharf a...
09/03/2025

WELCOME RIG SAPURA BERANI TO KEMAMAN WEST WHARF.

It took almost 10 hours operation to secure berthing this rig to wharf area. Quite challenging and full of actions but with impressive cooperation and good teamwork from all, we manage to alongside this rig perfectly. This Big Giant is semi-submersible self-erecting tender-assisted drilling (TAD) rig, is scheduled to berth approximately 45 days in Kemaman Port for inspections and maintenance jobs.

This rig is facilitated by EPIC - Eastern Pacific Marine Services and all marine services supported by Konsortium Pelabuhan Kemaman

Thank you for choosing us.

Address

PT3410, West Wharf, Pelabuhan Kemaman
Kemaman
24000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sukma Samudra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category