24/02/2021
UMPAMA PUASA SEPANJANG TAHUN
Selain puasa sunat Isnin dan Khamis, kita juga disunatkan untuk beramal dengan puasa hari putih, ia juga dikenali sebagai puasa ayyamul bidh iaitu puasa pada hari ke-13, 14 dan 15 di pertengahan bulan Islam (Hijriyyah).
Banyak hadis yang menjelaskan berkaitan puasa hari putih dan kelebihan beramal dengannya. Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akhbar, sungguh besar gandaan pahala Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata;
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
"Rasulullah ﷺ memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun".
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)
Untuk melafazkan niat puasa ini, kita dibolehkan untuk menggunakan bahasa Arab mahupun bahasa Melayu.
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.
InsyaAllah, kita cuba berniat & melaksanakan puasa hari putih pada bulan ini bermula 25-27 Februari 2021 bersamaan 13-15 Rejab 1442H (Khamis-Sabtu). Mudahan kita tergolong di kalangan yang dijanjikan Syurga Ar Rayyan iaitu khusus untuk orang yang melazimi ibadah puasa, sepertimana Sabda Nabi SAW :
Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ في الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانِ يَدخُلُ مِنهُ الصَّائِمُونَ يَومَ القِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنهُ أَحَدٌ غَيْرُهُم
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
ASMA' BINTI HARUN
-----------------------------------------
Mari dapatkan PLANNER 2021 EKSKLUSIF DARI USTAZAH ASMA' HARUN : https://ustazahasma.onpay.my/order/form/22
Untuk whatsapp, klik sini:
http://www.wasap.my/601120887961/PromoPlanner