22/09/2021
12 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Datang Ke Negara-Negara Scandinavia! π₯°
AWAS!! sebab pos saya buat kali ini agak panjang π
Region Scandinavia merupakan lokasi travel yang paling diminati saya di dunia ini. Scandinavia terdiri daripada 3 negara iaitu Norway, Sweden & Denmark manakala Iceland & Finland tergolong dalam Kawasan Nordik.
Apa yang tiada di negara-negara Scandinavia ini?
Pakej yang sungguh lengkap dan cukup mengagumkan. Bibir memang asyik terungkap SubhanALLAH apabila melihat keindahan alam di sini.
Ada Fjord, Aurora Borealis, Waterfalls, Fishing Village, Aktiviti nature yang tersangatlah banyak, Midnight Sun, Flora & Fauna yang lain dari yang lain dan banyak lagi view nature yang cukup mendamaikan dan menenangkan sekali π
Sungguh dah banyak lokasi saya travel di dunia ini, Negara Scandinavia terutamanya Norway seperti menyimpan satu khazanah alam yang sungguh special dan kerap menarik-narik saya untuk selalu datang ke sana. Haha.
Masakan tidak, saya boleh travel sehingga 3 bulan dan kerap membawa peserta-peserta dari Malaysia, Singapura & Brunei untuk bersama-sama bermusafir di sini.
Malah perancangan selepas border dibuka nanti, saya tetap akan terus datang ke sini dan terus membawa amanah peserta untuk meneroka bumi Scandinavia ini.
Jadi, jika anda terfikir-fikir nak travel ke mana selepas sempadan antarabangsa dibuka, masukkanlah planning ke Scandinavia selepas ini. Sungguh anda tidak sama sekali menyesal.
Oleh itu, 12 Info ini anda perlu tahu sebelum datang ke Scandinavia:
β
Syarikat Penerbangan- Terdapat beberapa pilihan penerbangan untuk ke negara Scandinavia sama ada Denmark, Norway atau Sweden.
Antara yang anda boleh pilih ialah Qatar Airways, Turkish Airlines, KLM, Thai Airways, & Emirates. Akan ada 1 kali transit sahaja nanti. Anda boleh pilih sama ada untuk fly dari Kuala Lumpur ke airport-airport berikut:
Denmark- Copenhagen Kastrup Airport
Sweden- Stockholm Arlanda Airport
Norway- Oslo Gardemoen Airport
β
Visa- Tiada Visa diperlukan untuk ke sini kerana negara-negara Scandinavia terletak di bawah Schengen area dan tidak memerlukan Visa bagi pemegang passport Malaysia.
Ada kedengaran Visa ETIAS akan dilaksanakan sebelum tahun 2020, namun saya yakin, ianya akan terus ditangguhkan.
β
Makanan- Makanan Halal mudah didapati di bandar-bandar besar seperti Oslo, Stockholm & Copenhagen serta restoran Halal juga mudah didapati di area ini.
Pasaraya seperti Netto, Countdown, Rema 1000, Coop, ICA, Hemkop, Meny, Aldi & Irma juga ada dijual ayam halal.
Lagi best bekalan makanan yang dibawa ke Scandinavia tidak sepayah dan seketat sepertimana di New Zealand dan Australia yang ada pemeriksaan biosecurity.
Saya ada cerita restoran Halal di Scandinavia di sini: https://www.facebook.com/Cikguloh/posts/4599895300020767
β
Pakaian- Jika anda datang musim summer di Scandinavia pada bulan Jun-Ogos dan tak bawa pakaian sejuk, anda silap besar.
Summer di sini bukan macam di Malaysia, malah rata-rata suhu 16- 2+ Celsius dan bulan ogos sedikit panas, kadangkala boleh mencecah sehingga 28 celsius. Pastikan bawa 1-2 lapis pakaian sejuk
β
Sewa Kereta- Untuk pengalaman lebih terbaik di negara-negara Scandinavia, saya sangat sarankan anda dalam mod memandu.
Mod memandu memudahkan anda explore sebanyak mungkin tempat yang best di Scandinavia terutamanya Norway & Sweden termasuklah kawasan rural dan countryside area.
Malas nak memandu di eropah sebab sistem stereng dan sistem jalan raya yang lain? Meh saya pandukan. Hihi.
β
Penginapan- Penginapan di sini mempunyai banyak jenis antaranya hostel, hotel, cabin house, small fishing cabin, Cottage by the sea, floating house, Holiday Park dan banyak lagi. Boleh merasa di semua jenis penginapan, memang best!
β
Negara paling happy di dunia, paling aman di dunia dan paling kurang rasuah ialah negara-negara Scandinavia. Anda rasa sebab apa?
Walaupun GST di sini sangatlah tinggi sehingga mencecah 25%, rakyat mereka mendapat hospital percuma, universiti percuma, cuti bersalin dan menyusu sehingga 2 tahun, si suami pun dapat cuti berbulan untuk jaga isteri dan jika dibuang bekerja, ada satu sistem welfare yang akan membantu mereka.
β
Pendidikan- Jika anda berhasrat untuk menyambung pengajian di sini, boleh dikatakan kosnya percuma namun anda perlu ada sekurang-kurangnya RM 200k di dalam akaun sebagai tanda anda mampu survive di sini. (info dari sahabat saya di Norway)
Kalau anda ada kos sebanyak tersebut, trylah mohon Student Visa di Norway, berbaloi sambil study, sambil travel.
β
Air bersih- Negara-negara Scandinavia mempunyai kualiti air paling bersih di dunia. Sana tak payah sibuk beli air botol, buka je paip bahagian sejuk, tadah mulut dan terus ngap minum. Segar bugar.
β
Agama- Kebanyakan rakyat di sini beragama Kristian hanya pada nama, saya pernah berbual dengan banyak company-company travel di Scandinavia, kebanyakan mereka sebenarnya atheis (tidak beragama).
Ada yang sesetengahnya menganut agama lama Vikings dengan menyembah Thor & Odin. Alaa... macam cerita Thor keluaran Marvel tu lah
β
Hak sama rata- Human rights di negara-negara Scandinavia ini sangatlah kuat. Malah program LGBT (Le***an, Gay, Biseksual dan Transgender) banyak diadakan di negara-negara ini tanpa segan silu.
Saya sempat melihat program besar-besaran ini di tengah-tengah bandar Copenhagen, Denmark pada tahun 2019. Memang cukup memualkan dan meloyakan. Sebagai umat islam, kita harus berpegang teguh dengan mengambil teladan kisah kaum Nabi Lut suatu ketika dahulu.
β
Sebuah region di Norway yakni Svalbard membolehkan anda menetap di sini berapa lama yang anda s**a. Mungkin anda yang merasa nak migrate boleh cuba pengalaman ini sebagai pioneer test.
Tapi bersiap sedialah dengan senapang kerana beruang kutub banyak berlegar-legar di kawasan tersebut. Haha.
Banyak perjalanan, luas pemandangan... begitulah keagungan ALLAH dengan mencipta suatu keindahan yang sangat memukau di negara-negara Scandinavia & sewajarnya tidak dilepaskan oleh kita semua.
Datanglah ke sini nanti. Lihat dan alamilah sendiri. Saya sangat suggest 150% untuk anda semua datang ke sini π
Anda ada plan nak ke Scandinavia nanti?
Klik Follow FB Cikgu Loh untuk info travel sebelum border buka
cc : Cikgu Loh